Posts

Showing posts from July, 2009

Hukum tidak bertegur sapa

Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda, لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا , وخيرهما الذى يبداء بالسلام Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-m

Kisah orang yang meninggalkan solat

Pagi ini saya sekali lagi telah dijemput oleh saudara Riduan (S/U) Surau Jiboi untuk menyampaikan kuliah Subuh. Beliau meminta saya menyambung kembali kuliah saya berkaitan tentang Israk wal Mikraj dua minggu lepas. Bagi memenuhi hajat dan permintaan orang Surau di situ, saya gagahkan juga, walaupun baru sahaja sembuh dari penyakit demam yang dialami sejak beberapa hari yang lalu. Saya menyambung kuliah saya dengan menyentuh keberkatan Masjid Al-Aqsa dan sekelilingnya. Selain sebagai Qiblat pertama umat Islam, Masjid ini juga akan menyaksikan perperangan antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Isa a.s memerangi Dajjal dan kuncu-kuncunya. Dalam peperangan itu nanti Nabi Isa a.s akhirnya berjaya membunuh Dajjal sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah saw, “Daripada Mujammi’ bin Jariah al-Ansari r.a berkata : aku mendengar Nabi saw bersabda : Ibnu Maryam (Nabi Isa a.s) akan membunuh Dajjal di satu tempat namanya Babul Luddi (yang terletak berhampiran dengan Baitul

Rejab : Bulan Muhasabah Solat !

Assalamualaikum ? Sempena di bulan Rejab ini di mana Allah SWT memerintahkan Nabi saw dan umatnya menunaikan solat 5 waktu, marilah kita bermuhasabah sejenak. Bagaimana dengan solat kita selama ini ? Ok ke tak ok ? Bagaimana pula dengan solat isteri dan anak-anak kita ? Adakah kita rasa semuanya dah ok? Ingat, solat adalah amalan yang pertama akan di hisab oleh Allah SWT. Kalau solat kita ok, maka perjalanan kita ke syurga pun ok, tapi kalau solat kita atau isteri dan anak-anak kita k.o, maka sebagai ketua keluarga, kitalah orang yang pertama akan dicampak dalam neraka Allah SWT. HUKUM MENINGGALKAN SOLAT Menurut Mazhab Syafie, jika seseorang meninggalkan solat kerana sengaja, maka dia adalah fasik yang boleh membawa kepada kufur. Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menulis, mereka yang meninggalkan solat hilang hak persaudaraan dalam Islam kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah SWT. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11, " Jika mereka bertaubat, men

Mengimbau Israk wal Mi'raj

Firman Allah SWT, Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (Surah al-Israa’: 1) LATAR BELAKANG Peristiwa Israk wal Mi’raj berlaku pada bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW. Tahun itu dikenali sebagai tahun berdukacita apabila dua orang tokoh besar dalam kehidupan Rasulullah saw meninggal dunia. Bermula dengan meninggalnya bapa saudara Rasulullah saw Abu Talib ketika usianya 80 tahun, diikuti pula dengan kematian isteri Rasulullah saw Khadijah bt Khuwailid ketika usianya 65 tahun. Kedua-dua tokoh ini sangat besar jasanya kepada Rasulullah saw. Sebagai bapa saudara, Abu Taliblah yang bersusah payah membesarkan Rasulullah saw dari kecil dan mempertahankan baginda daripada kekerasan kafir Quraisy ketika Rasulullah dilantik menjadi Rasul. Sebagai isteri pula, Khadijah telah b

Roh orang mati boleh kembali ke dunia?

Benarkah roh orang yang sudah meninggal dunia boleh kembali semula ke dunia untuk menziarahi sanak saudara yang masih hidup ? Bagi mengetahui jawapannya mari kita lihat surah Az-Zumar ayat 42, “Allah (Yang Menguasai Segala-Galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati : dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan jiwa yang lain (kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sudah meninggal dunia dan orang yang tidur adalah sama, kedua-duanya adalah mati. Cuma yang membezakan ialah roh orang yang meninggal dunia di tahan oleh Allah SWT (tidak dikembalikan semula ke dunia), manakala roh orang tidur dikembalikan semula kepada jasad sehinggalah sampai ke satu waktu

Syaaban : Sejarah Pertukaran Qiblat

Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah 144-145 Firman Allah SWT, Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka ; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (144) Dan demi sesungguhnya ! jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian