Iktibar dari bumi Iraq, Tunisia dan Mesir
Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya. Ia sama sekali tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu atau sentimen parti politik. Saya menulis dengan jujur dan datangnya dari hati yang ikhlas. Saudara pembaca sekalian, Pada tahun 2003 tentera Amerika melanggar Iraq. Tidak sampai dua minggu, akhirnya kota Babylon ini berjaya ditakluk oleh kuasa besar dunia di bawah pimpinan George Bush ketika itu. Manakala rejim Saddam Hussein yang memerintah negara melebihi 30 tahun akhirnya tumbang menyembah bumi. Tidak berapa lama selepas itu Saddam Hussein yang digelar sebagai ‘Hero Arab’ telah ditangkap, dibicarakan sehinggalah membawa kepada hukuman mati ke atasnya pada tahun 2006. Demikianlah nasib yang menimpa arwah Saddam Hussein. Kenapa Tuhan tidak memakbulkan doa umat Islam ? Ketika serangan besar-besaran dilakukan oleh tentera Amerika, umat Islam di Iraq berdoa kepada Allah SWT agar tentera mereka berjaya mengalahkan kuasa mustakbirin ini. Mengiringi doa rakyat Iraq ialah doa ...