Posts

Showing posts with the label Rumah

'Kualiti Terjamin' yang tidak terjamin

Image
Keadaan lantai menuju ke dapur Dua hari ini (Sabtu dan Ahad) rumah saya bagaikan tongkang pecah. Semua anak-anak termasuk isteri telah dikuarantin di bilik utama, kerana keadaan rumah yang penuh dengan habuk dan debu. Lebih 50 keping tiles terpaksa di buka semula kerana lompong, mungkin tidak cukup simen di dalamnya. Ia melibatkan ruang dapur, bilik ke 2 dan ke 3. Di bilik ke tiga Untuk itu saya menggunakan khidmat tukang binaan yang bernama Awi, no hp : 0122978176. Beliau dibantu oleh dua orang rakan Indonesia. "Berapa kosnya Awi ?", tanya saya. "Kerjanya agak sukar Cikgu..., tiles perlu diumpil, simen di bawahnya perlu dipecahkan untuk diletakkan simen baru. Beri saya RM1100.00 untuk beli barang-barang dan upah", jawab Awi. Saya akur. Sejumlah wang diberi kepada Awi sebagai pendahuluan. Janji termeterai. Simen lama yang telah dipecahkan Hari Sabtu mereka memulakan tugas dengan tekun, start pukul 8.30 pagi sehinggalah menjelang senja. Sehari selepasnya, menje...