Posts

Showing posts with the label Umum

Keadaan fizikal Nabi SAW, sifat dan kelakuannya

Image
                          Al-Quran menjelaskan tentang kewajipan menyintai Nabi Muhammad saw sebagaimana firman Allah SWT,                “ Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah ali- 'Imran ayat 31)              Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk di kasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya   hendaklah menyintai Rasulullah SAW serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan.            ...

Takziah buat semua mangsa ribut

Malam ini saya menyampaikan kuliah bulanan di surau Taman Desa Beringin. Apabila saya sampai, kelihatan perkarangan surau ini berselerak dengan atap-atap genting, kayu-kayan, tiang-tiang dan macam-macam lagi. Di atas atap surau pula, kelihatan beberapa orang pekerja Indonesia sedang bertukang, seperti membaiki sesuatu. Saya sangkakan mungkin surau ini sedang direnovasi. Telahan saya silap apabila saya diberitahu oleh Ust Akib (Pengerusi Surau) bahawa surau ini telah dilanggar oleh puting beliung yang sungguh dahsyat petang semalam. Banyak atap gentingnya terpelanting. Dalaman surau pula basah kuyup akibat disimbahi air hujan yang lebat. Sebuah khemah yang sedia terpasang di perkarangan surau telah diterbangkan sejauh 200 meter dari kedudukannya. Kereta Ust Akib yang di parking di halaman surau turut berubah kedudukan dan bercalar hasil terkena serpihan benda-benda yang terpelanting. Manakala sederet rumah di Taman Desa Beringin turut bocor kerana atapnya terbang ditiup angin. Patu...

Semoga cepat sembuh

Hari ini sekali lagi saya berkunjung ke surau An-Nur Bandar Baru Bangi kerana menggantikan Ybhg Al-Fadhil Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, menyampaikan kuliah Dhuha kepada para muslimat. “Dato’ baru keluar dari Wad, masaalah darah tinggi. Sekarang sedang berehat di rumah”, kata Haji Muazzan setiausaha khas kepada Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus. Ketika itu saya baru sahaja menghabiskan kuliah. Kami dan AJK Muslimat sedang menikmati jamuan di ruang dapur Surau An-Nur. “Maklumlah di musim-musim sambutan Maulidur Rasul seperti ini, Dato’ berceramah di merata-rata tempat. Macam-macam jamuan yang dihidangkan kepada Dato”, sambung Haji Muazzan lagi. “Kenapa abang tak kawal pemakanan Dato’?” , tanya saya. “Nak control macam mana Ustaz…, saya pun ‘libas’ jugak”, jawab Haji Muazzan tersengih-sengih. “Dato’ sebenarnya seorang yang tidak cerewet tentang hidangan. Apa sahaja yang dijamu oleh pihak penganjur, Dato’ akan makan”, sambung Haji Muazzzan. “Ya…, Ustaz Dato’ Haron Din pun macam tu jug...

Majlis Penutup Perkampungan Al-Quran

Image
Amir menerima hadiah saguhati pertandingan hafazan Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Sekali lagi tampil ke hadapan untuk menerima cenderamata daripada Dato' Mufti Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim. Sebagai ibubapa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masjid Qaryah Sikamat yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga kalian semua menjadi anak yang soleh

Jika sinki dapur anda tersumbat

Image
Pakcik Tahir sedang menyelesaikan masalah sinki tersumbat Baru-baru ini sinki dapur saya tersumbat. Sudah puas saya cuba membaikinya, tetapi tidak berhasil. Manakala isteri pula asyik merungut, meminta saya menyelesaikan masalah ini dengan segera. Lalu saya teringat Pakcik Tahir, mungkin beliau boleh membantu. Bukan sukar untuk saya berjumpa dengannya, sebab Pakcik Tahir sentiasa berada di Masjid Qaryah Sikamat. Jika tidak berada di masjid ini, carilah beliau di surau Al-Falah. Insya Allah pasti ketemu. Siapakah Pakcik Tahir ? Pakcik Tahir tinggal di Taman Desa Rhu Sikamat. Walaupun usianya 72 tahun, namun beliau masih sihat dan kuat. “Apa rahsia pakcik ?”, tanya saya. “Tak ada apa-apa Ustaz…cuma saya suka menolong orang”, katanya. Saya dan anak-anak tekun melihat Pakcik Tahir bekerja. Lima belas minit kemudian "Sudah siap pakcik ?", tanya saya apabila melihat beliau menyimpan semula peralatannya di dalam beg. "Sudah", katanya. Saya menghulurkan beberap...

