Posts

Showing posts from January, 2014

Keadaan fizikal Nabi SAW, sifat dan kelakuannya

Image
                          Al-Quran menjelaskan tentang kewajipan menyintai Nabi Muhammad saw sebagaimana firman Allah SWT,                “ Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah ali- 'Imran ayat 31)              Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk di kasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya   hendaklah menyintai Rasulullah SAW serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan.              Jika hendak menyintai seseorang,   hendaklah kita mengenali orang yang dicintai itu. Demikian juga dalam menyintai Nabi SAW, maka hendaaklah mengenali peribadi dan watak rasulullah SAW terlebih dahulu. Susuk tubuh baginda              Rasulullah SAW termasuk di dalam g