Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H
Risalah Maulidur Rasul 1432H Jabatan Mufti NS Firman Allah SWT, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. (Al-Anbiyaa’ : 107) Antara rahmat terbesar yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah menyeru manusia mentauhidkan Allah SWT. Dialah Allah, Dialah Tuhan semesta alam, Tuhan yang mencipta segala makhluk di langit dan di bumi, Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih, Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Tuhan yang menjadi Raja di hari kemudian. Dalam menyampaikan ajaran tauhid ini, Rasulullah saw berdepan dengan pelbagai mehnah dan karenah yang datang dari kalangan musyrikin Mekah dan puak munafik Madinah. Termasuk juga yang datang dari orang-orang Yahudi yang bersifat degil serta kaum Nasrani yang sesat kerana menyembah Nabi Isa a.s sebagai Tuhan. Pelbagai dugaan, ancaman dan penderitaan yang baginda alami, semuanya dihadapi dengan sabar dan tabah kerana baginda sedar apa yang disampaikan olehnya ialah sesu...