Posts

Showing posts with the label Munakahat

Hidad - Wajib ketika berkabung

Image
Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah 234) Dalam sebuah hadis, لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا Maksudnya : Tidak harus bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian berkabung aatas kematian seseorang lebih daripada tiga malam (tiga hari) melainkan atas kematian suami; isteri wajib berkabung empaat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari dan Muslim) Huraian Islam membuat peraturan mana-mana perempuan yang kematian suami, mereka diwajibkan berkabung dalam tempoh edah ...

Walimatul Urus dan hukum bersanding

Image
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim daripada Anas bin Malik r.anhu katanya : أن عبد الرمن بن عوف تزوج على عهد رسول الله (ص) على وزن نواة من ذهب فقال له (ص) أولم ولو بشاة Maksudnya : Abd Rahman bin Auf telah bernikah di zaman Rasulullah saw dengan maharnya emas seberat biji kurma. Lalu Nabi saw bersabda kepadanya : Adakanlah jamuan makan untuk merayakan perkahwinanmu walaupun hanya dengan seekor kambing. Berdasarkan hadis ini hukum mengadakan majlis walimatul urus (kenduri perkahwinan ) adalah sunat muakkad. Tujuannya ialah sebagai mensyukuri nikmat Allah SWT yang melepaskan pasangan pengantin ini dari maksiat serta mengiklankan perkahwinan mereka kepada orang ramai. Ulama mazhab Shafie menegaskan bahawa memenuhi undangan perkahwinan hukumnya adalah wajib selagi tiada halangan syarei berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: فمن لم يأت الدعوة فقد عصى الله ورسوله Maksudnya : “Sesiapa yang tidak menghadiri und...

Bermacam ragam kenduri perkahwinan....

Image
'Perutusan Raja Sehari'... Pada kebiasaannya cuti –cuti di hujung minggu atau cuti sekolah, ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan atau disebut juga dalam Islam sebagai majlis walimatu urus. Seminggu dua sebelum majlis ini berlangsung, tuan-tuan rumah akan sibuk mengedarkan kad-kad jemputan kepada saudara mara, sahabat handai dan jiran terdekat. Bermacam corak kad jemputan diedarkan bergantung kepada status kewangan bakal pengantin. Ada yang tebal, nipis, bewarna warni, berbau wangi dan ada juga disertakan gambar pasangan pengantin dan sebagainya. Nasihat kepada bakal pengantin... Kepada bakal pengantin, sebelum anda menempah kad jemputan kahwin sukalah saya mengingatkan aagar kad jemputan perkahwinan yang bakal dicetak itu tidak mengandungi ayat-ayat suci al-Quran / hadis waima lafaz As-Salamualaikum warahmatullahi yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab. Jika saya menerima kad jemputan seperti ini biasanya saya akan kumpul dan simpan dengan baik sebelum dibakar ...

Hukum berkahwin dengan ahli kitab

Image
Saya sering ditanya oleh anak-anak murid tingkatan enam ketika mengajar subjek Perbandingan Agama, “ Ustaz bolehkah kita berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi zaman sekarang ? ” Demikianlah jawapan saya : Hukum berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab sama ada dari kalangan Yahudi mahupun Nasrani, di sana terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama : Pendapat pertama mengatakan hukum lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab zaman sekarang adalah haram kerana kepercayaan mereka yang sudah berubah. Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat satu riwayat daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya dia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab: “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik manakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ...

Hukum Ilak

Image
Firman Allah SWT, "Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".(Al-Baqarah : 226) Ilak adat jahiliyah Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan hukum Ilak, iaitu bersumpah tidak akan menyetubuhi isteri. Sebab turun ayat ini ialah kerana pada zaman jahiliah, jika seseorang suami yang meminta sesuatu daripada isterinya sedangkan si isteri enggan menunaikannya, maka si suami akan mengancam isterinya dengan kata-kata sumpah tidak mahu menyetubuhinya selama 4 bulan, atau 5 bulan atau 1 tahun, 2 tahun atau pada satu tarikh yang tidak ditetapkan. Maka jadilah si isteri itu teraniaya seperti gantung tidak bertali. Penyelesaian Islam Dengan kedatangan Islam, syarak memberi tempoh 4 bulan kepada mana-mana suami yang bersumpah tidak mahu mendatangi isterinya. Sekiranya dalam tempoh 4 bulan ini, si suami kembali kepada is...

Isteri ibarat ladang.....

Image
Satu tajuk yang malu diperkata, namun banyak di tanya. Firman Allah SWT, "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai ladang bagi kamu, oleh itu datangilah ladangmu secara mana yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal) yang baik untuk diri kamu; dan bertqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman "(223) Sebab turun ayat Dalam ayat ini Allah SWT telah memisalkan isteri sebagai ladang untuk bercucuk tanam. Manakala suami pula diibarat seperti peladang yang akan menyemai benih di atas ladang, sedangkan anak pula diibarat seperti pokok yang tumbuh dari benih yang ditanam tersebut. Maka tanamilah ladang tersebut secara mana yang kamu sukai. Dalam satu riwayat menyatakan sebab turun ayat ini kerana orang-orang Yahudi beranggapan bahawa apabila seseorang suami mencampuri isterinya dari arah belakang, maka anak yang bakal dilahirkan akan bermata juling. Maka turunlah ayat ini mem...

Bolehkah bapa menyuruh anak lelakinya menceraikan isteri...?.

Image
Bagi menjadikan rumahtangga lebih berkat, eloklah mana-mana lelaki yang ingin mengahwini mana-mana perempuan meminta pandangan serta mendapatkan restu daripada kedua-ibupanya. Sekiranya seseorang ayah yang soleh yang tidak pernah menyuruh anaknya melakukan kezaliman, tiba-tiba memerintahkan anaknya supaya menceraikan isterinya atas alasan syarak, maka adalah lebih utama anak lelakinya itu menurut kehendak ayahnya. Ambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim a.s..... Imam Bukhari mengeluarkan dari sahihnya mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. Setelah ibu Nabi Ismail a.s meninggal dunia, lantas Ibrahim datang ke Mekah untuk bertemu dengan anaknya Ismail yang ketika itu telahpun berkahwin, Namun apabila Nabi Ibrahim sampai di rumah anaknya, baginda tidak dapat berjumpa dengan Ismail. Baginda bertanya kepada isteri Ismail di mana Ismail ? Isterinya menjawab, Ismail keluar mencari nafkah. Nabi Ibrahim bertanya lagi, bagaimana keadaan kamu apabila berkahwin dengan Ismail ? Isteri Nabi Ismail menj...