Posts

Showing posts with the label Mengenal Allah

Pelbagai cara mengenal Allah SWT

Image
Allah SWT boleh dikenali melalui ayat-ayat Manzurah Mengenal Allah SWT boleh melalui ayat-ayat atau tanda-tandanya. Ayat-ayat Allah SWT terbahagi kepada dua iaitu Ayat Manzurah dan Ayat Maqru’ah. Ayat-Ayat Manzurah ialah ayat-ayat yang boleh dilihat dengan pancaindera iaitu kejadian alam ini. Melalui pengamatan manusia kepada tanda-tanda kejadian alam ini akan memudahkan mereka berma’rifat kepada Allah SWT. Alam ini diibarat seperti sebuah kitab yang isi kandungannya sarat dengan makhluk dan fenomena-fenomena alam yang beranika rupa. Manakala Ayat Maqru’ah ialah ayat-ayat Al-Quran itu sendiri yang dibaca dan ditadabbur sehingga kebesaran Allah SWT dapat dirasa dan diresap di dalam diri dan jiwa. Firman Allah SWT, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka j...