Posts

Showing posts with the label Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah sudah pun berdaftar

Image
Mewakili Ust Nor Azamir Alias Alhamdulillah, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Raudhatus Sakinah yang beralamat di Rumah Nenek Maryam Blok C Ampangan telah pun diluluskan pendaftarannya oleh pejabat pendaftar pertubuhan. Majlis dimulai dengan tahlil dan doa selamat Pagi tadi bertempat di rumah Nenek Maryam, telah diadakan majlis tahlil dan doa selamat serta penyampaian sumbangan derma kepada lebih 100 orang anak-anak yatim dan 40 ibu tunggal yang berdaftar dengan pertubuhan ini. Sumbangan sepatutnya disampaikan oleh Pengerusi Raudhatus Sakinah iaitu Ybhg Al-Fadhil Ust Nor Azamir Alias yang juga Timbalan Mufti NS. Di belakang tabir Raudhatus Sakinah Namun beliau tidak dapat hadir kerana ada tugas yang perlu disempurnakan di Sri Menanti Kuala Pilah. Justeru pihak Raudhatus Sakinah meminta saya sebagai AJK untuk mewakilkan beliau. Bak kata pepatah, 'tiada rotan akar pun jadi'. Sebahagian ibu-ibu tunggal yang hadir Di kesempatan ini pihak Raudhatus Sakinah ...