Posts

Showing posts with the label Diari Ramadhan 2010

Terima kasih sekalung budi

Image
Petang tadi Kolej Tuanku Jaafar telah dikunjungi oleh tetamu-tetamu dari Angkatan Belia Islam Malaysia. Mereka tiba dalam pukul 5.00 petang, disambut oleh En Adha bin Aris, Pengurus ICT Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Selain tazkirah, mereka turut membuat persembahan multimedia menceritakan pengalaman ketika menghantar misi bantuan di negara-negara Islam yang mereka kunjungi. Majlis diakhiri dengan program berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Saya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan mereka sewaktu solat Terawih. Rupa-rupanya mereka tidak dapat bersama untuk solat Terawih kerana sudah mempunyai program di tempat lain. Justeru ketika saya tiba, kami hanya sempat bertemu seketika sahaja. Di atas kesempatan ini , saya bagi pihak semua staf dan pelajar-pelajar muslim Kolej Tuanku Jaafar mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan petang tadi. Terimalah serangkap pantun daripada saya. Sudi tuan menghadirkan diri, Ke tempat kami setulus hati, Ucapan terima kasi...

Catatan hari ini : Yang merah itu saga

Image
Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Alhamdulillah, bulan ini saya menerima tiga helai kain pelikat. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghadiahkannya. Apa pun kualiti atau harganya, saya tetap menerima dengan rasa syukur dan gembira. Syukur kerana masih ada yang mengingati. Gembira kerana hubungan ukhwah sesama insan saling terjalin erat. Itulah yang lebih mahal dari segala-galanya. Budi bahasa yang tidak boleh di jual beli. Mengintai Lailatul Qadar di Al-Falah Hari ini rutin saya bermula seawal pukul 3.30 pagi. Jemputan sebagai pembimbing Qiamullail di Surau Al-Falah Taman Desa Rhu, saya terima dan laksanakan sebaik mungkin. Suasana tiga perempat malam di sini sungguh ceria. Kanak-kanak turut hadir menambahkan suasana gembira. Dua jemaah surau sedang berbual mesra Lampu surau yang bersinar terang menghilangkan rasa mengantuk. Kami bertasbih memuji Allah, bagaikan suara ombak membadai pantai. Majlis selesai sejam sebelum Fajar. Bermenu...

Warkah buat jiran... Takbir Raya di Vila Suria

Image
Buat jiran-jiranku setaman sekalian, Saya mendoakan semoga jiran-jiran semua sihat wal’afiat, dimurahkan rezeki serta mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT hendak-Nya. Tahun ini saya beraya di Seremban. Justeru saya mengambil kesempatan pada malam raya untuk mempelawa jiran-jiran setaman bertakbir raya dari rumah ke rumah. Setakat ini sudah ada tiga buah rumah yang sudah pun memberi persetujuan. Jika jiran-jiran bersetuju, datanglah ke rumah saya pukul 9.00 malam di no 516 Jalan A 17. Dari rumah saya kita akan bergerak ke rumah jiran -jiran yang lain pula. Oh ya.., satu perkara lagi jangan pula jiran-jiran bersusah payah menyediakan juadah yang berat-berat. Kerana tujuan kita hanyalah bersilaturrahim dan saling kenal mengenal sahaja. Buat jiran-jiran yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah memandu dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga jiran-jiran pulang dengan selamat dan balik semula ke Vila Suria dengan selamat. Sekian daripada saya, 'WAKULLU 'AAM WA ANTU...

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jama'ei

Image
Pelajar-pelajar sedang mengambil tempat Majlis ini berlangsung di Surau SMK Seremban 2 malam tadi. Ia telah dihadiri oleh ramai pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Kelihatan Ustazah Nik Rosidah bt Mohamad memberi arahan kepada peserta perempuan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Pada pengamatan saya majoriti pelajar sekolah ini boleh membaca Al-Quran dengan baik. Syabas diucapkan kepada guru-guru agama SMK S2. Bangunan sekolah di lihat dari Surau Sungguh indah pemandangan sekolah di waktu senja. Iftar dengan kurma sebelum solat Maghrib 7.18 minit malam, kami sama-sama berbuka. Duduk bersila di atas lantai tanpa mengira darjat sama ada Guru, Ibu bapa dan juga pelajar. Santai... Datin Hjh Maznah bt Yusof, Pengetua Cemerlang SMK S2 Datin Pengetua memberi nasihat kepada pelajar supaya menjauhi gejala sosial. Datin cukup bimbang dengan pertambahan anak luar nikah di kalangan bangsa Melayu. Syukur SMK S2 memiliki Pengetua yang prihatin dengan nasib bangsanya. Sedan...

