Posts

Showing posts from July, 2011

Bicara al-Quran mengenai kurma

Image
Oleh DR. MOHD. ASMADI YAKOB BULAN Ramadan datang kembali menemui kita. Kedatangannya pada tahun ini seperti juga kedatangannya pada tahun-tahun lepas dengan membawa rahmat, keberkatan dan pengampunan daripada Allah SWT. Kedatangan Ramadan juga tidak dapat lari daripada membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan kepada kita. Antara buah yang paling sinonim dengan Ramadan ialah buah kurma. Hakikatnya, kurma adalah sejenis buah yang sering diulang-ulang dalam al-Quran. Setakat yang diketahui, perkataan yang memberi maksud pohon kurma atau buah kurma disebut lebih 20 kali di dalam al-Quran. Ia menggunakan beberapa lafaz iaitu al-Nakhl, al-Nakhlah, al-Nakhil, Rutab dan Linah. Berbanding kalimah lain, kalimah al-Nakhl paling banyak disebut dalam al-Quran iaitu 11 kali, perkataan al-Nakhil pula diulang sebanyak tujuh kali, manakala perkataan Rutab dan Liinah pula masing-masing disebut sekali. Secara umumnya, perkataan al-Nakhl memberi maksud pohon kurma. Perkataan al-Nakhlah digunakan unt

Manusia perlu pengampunan Tuhan

Image
Besar mana dosa seseorang, besar lagi rahmat dan pengampunan Tuhan Kisah Nabi Adam a.s memakan buah yang dilarang oleh Allah SWT memberi didikan dan pengajaran kepada manusia supaya sentiasa memohon keampunan daripada-Nya kerana sifat manusia itu tidak sunyi daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Dorongan melakukan kesalahan ini mungkin kerana hasutan syaitan, kejahilan diri, terlalu dipegaruhi oleh hawa nafsu, mengikut perasaan serta dipengaruhi oleh emosi. Jalan penyelesaian kepada kesalahan yang dilakukan ialah bertaubat, insaf serta kembali ke jalan-Nya yang sebenar. Firman Allah SWT, “ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha” (At-Tahrim 008) Sabda Rasulullah saw, كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya : Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat. (Hadis riwayat Tirmidzi) Peluang taubat yang diberikan Allah SWT menujukkan betapa sifat

Bertadabbur dengan al-Quran

Image
Assalamualaikum wrm wbh, Syukur Alhamdulillah, hari ini 26 Julai 2011, sebuah lagi artikel saya diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia di muka surat 23, ruangan Agama. Selamat membaca ! Al-Haqir wal Faqir Ilallah. Abu Sofea

Pelbagai cara mengenal Allah SWT

Image
Allah SWT boleh dikenali melalui ayat-ayat Manzurah Mengenal Allah SWT boleh melalui ayat-ayat atau tanda-tandanya. Ayat-ayat Allah SWT terbahagi kepada dua iaitu Ayat Manzurah dan Ayat Maqru’ah. Ayat-Ayat Manzurah ialah ayat-ayat yang boleh dilihat dengan pancaindera iaitu kejadian alam ini. Melalui pengamatan manusia kepada tanda-tanda kejadian alam ini akan memudahkan mereka berma’rifat kepada Allah SWT. Alam ini diibarat seperti sebuah kitab yang isi kandungannya sarat dengan makhluk dan fenomena-fenomena alam yang beranika rupa. Manakala Ayat Maqru’ah ialah ayat-ayat Al-Quran itu sendiri yang dibaca dan ditadabbur sehingga kebesaran Allah SWT dapat dirasa dan diresap di dalam diri dan jiwa. Firman Allah SWT, "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka j

Izinkan saya berkongsi maklumat

Image

Raudhatus Sakinah sudah pun berdaftar

Image
Mewakili Ust Nor Azamir Alias Alhamdulillah, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Raudhatus Sakinah yang beralamat di Rumah Nenek Maryam Blok C Ampangan telah pun diluluskan pendaftarannya oleh pejabat pendaftar pertubuhan. Majlis dimulai dengan tahlil dan doa selamat Pagi tadi bertempat di rumah Nenek Maryam, telah diadakan majlis tahlil dan doa selamat serta penyampaian sumbangan derma kepada lebih 100 orang anak-anak yatim dan 40 ibu tunggal yang berdaftar dengan pertubuhan ini. Sumbangan sepatutnya disampaikan oleh Pengerusi Raudhatus Sakinah iaitu Ybhg Al-Fadhil Ust Nor Azamir Alias yang juga Timbalan Mufti NS. Di belakang tabir Raudhatus Sakinah Namun beliau tidak dapat hadir kerana ada tugas yang perlu disempurnakan di Sri Menanti Kuala Pilah. Justeru pihak Raudhatus Sakinah meminta saya sebagai AJK untuk mewakilkan beliau. Bak kata pepatah, 'tiada rotan akar pun jadi'. Sebahagian ibu-ibu tunggal yang hadir Di kesempatan ini pihak Raudhatus Sakinah

