Posts

Showing posts with the label Kuliah

Kisah wanita bakhil

Image
Dalam sepotong hadis daripada Aisyah r.anha menceritakan, Ada seorang wanita telah datang kepada Rasulullah saw sedangkan tangan kanannya dalam keadaan lumpuh. Wanita itu berkata, “Ya Rasulullah sudilah kiranya kalau engkau mohon kepada Allah agar disembuhkan tanganku yang lumpuh ini”. Maka Nabi saw bertanya, “Wahai perempuan apakah yang menyebabkan tangan kananmu lumpuh ?” Wanita itu menceritakan, “Ya Rasulullah pada satu malam aku bermimpi seolah-olah neraka Jahim telah menyala-nyala dan syurga telah sedia terbuka di hadapanku. Aku melihat ibuku berada dalam neraka sedangkan di tangannya terdapat sepotong lemak dan di tangannya yang sebelah lagi memegang kain lap. Dengan lemak dan kain lap itulah ibuku menahan kepanasan daripada bahang api neraka". "Aku pun bertanya kepada ibu : Wahai ibu, mengapa ibu dalam keadaan begini ? Bukankah semasa di dunia dahulu ibu adalah seorang yang taat kepada perintah Allah dan ibu juga seorang yang berbuat baik kepada ayah dan ayah pun telah...

Bersama warga Flat PPR Seri Alam, Kuala Lumpur

Image
Sebahagian yang hadir Asalnya mereka adalah golongan setinggan Kg Delima Kuala Lumpur, berhampiran Istana Negara. Setelah penempatan mereka di roboh pada tahun 2004, mereka dipindahkan ke Flat ini dengan sewa bulanan sebanyak RM 124.00 sebulan. Malam tadi saya berkesempatan menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj di Surau Flat ini. Surau yang bernama "Silatur Rahim" ini hanyalah surau sementara. Insya Allah mereka bakal memiliki surau baru dalam sedikit masa lagi. Ceramah bermula pukul 8.03 minit Rupa-rupanya jemaah surau ini ramai orang Negeri Sembilan. Justeru tidak ada masalah jika saya menggunakan loghat Negeri Sembilan dari mula sampai akhir sepanjang menyampaikan ceramah. Tepat pukul 9.10 malam, saya menamatkan ceramah. Saya tidak boleh mengambil masa lama kerana bimbang terlepas komuter terakhir untuk balik ke Seremban. Tuan Haji Mansor bin Minal (berbaju hijau) Selepas menikmati jamuan, saya dihantar oleh Tuan Haji Muazzan ke Stesyen Komuter Bank Negara. "...

Kuliah Penghayatan Ramadhan

Image
Esok Cikgu Hasmol Watan Shamsol (Ketua Warden SMV Ampangan) akan berpindah ke Melaka Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [183]Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. “[184] Huraian ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa….” Ayat ini tur...

Ceramah Israk Mikraj di Kg Ismail : Berkata benar walaupun pahit !

Image
Memulakan ceramah Apabila Rasulullah saw balik dari pengembaraan Israk wal mikraj, Ummu Hani’ melarang baginda menceritakan kisah ini kepada orang ramai. Dia bimbang orang ramai tidak akan percaya dengan cerita Rasulullah saw. Antara yang hadir Namun yang benar tetap benar. Rasulullah saw tetap bertegas untuk menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko akan kehilangan pengaruh. Baginda sedar apa yang dilakukannya adalah betul. Umatnya perlu diberitahu kisah ini, sama ada mereka percaya atau tidak, biarlah Allah SWT yang menentukan. Kelihatan Tuan Haji Hashim bin Jasa Sudah menjadi fitrah, sesuatu yang benar itu mesti ada penentangnya. “Tak logiklah”, kata Abu Jahal. “Susah nak percaya”, kata orang munafik. “Sampai mati pun aku tak akan percaya”, kata seorang lagi penentang kebenaran. Maka benarlah, kisah Israk wal Mikraj yang disampaikan oleh Rasulullah saw telah menjadi fitnah dan ujian kepada masyarakat. Ramai warga emas Firman Allah SWT, Maksudnya : “…..dan tiada...