Demi masa

Image
Mengunjungi rumah seorang jutawan MLM di Taman Acasia Sikamat Masa berlalu begitu pantas. Tempoh yang dilalui selama seminggu , bagaikan rasa sehari. Aktiviti ziarah di bulan Syawal, memenuhi undangan rumah terbuka di sana-sini, kesibukan mengajar di sekolah, aktiviti menulis pada waktu malam, menyampaikan kuliah di beberapa tempat semuanya itu cukup meletihkan. Namun disebalik keletihan, terpancar rasa bahagia. Bahagia kerana masa yang diberikan Allah terisi dengan aktiviti yang berguna. Annual Repot Minggu depan, minggu yang paling mencabar. Islamic Studies Department Report for year 2010 perlu dikarang dalam Bahasa Inggeris, paling kurang 15 muka surat untuk dihantar kepada Pengetua, Mr Walter Jones. Dateline yang diberi ialah 2hb Oktober 2010. Assesment para pelajar pula perlu dihantar pada hari Isnin 27hb, di samping Meeting Heads of Department pada hari yang sama. Hari Khamis, 30 hb Sept 2010, pukul 2 .00 petang saya diminta oleh Lembaga Tabung Haji untuk menghadiri ...

Keluarga Datuk Sosilawati, bersabarlah...

Image
Kepada keluarga Datuk Sosilawati , Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad , yang dibunuh secara kejam baru-baru ini, bersabarlah. Sabda Rasulullah saw, ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim) Sesungguhnya mereka kembali kerahmatullah dengan penuh kemuliaan sebagai orang yang mati Syahid (Akhirat) . Inilah satu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Menurut Imam al-Qurthubi dan As-Sayuti, orang yang mati syahid akhirat terlepas daripada seksaan kubur. Berkata Syeikh Luqani dan Syekh Abdus Salam dalam Syarah Ithaf al-Murid: Telah warid daripada Nabi saw, bahawa terdapat 40 jenis orang yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Di antaranya : “Orang yang mati di dalam menuntut...

Perang Badar : Tumpasnya kebatilan, menangnya kebenaran !

Image
Sekadar gambar hiasan Bulan Ramadhan bulan yang berkat. Di bulan ini Nabi saw telah memenangi peperangan Badar. Tentera kebatilan yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut akhirnya tumpas, dihancurkan oleh tentera kebenaran walaupun jumlah pengikutnya tidak seramai mana. Apabila tentera kebatilan tumpas, ramai yang terkejut dan tidak percaya termasuklah bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Lahab. Seminggu selepas peperangan ini berakhir, Abu Lahab yang taksub kepada kebatilan ini akhirnya mati dalam keadaan hina. Apakah iktibar dari kisah Badar al-Kubra ? Tidak lain, hendaklah kita bersama-sama dengan jemaah yang menyatakan kebenaran. Jangan kita bersekongkol dengan kumpulan yang batil kerana ia adalah satu kezaliman sedangkan menyokong kezaliman itu adalah langkah menuju ke neraka. Na’uzubillah… Selain bantuan Allah, Rasulullah saw menang dalam peperangan Badar kerana baginda di kelilingi oleh pejuang-pejuang yang bersifat benar dan cintakan kebenaran. Dengan kata lain me...

Indahnya Ramadhan

Image
Alif (tengah) anak YAB MB Terengganu Bulan Ramadhan bulan yang banyak memberi erti dalam kehidupan saya. Enam belas tahun dulu, di bulan yang penuh berkat ini saya melamar seorang gadis yang bernama Zaharatol Jannnah bt Mohd Abd Rahman sebagai isteri. Ketika itu kami sama-sama belajar di Fakulti Pengajian Islam UKM sebelum masing-masing membawa haluan di tahun 3, di mana beliau mengambil bidang Al-Quran dan As-Sunnah manakala saya lebih fokus di bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, bersaksikan rakan-rakan terdekat serta berlandaskan syariat saya berkata, “ Saya ingin mengambil awak sebagai isteri saya”. “Nantilah dulu, saya tanya keluarga saya”, jawab si gadis sambil tersipu-sipu. Hari ini gadis yang dilamar sudah pun menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya seramai lima orang. Alhamdulillah. Justeru setiap kali bulan Ramadhan tiba, kami akan tersenyum mengenang nostalgia lama. Ramadhan tahun ini Ramadhan tahun ini sam...

