“Menanti di pintu Baqi’…” : Masalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf
Episod 9 : Masaalah wuduk dan kedudukan isteri semasa tawaf “Ustaz…, semasa tawaf boleh tak saya pegang tangan isteri ?”, tanya Dato’ Hashim . Matanya meleret memandang Datin Hasnah. Sayangnya pada Datin Hasnah tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Sungguh mendalam. Hanya kematian yang dapat memisahkan mereka berdua. Sakit pening dan susah derita yang dilalui sepanjang hidup, Datin Hasnahlah yang banyak membantu. Tanpa Datin Hasnah siapalah Dato’ Hashim. Sebab itu Dato’ Hashim berazam untuk menjaga Datin Hasnah sebaik yang mungkin ketika menunaikan Haji nanti. “Boleh…, tapi kenalah berlapik”, jawab Ust Haji Abdullah. “Kalau tersentuh juga tangan isteri….?”, Dato’ Hashim terus mengasak. “Tidak batal…., kerana dalam keadaan musyaqqah (kepayahan)tidak batal wuduk jika tersentuh tangan isteri atau mana-mana perempuan yang bukan mahram asalkan tidak timbul syahwat. Ini pendapat mazhab Syafie yang marjuh”, jelas Ust Haji Abd...