Ke Bangunan Telekom, Kuala Lumpur

Image
Bilik Mesyuarat Rajawali tkt 3A, Bukit Mahkamah KL. Tiga minggu lepas saya dihubungi oleh En. Fuzi bin Tajuddin, ahli jemaah surau Taman Desa Beringin Sikamat. Beliau menjemput saya menyampaikan ceramah Israk Wal Mikraj di Bangunan Telekom Bukit Mahkamah Kuala Lumpur. “Ustaz, saya nak tanya pada 21hb Julai 2010, pukul 11.30 pagi Ustaz free tak ?”, tanyanya. “Insya Allah, free ”, jawab saya. Menaiki komuter Justeru, hari ini saya ke Kuala Lumpur. Saya bertolak dari stesyen Komuter Seremban pukul 9.00 pagi dan sampai di perhentian Bank Negara tepat 10.30 pagi. Seminit kemudian, Tuan Haji Muazzan menjemput saya ke lokasi yang dimaksudkan. Ceramah habis pukul 1.15 tengah hari kemudian diikuti sesi soal jawab. Menikmati jamuan makan tengah hari Selepas makan tengah hari dan solat Zuhor berjemaah, Tuan Haji Muazzan menghantar saya kembali ke Stesyen Komuter Bank Negara untuk pulang ke Seremban. Terima kasih kepada warga Telekom Kuala Lumpur. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Mu...

Bertandang ke Labu

Image
Menjelang waktu Maghrib Sebenarnya ada dua isi yang hendak saya sampaikan di Masjid Qaryah Gadong Jaya, Labu pada malam ini. Namun oleh kerana masa terbatas, saya cuma sempat menyentuh mengenai solat sahaja. 1. Orang yang tidak solat Rasulullah saw melihat satu golongan yang menghempap-hempapkan kepala mereka dengan batu yang besar. Setiap kali mereka menghempapkan kepala mereka dengan batu sehingga pecah , kepala mereka akan bercantum kembali seperti sediakala dan mereka akan mengulangi perbuatan itu dengan tidak henti-henti . Maka Baginda pun bertanya kepada Jibril, "Siapakah gerangan ini wahai Jibril?'. Malaikat Jibril menjawab : "Merekalah golongan yang berat kepalanya untuk mengerjakan sembahyang Fardu". Betapa hinanya orang yang meninggalkan solat seperti yag dikisahkan di zaman Nabi Musa a.s. Di zaman ini, ada seorang sepasang suami isteri yang sudah lama berumahtangga , namun tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik di dalam hati suami untuk bernazar....

Israk wal Mikraj : Pergi dengan roh, jasad atau kedua-duanya sekali ?

Image
Peristiwa Israk wal Mikraj merupakan mukjizat kedua terbesar Nabi Muhammad saw selepas Al-Quran. Musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang kafir dan munafik mengambil peluang untuk menyerang peristiwa ini bersandarkan beberapa hujah. Antaranya mereka berpendapat bahawa peristiwa Israk wal Mikraj hanyalah sekadar mimpi Rasulullah saw yang hanya melibatkan roh, bukannya jasad. Mereka menggunakan dalil Al-Quran surah al-Israa ayat 60, Firman Allah SWT, “…..dan tiadalah Kami menjadikan mimpi pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia …” (60) Dalam ayat ini Allah SWT menggunakan perkataan ar-Rukya ; jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ertinya penglihatan dalam mimpi. Mimpi hanya melibatkan roh bukannya jasad. Ia berlaku apabila seseorang itu tidur dan di luar kesedaran manusia. Dalam menjawab persoalan ini seorang ulama terkenal yang bernama Sheikh Mutawalli al-Sya’rawi dalam kitabnya ‘Isra wal Mikraj’ menyataka...