Kisah seorang doktor yang mencari Lailatul Qadar

Image
Doktor-doktor yang sedang bergelut menyelamatkan nyawa pesakit Tahun 2006, saya pernah ke klinik Kesihatan Seremban menyampaikan tazkirah Ramadhan di hadapan jururawat dan Doktor-Doktor yang bertugas sekitar daerah Seremban. Ketika itu Dr. Ramli Pengarah Klinik Kesihatan Seremban (ahli jemaah tabligh) merupakan jiran saya di Taman Sri Penaga Sikamat. Setelah selesai tazkirah sementara menunggu waktu berbuka, saya dihampiri oleh seorang doctor mungkin pakar pembedahan, “Ustaz…, tugas saya ialah membedah orang. Sedangkan pembedahan itu tidak mengenal waktu. Jika ada kes-kes kecemasan saya akan dipanggil segera untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Kadang-kadang saya merasa rugi memilih bidang kedoktoran ini kerana tidak berpeluang menghidupkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan . Bayangkan, pukul 3 pagi ketika orang lain sedang bertahajud dan beriktikaf di Masjid, saya pula sedang bergelut di bilik pembedahan” , katanya kesal. Saya terkedu mendengar keluhan doctor ini. “...

Sehati Ramadhan….dari Kg. Ismail ke Taman Jujur

Image
Warga Surau Taman Jujur Sikamat Bayangkan kalau anda sudah tua…, tidak ada siapa yang memperdulikan anda. Hidup anda tersisih dalam masyarakat , anda dianggap tidak bermanfaat malah di ibarat seperti kain buruk. Dipanggil datang... disuruh pergi. Apakah perasaan anda ? Alangkah sayunya ketika itu…. Justeru itulah Nabi saw menyuruh agar kita menyantuni orang-orang tua. Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, ما أكرم شاب شيخا لسنه إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه Maksudnya : Tidak memuliakan seorang muda ke atas orang tua kerana umurnya melainkan disediakan Allah baginya orang yang memuliakannya. Sebuah lagi hadis yang turut dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, ليس منا من لم يرحم صغيرنا ويوقر كبيرنا ويأمر بالمعروف وينه عن المنكر Maksudnya : Bukanlah di kalangan kami mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak dan memuliakan orang-orang tua dan menyuruh orang berbuat baik dan mencegah orang daripada melakukan kemungkaran. 30.8.2010 - 8.25 p.m di S...

Didik anak dengan kaedah Luqmanul Hakim

Image
Bersama Tuan Haji Awal dan Imam Besar Masjid Sikamat Tuan Haji Awal bin Nain, Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat jika berbual dengan saya mesti berbahasa Inggeris. Sehingga menghantar ‘sms’ kepada saya pun dalam bahasa Mat Saleh ini. “Ure cordially invited to our iftar on this Saturday at 6.30 p.m. Pls give a tazkirah on any topic infront of about 250 attendance. Tq.” Demikianlah bunyi 'sms' yang saya terima darinya dua hari lepas. Saya tabik dengannya. Hebat betul Guru Besar ini. Petang semalam saya saya hadir berbuka puasa bersama ibu bapa dan guru-guru Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat. Semasa sesi tazkirah saya mengingatkan diri saya dan ibu bapa, “Ibu bapa sekalian, dalam kita mendidik anak-anak marilah kita mencontohi Lukmanul Hakim dimana beliau mengenalkan anak-anaknya dengan Allah SWT. Insya Allah jika anak-anak kita kenal Allah SWT, mereka akan takut melakukan kejahatan". Seterusnya saya menekankan lagi, "Kita tidak mahu anak-an...

Di Surau Al-Ansar, Coral Height

Image
Al-Fadhil Ust Rosmin bin Adam dan En. Shamsuri bin Ahmad Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, penduduk Taman Coral Height menjalankan aktiviti agama di sebuah rumah yang di sewa. Tapi tahun ini, penduduk di sini telah mendapat nikmat dan rahmat daripada Allah SWT, dimana sebuah surau yang serba baru lagi selesa telah berjaya didirikan. Pembinaan surau ini dibiayai oleh kerajaan negeri. Manakala kelengkapan karpet, P.A System, Air Cond dan bangunan tambahan adalah dari sumbangan derma orang ramai. Syukur Alhamdulillah. Sebahagian daripada jemaah Surau Al-Ansar Malam tadi saya berkesempatan ke surau ini kerana diundang untuk memimpin solat Terawih 8 rakaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah. Al-Fadhil Ust Hj Affendy bin Mohd Nor Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jemaah Surau Al-Ansar khususnya Ybhg Al-Fadhil Ustaz Haji Affendy bin Mohd Nor, Ustaz Rosmin bin Adam, En. Samsuri bin Ahmad dan En Norazlan bin Ismail dan ramai lagi kerana sudi menjemput...