Sumpah laknat Dato' Eskay : kenangan buat sahabat
Saya betul-betul teruja apabila melihat kelibat seorang sahabat dalam majlis sumpah laknat Dato' Eskay di Malaysiakini. Namanya Ust Hj Syamsul Firdaus bin Haji Supri. Kami berdua sangat rapat sejak dibangku SMKA SHAMS lagi. Jarak usia antara kami hanyalah dua tahun (saya senior). Rumah ibu bapanya di Bukit Temiang Seremban. Semasa di SMKA SHAMS, beliau berbakat besar sebagai pemidato Bahasa Arab. Apabila beliau tinggal di asrama, saya adalah 'mentornya' tempat merujuk segala permasalahan. Justeru segala pahit, manis dan kisah dukanya di SMKA SHAMS masih kemas dalam simpanan saya. Ust Hj Syamsul sedang menyampaikan tazkirah Kami berpisah apabila saya melanjutkan pengajian ke UKM. Manakala Ust Hj Syamsul Firdaus pula menyambung pengajiannya di Ma'had Tahfiz Pusat Islam Kuala Lumpur, peringkat Diploma. Tiga tahun kemudian, beliau menyambung pengajian di Jordan dalam bidang Syariah. Apabila balik ke Malaysia, Ust Hj Syamsul bekerja sebagai Imam di Masjid Saidina Oma...