Sepetang di Sek Men Keb Tunku Ampuan Najihah

Image
Sudah 14 tahun isteri saya mengajar di Sek Men Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah Seremban (SMKTAN). Sepanjang tempoh itu dia tidak pernah menjemput saya untuk menyampaikan ceramah agama di sekolahnya. “ Selagi Na ada di sekolah itu, abang tak boleh datang beri ceramah sebab Na rasa malu dengan kawan-kawan kalau ceramah abang tak sedap”, kata isteri saya. Tiga hari lepas Ustazah Afzilah dari sekolah ini menelefon isteri saya, bertanya sama ada saya free atau tidak pada hari Selasa 13.7.2010 jam 2.30 petang kerana hendak menjemput menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj. Isteri saya pun menyampaikan pesanan ini kepada saya. Respon saya, “Hai…, selama ini awak melarang abang berceramah di sekolah awak, kenapa tiba-tiba kali ini bertukar fikiran ?”. “Kali ini tak pa.., sebab Na bukan ada di sekolah pun ”, jawab isteri saya. Isteri saya sedang cuti bersalin anak kelima dan insya Allah cutinya masih berbaki sebulan lagi. Justeru, petang tadi saya pun bertandang ke Sekolah ini untu...

Berkunjung ke Felda Bukit Rokan Utara

Image
Bergambar di hadapan Masjid Felda Bukit Rokan Utara Kata orang tua-tua jauh perjalanan luas pemandangan. Malam tadi saya ke Masjid Felda Bukit Rokan Utara kerana memenuhi undangan menyampaikan ceramah Israk Wal Mikraj. Tiga minggu lepas, sebelum pihak Masjid mengesahkan jemputan, mereka bertanyakan maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan nombor surat tauliah mengajar untuk tujuan semakan dan tapisan di Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. “Wah ketat betul prosedur untuk berceramah di masjid ini”, tanya saya. “Bukan apa ustaz…, saya hanya menjalankan arahan seperti yang diminta oleh Jawatankuasa Masjid “, kata Ust Osman bin Hasan Guru Agama Felda yang menghubungi saya. Suasana menjelang waktu Maghrib Setelah rujukan dan tapisan di buat, barulah Ust Osman menghubungi saya mengesahkan jemputan tersebut. "Berapa bayarannya Ustaz ?", tanya Ust Osman. "Terpulanglah kepada pihak Masjid, saya tidak meletakkan sebarang bayaran, lagi pun saya ini bukanlah p...

Berkuliah di surau As-Siddiq

Image
Isnin lepas, saya dihubungi oleh Tuan Haji Muazzan, pegawai khas Ybhg Al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus untuk menggantikan beliau menyampaikan kuliah bulanan di Surau As-Siddiq Taman Tun Hussein Onn Cheras, pada Rabu 7.7.2010. Program ini khas untuk kaum wanita. Tuan Haji Muazzan sempat menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ybhg Al-Fadhil Dato' untuk bercakap dengan saya. Tergamam rasanya bila bercakap dengan tokoh ulama yang disegani seluruh Malaysia. Tak tahu nak cakap apa. "Anta tolong gantikan tempat ana kuliah ya. Satu perkara lagi, ana nak tanya bila anta nak tambah isteri ?", gurau Ybhg Al-Fadhil Dato'. Saya tidak sedar apa yang saya jawab. Yang saya ingat, "Ok Dato'", dua perkataan ini sahaja. Kuliah bermula pada pukul 3.15 petang. Saya bertolak dari rumah selepas solat Zuhor di Masjid Qaryah Sikamat. Parking kereta di Surau Taman Sri Pulai. Kemudian menaiki Toyota Avanza milik Tuan Haji Muazzan dan sampai kedestinasi pukul 2.40 peta...