Posts

Showing posts with the label Artikel Berita Harian

Al-Quran didik manusia berfikir cari kebenaran

Image
Oleh Mohd Hishamuddin Mansor Berita Harian 2011/04/23 MUKJIZAT al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah SAW yang lain kerana mukjizat itu hanya boleh disaksikan mereka yang hidup pada zaman Baginda saja sedangkan mukjizat al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia tersembunyi dan hikmah yang boleh diselidiki dan diterokai manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat. Membaca al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati keras bertukar lembut. Ramai tokoh menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pada zaman Rasulullah SAW, manakala pada zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi. Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril dalam dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu ...

Matahari, bulan panduan umat Islam beribadat

Image
Oleh Mohd Hishamuddin Mansor Berita Harian 2011/04/09 KEJADIAN matahari adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Ilahi yang terpenting di alam ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (sebahagian dari dalil yang itu ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yasin, ayat 38) Daripada ayat ini dapat difahami matahari itu beredar di atas paksinya dengan ketetapan Allah SWT yang kemas tanpa cacat dan huru hara. Matahari tidak pernah mengingkari perintah Tuhan dalam melaksanakan tugasnya serta sentiasa akur beredar di atas paksinya. Kejadian matahari memberi manfaat dan faedah kepada semua makhluk di bumi hasil daripada cahayanya. Andai kata matahari tidak menyinarkan cahayanya, sudah tentu memberi kesukaran kepada makhluk di bumi ini menjalani kehidupan masing-masing. Disebabkan cahayanya, binatang menjadi ceria manakala burung pula bersiul sambil bertasbih memuji Allah SWT. Melalui sinar cahaya m...

Pancaindera beri pedoman manusia renung kebesaran Pencipta

Image
MANUSIA makhluk menakjubkan yang Allah letakkan kepada mereka banyak rahsia kekuasaan Ilahiyah dan tempat melahirkan inayah ketuhanan-Nya. Mereka dipilih Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi seperti firman-Nya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-An'am ayat 165) Kalau dikaji ayat al-Quran, terdapat banyak perintah Allah menyuruh manusia mengkaji diri mereka sendiri. Pada diri manusia itu terdapat tanda kebesaran, rahsia dan kekuasaan Allah yang perlu direnungi sebagai pedoman dan iktibar. Hanya mereka yang berakal memahami hakikat ini. Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?” (az-Zariya...

Artikel Pluralisme Agama di Berita Harian

Image
Berita Harian, tarikh 12.3.2011 ms/35 Selamat membaca.

Artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian

Image
Hari ini artikel saya disiarkan dalam akhbar Berita Harian di muka surat 31 , ruangan Agama. Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Sebenarnya saya sudah lama tidak menghantar artikel di akhbar ini. Kali terakhir saya menghantarnya ialah pada tahun 2001. Artikel pertama yang disiarkan ialah 'Ilmu kebal tidak wujud dalam Islam' diikuti dengan artikel 'Tanggungjawab memelihara ibubapa', 'Tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah', 'Rahmat iman kepada manusia' dan beberapa buah artikel lagi. Setiap artikel saya menerima sebanyak RM 150.00 ke RM 200.00. Dengan wang yang diterima dan dikumpulkan, dapatlah saya mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran (kecil-kecilan) sempena masuk rumah baru di Taman Sri Penaga, Sikamat sepuluh tahun yang lalu. Rumah itu dibeli atas nama isteri. Kemudian saya mula menyepi..., tidak mahu lagi menulis. Entahlah saya pun tak tahu kenapa… Mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja, komitmen dengan keluarga dan berkul...