Posts

Showing posts with the label Makalah

Penciptaan Langit

Image
Alam kosmos Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggesa manusia supaya merenung kejadian alam cakerawala beserta sekalian makhluk ciptaan-Nya, moga-moga dengan cara itu akan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Firman Allah SWT, “Dan apakah mereka tidak memerhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah” (Al-A'raf 185) Dialah Allah Tuhan yang mencipta alam maya yang indah supaya manusia mengkaji dan menyingkap rahsianya. Juga untuk manusia mengamati pada peraturan alam, seterusnya mengambil iktibar daripadanya untuk faedah kehidupan di dunia dan juga akhirat. Kebesaran Allah SWT mencipta langit Allah SWT memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya agar merenung dan berfikir pada penciptaan langit. Firman-Nya, “ (Mengapa mereka tidak melihat ke langit bagaimana ia di angkat ?” (Al-Gashiya 018) Sesungguhnya penciptaan langit mempunyai hikmah dan tujuan tertentu yang perlu difikirkan oleh manusia. Di samping sebagai bukti kekuasaan dan kebes...

Nama Muhammad paling popular di UK !

Image
Kota London Formula penyelesaian bagi permasalahan ummah letaknya pada diri kita dan ada pada kita dan tidak sewajarnya kita mengikut formula-formula golongan yang kafir lebih-lebih lagi musuh Islam kerana hanya ketaatan kepada perintah Allah yang mampu menyelamatkan umat ini dari permasalahannya. Janganlah kita menjadi seperti pepatah Arab yang membuat perumpamaan : كالعيس في البيداء يقتلها الظماء والماء فوق ظهورها محمول Maksudnya : Seumpama unta yang mati kehausan , walhal dibelakangnya dia memikul sejumlah air yang banyak. Jasa Rasulullah saw Dalam aspek jasa dan pengorbanan baginda saw pula, adalah teramat besar jika untuk disebut dan dikenang, yang mana baginda saw berjaya membawa golongan Arab jahiliyyah daripada kegelapan kejahilan kepada kecemerlangan ketamadunan. Hasil suluhan nubuwwah, maka tidak hairan jika baginda saw dinobatkan sebagai Nabi yang paling berjaya dalam kehidupan oleh kawan dan lawan seperti yang diungkapkan oleh Encyclopedia Britannica yang mengat...