Mari betulkan bacaan Fatihah

Image
Agama itu nasihat. Nasihat ini ditujukan buat diri saya yang kurang sempurna dan para dua’t ilal Llah secara umum. Sekali-kali saya tidak tujukan kepada sesiapa secara khusus. Para asatiz yang dihormati, Dalam kita berdakwah, memberi nasihat itu dan ini sama ada melalui lisan atau tulisan, kadang-kadang ada baiknya kita menoleh dan bermuhasabah pada diri apakah perkara-perkara asas dalam fardhu ain yang kita lakukan sudah pun beres. Sudah menjadi kebiasaan apabila para du’at berkunjung ke masjid atau surau dalam menyampaikan risalah dakwah, mereka akan diberi keutamaan untuk memimpin solat berjemaah. Di sinilah para makmum akan memerhati, melihat dan menilai kreadibiliti seseorang da’ei. Jika bacaan Fatihah para du’at betul tajwidnya, syukur Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya mungkin ada jemaah yang akan mengomel, “Baca Fatihah pun teruk..,nak ngajar kita pula”. Para asatiz yang ilmuan, Fatihah adalah rukun keempat dalam solat. Tanpanya solat seseorang itu tidak sah . Inila

Kenangan Umrah 3-14 Julai 2011

Image
Pagi sebelum berangkat Kota Mekah ibarat sebuah universiti kehidupan. Ia mendidik manusia erti kesabaran, setiakawan, belas kasihan, bertimbang rasa, hormat menghormati, rendah diri, tolong menolong dan bekerja sama. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semuanya. Teristimewa buat isteri tersayang dan anak-anak yang sanggup ditinggalkan. Begitu juga sanak saudara, jiran-jiran, rakan-rakan, jemaah masjid dan surau yang banyak memberi dorongan dan kata-kata nasihat. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli rombongan. Gelak ketawa, senda gurau dan susah sedih yang kita lalui bersama akan terpahat sebagai kenangan paling berharga. Alhamdulillah segala-galanya sudah pun selesai dan selamat. Hanya kepada Allah SWT kita serahkan amalan kita. Insya Allah jika ada umur yang panjang kita berjumpa lagi. Salam hormat daripada saya. Abu Sofeya Kelihatan Makcik Bedah (bertongkat) yang begitu ceria Masih sempat menghafal doa di KLIA Apabila MH 151 sudah mula berge

“Kami ikut aje ….”

Image
Labbaikallahummalabbaik Tiga hari lepas, “Ustaz, saya nak sahkan flight ustaz Ahad ni pukul 12.45 tgh hari. Ustaz dan rombongan kena berada di KLIA paling awal pukul 9.30 pagi. Tunggu di paras 5 kaunter L”, kata En. Alif kakitangan KRS Travel, Senawang. “Berapa orang semuanya?”, tanya saya minta kepastian. “31 orang. Ada yang daftar di cawangan KRS Kuala Lumpur. Saya telah maklumkan kepada mereka tentang jadual flight . Cuma adik beradik ustaz sahaja yang saya tak maklumkan. Minta Ustaz tolong sampaikan maklumat ini kepada mereka ”, jawab En. Alif. “ No problem ”, respon saya. Pertama kali sebagai trip leader Berbeza dengan pengalaman sebelumnya, inilah kali pertama saya diberi mandat sebagai ketua rombongan. Sebagai trip leader , tentulah banyak karenah yang bakal saya hadapi daripada ahli-ahli rombongan. Moga-moga Allah SWT sentiasa memberi kesabaran dan kecekalan kepada saya dalam memimpin mereka. Hasil perbualan saya dengan beberapa ahli rombongan ketika menyampaikan ta

Allahyarham Tan Sri Zain Hashim dalam kenangan

Image
Allahyarham Tan Sri Zain Hashim dalam satu majlis Saya mula mengenali Allahyarham 5 tahun yang lalu. Beliau antara bapa yang rajin menjemput anak bongsunya, Abdul Aziz dari Kolej Tuanku Jaafar setiap kali exeat atau cuti persekolahan. Jika ada parent teacher meeting , Tan Sri Zain Hashim tidak pernah ‘ponteng’ untuk mengetahui kemajuan akademik anaknya. “Anak saya sembahyang tak Ustaz?”, tanya beliau satu hari. “Alhamdulillah, anak Tan Sri komited dalam menunaikan solat fardu”, jawab saya. Anaknya baru sahaja menamatkan peperiksaan 'O Level' beberapa minggu yang lepas. Sebagai guru, saya kagum dengan bacaan Al-Quran Abdul Aziz yang fasih, lancar dan betul sebutan tajwidnya. Pengetahuan agamanya juga cemerlang, menyebabkan saya tidak teragak-agak untuk memberi gred A+ pada setiap kali assessment. Pada saya Abdul Aziz sungguh berbeza dengan anak-anak VIP yang lain. “Ayah saya rajin solat berjemaah. Kalau kami ke mana-mana, dia akan singgah di masjid atau surau sekiran