Posts

Showing posts with the label Al Fatihah

Allahyarham Tan Sri Zain Hashim dalam kenangan

Image
Allahyarham Tan Sri Zain Hashim dalam satu majlis Saya mula mengenali Allahyarham 5 tahun yang lalu. Beliau antara bapa yang rajin menjemput anak bongsunya, Abdul Aziz dari Kolej Tuanku Jaafar setiap kali exeat atau cuti persekolahan. Jika ada parent teacher meeting , Tan Sri Zain Hashim tidak pernah ‘ponteng’ untuk mengetahui kemajuan akademik anaknya. “Anak saya sembahyang tak Ustaz?”, tanya beliau satu hari. “Alhamdulillah, anak Tan Sri komited dalam menunaikan solat fardu”, jawab saya. Anaknya baru sahaja menamatkan peperiksaan 'O Level' beberapa minggu yang lepas. Sebagai guru, saya kagum dengan bacaan Al-Quran Abdul Aziz yang fasih, lancar dan betul sebutan tajwidnya. Pengetahuan agamanya juga cemerlang, menyebabkan saya tidak teragak-agak untuk memberi gred A+ pada setiap kali assessment. Pada saya Abdul Aziz sungguh berbeza dengan anak-anak VIP yang lain. “Ayah saya rajin solat berjemaah. Kalau kami ke mana-mana, dia akan singgah di masjid atau surau sekiran...