Solat Terawih 10 rakaat ?

Image
Almarhum Sheikh Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan yang pertama. Saya masih ingat tahun lepas saya berbual dengan seorang jemaah surau Bandar Warisan Puteri Sikamat. Dia bertanyakan saya mengenai amalan solat Terawih di Negeri Sembilan yang agak pelik jika dibandingkan di negeri-negeri lain. “Setahu ana solat Terawih ini hanya 8 atau 20 rakaat sahaja”, katanya yang berasal dari pantai timur. Ya, bagi mereka yang pertama kali datang ke Negeri Sembilan mungkin merasa pelik dengan kaifiat solat Terawih seperti ini. Tetapi bagi mereka yang lahir atau yang sudah lama bermastautin di Negeri Sembilan, menunaikan solat Terawih 10 Rakaat adalah perkara biasa. Ia adalah amalan tradisi yang dilakukan oleh ulama-ulama soleh di Negeri Sembilan sejak dahulu lagi. Kita bersangka baik dengan kealiman ulama-ulama Negeri Sembilan seperti Almarhum Sheikh Haji Muhammad Said al-Linggi dan anakandanya Almarhum Sheikh Haji Ahmad, mereka mempunyai dalil dan hujah yang kuat mengenai amalan solat Terawih ...

Menumbangkan seekor lembu di Kolej Height Sikamat

Image
Lembu jantan bewarna putih “Lembu ini liar Ustaz”, kata seorang jemaah surau Kolej Height. “Masa nak tumbangkan tadi, macam-macam helah dilakukannya....”, kata seorang lagi warga jemaah surau sambil mengesat peluh di dahinya. Nampak gaya, masing-masing berada dalam kepenatan. “Sudah berapa lama lembu ini berada di sini ?”, tanya saya. “Sejak hari Rabu Ustaz”, jawab seorang AJK Surau. "Insya Allah, sebentar lagi saya akan selesaikan", kata saya. Tepat 8.38 pagi, akhirnya lembu ini berjaya disembelih. Lembu ini dihadiahkan oleh seorang Pegawai Kanan Polis Negeri Sembilan untuk dijadikan santapan lauk malam ini. Insya Allah, malam ini (7.8.2010) Surau Kolej Height akan menganjurkan ceramah Israk Wal Mikraj selepas Maghrib. Bergambar ramai-ramai setelah misi selesai Jika tuan puan berkelapangan datanglah beramai-ramai , selepas mendengar ceramah bolehlah menjamu selera dengan lauk daging lembu yang fresh !

Sepucuk surat dari Tabung Haji

Image
Balik dari Surau Hidayah BWP selepas Zuhor tadi, anak ketiga saya berlari mendapatkan saya. "Ayah ada surat", katanya. Saya mengambil dan terus membukanya. Perenggan kedua surat ini saya baca berulang kali. "Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS dalam temuduga yang telah diadakan pada 24 Julai 2010" Perenggan ketiga pula menyatakan : " Sehubungan dengan itu, tuan/puan akan disenaraikan sebagai Guru Pembimbing Ibadat Haji (Pelapis) bagi peringkat negeri masing-masing". Saya memandang isteri saya. "Tahniah", katanya. Syukur kepadaMu ya Allah.., ini satu anugerah dan kemuliaan yang Engkau berikan kepadaku. Semoga dengan rezeki ini menjadikan aku lebih hampir kepadaMu....Amin

Detik kewafatan Rasulullah saw

Image
Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, “.... Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku telah cukupkan kepadamu nikmatKu, Aku telah redha Islam itu menjadi agama bagimu...” (Al-Maidah : 3) Diriwayatkan surah AI-Ma-idah ayat 3 ini diturunkan pada hari Jumaat sesudah Asar ketika Nabi saw berada di Padang Arafah menunaikan Haji Penghabisan (Haji Wada’). Pada mulanya Nabi saw tidak begitu jelas untuk mengingati isi dan makna ayat tersebut sehinggalah Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan. Kemudian turun malaikat Jibril a.s. dan berkata kepadanya : "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi,...