Posts

Showing posts from April, 2012

UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN 31 JULAI-11 OGOS 2012 SEDANG DI BUKA

Image
Bergambar tidak jauh dari Gua Thur Insya Allah, jika tiada aral melintang sekali lagi saya diamanahkan oleh Syarikat KRS Travel & Tours (Seremban) untuk membimbing jemaah Umrah pada pertengahan Ramadhan 2012. Harga ialah RM 6600.00, menaiki  MAS, 12 hari 10 malam dan jemaah akan masuk ke Mekah dahulu. Harga meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, visa umrah, makan dan minum sepanjang di tanah suci, khidmat bimbingan mutawwif, penginapan hotel, pengangkutan ziarah di Mekah dan Madinah serta cukai lapangan terbang. Hotel di Mekah ialah Mira Palace @ setaraf  (350 meter dari Masjidil Haram) dan di Madinah ialah Manazel Muhajirin @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi). Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk bersama saya dalam program umrah ini, bolehlah menghubungi saya 019-6404133 atau hishamuddin@gmail.com atau h ishamuddinmansor@ktj.edu.my . Sekian, terima kasih.

Syukur...jemaah Umrah 3 April 2012 selamat pergi dan selamat pulang

Image
Bergambar di tapak kelahiran Rasulullah SAW Hotel dan kedai sepanjang di Misfalah banyak yang telah ditutup, menunggu masa untuk dirobohkan  Syukur, kesemua 43 orang jemaah yang di bawah bimbingan saya telah pun selamat mengerjakan Umrah bermula dari 3 sehingga 14 April 2012.  Kesemuanya melahirkan rasa gembira yang teramat sangat dan bercadang ingin bertandang semula ke tanah suci jika diberi rezeki di masa akan datang.  Dari kiri Makcik Salamah, Makcik Zainiah, Kak Rohana, Mak dan Makcik Timah  dari Sikamat Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta  rombongan yang banyak membantu dalam menjayakan program umrah ini.   Yang lemah begnya sama-sama di angkat, yang sakit tangannya dipimpin ke masjid, yang hilang wang musibahnya diringankan dan yang tidak faham dibimbing sebaik-baiknya.  Gelak ketawa rakan-rakan sebilik, Abang Aris dari Taman Jujur, Haji Alias dari Tampin dan En Awaluddin dari Nilai se

Al-Fatihah : Kami sekeluarga berkabung

Image
Mak, Kak Long dan arwah abang Suman ketika berhari raya di rumah saya  Tanggal 2 April 2012, jam 10.12 malam, abang Ipar sulong saya telah kembali kerahmatullah. Mudah-mudahan roh Allahyarham Haji Osman bin Chik atau lebih mesra dipanggil 'Abang Suman' dicucuri rahmat dan  ditempatkan bersama orang-orang soleh. Aminn. Di kalangan abang-abang Ipar saya, abang Sumanlah yang paling baik dan yang paling pemurah. Semasa saya masih kecil, kalau dengar sahaja abang Suman dan Kak Long nak balik ke rumah mak, saya, abang Zul dan Ajib akan melompat gembira. Sebabnya  abang Suman suka memberi duit kepada kami. Dia melayan adik-adik iparnya sama seperti dia melayan anak-anaknya sendiri. Maklumlah usia kami dan anak-anak Kak Long adalah sebaya. Masa cuti sekolah bulan Disember, oleh kerana keluarga kami orang susah, kami adik beradik akan pergi ke rumah Kak long di Kg Melayu Subang, Selangor. Alhamdulillah..., merasalah kami tinggal di rumah banglow Kak Long dan juga makan n