Posts

Showing posts from September, 2018

CATATAN HAJI 1439 H : SALAH SIAPA ?

"Bang..,   selagi abang tak selesaikan saei abang... abng masih lagi dalam ihram. Abang kena selesaikan cepat.. ", pujuk Milah.   Salim senyap.   Matanya memandang ke arah lain.   Malas dia nak melayan nasihat isterinya.   "Abang penat..", jawab Salim acuh tak acuh.  Milah kecewa.   Ini sudah kali kelima dia menasihatkan suaminya, tapi Salim tetap berdegil.   Mereka berdua mengerjakan haji tamattuk, masuk ke Mekah mengerjakan umrah dahulu.   Selesai tawaf,  mereka mengerjakan saei bersama sama.   Sepatutnya sama sama mula, maka sama sama habis.  Tetapi alabila sampai pusingan sekian sekian,  Salim mengatakan yang dia sudah selesai saei,  lalu bergunting dan balik ke hotel  menukar pakaian berjahit. Sebab itu Milah musykil.   Berkali kali dia memujuk Salim supaya menambah lagi bilangan saei yang tidak cukup, tetapi bagai mencurah air di daun keladi,  Salim tidak mahu mendengar nasihatnya.  Alasan yang diberi oleh Salim iala