Posts

Showing posts from October, 2011

Ibadah korban

Image
1. Hukum melakukan ibadah korban. a. Menurut Mazhab Syafie hukum melakukan ibadah korban ialah Sunat Mua’kaddah (sunat yang sangat dituntut). Justeru adalah makruh bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukannya. Manakala menurut Mazhab Hanafi, hukum melakukan ibadah korban itu adalah wajib bagi orang-orang kaya tetapi hanya sunat bagi orang miskin. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “ Sesiapa yang ada kemudahan (harta) dan tidak melakukan korban, maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”. b. Wajib jika seseorang itu bernazar. c. Korban hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup. Oleh itu tidak sah dibuat korban untuk orang yang sudah mati melainkan kalau ia berwasiat. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka. Namun menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali berkorban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksa...

Lembu oh lembu..

Image
Lembu pertama untuk Vila Suria Lembu kedua untuk Vila Suria Sudah seminggu saya mencari lembu. Pernah saya naik motorsikal kapcai bersama En. Pilus meredah bukit dan hutan belantara di Pantai semata-mata untuk mendapatkan beberapa ekor lembu. “Abang datanglah esok pukul 9 pagi”, kata En. Pilus setelah kami sama-sama hampa apabila tokey lembu yang berbangsa India menggeleng-geleng kepala, tanda lembu sudah habis ditempah orang. Keesokkan harinya, pukul 9 pagi seperti yang dijanjikan, saya sudah terpacak di rumah En. Pilus. “Ayah tak da…, dia pergi cari lembu kat Jelebu”, kata anaknya. Saya mencapai handphone menghubungi En. Pilus. “Sorry bang…, saya kat Jelebu sekarang ni… cari lembu untuk abang. Setakat ni belum ada lagi. Kalau ada saya akan hubungi abang", jawab En. Pilus. Saya hampa dengan jawapan En Pilus. Tapi apa boleh buat, dah lembunya tak da. Kenalah akur… “Ada berita baik pasal lembu”, satu sms dari Ustaz Haji Azzahar ketika saya sedang berbaring-baring memikirkan hal l...

Nabi Isa a.s Nabi akhir zaman ?

Image
Kata missionary Kristian lagi, Orang Islam percaya bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi akhir zaman dan penutup sekalian para Nabi. Buktinya orang Islam berpegang kepada surah al-Ahzaab ayat 40, “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul dan kesudahan segala Nabi-Nabi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" Namun dalam masa yang sama umat Islam percaya Nabi Isa akan turun menjelang hari Qiamat. Dari sudut logik tentulah Nabi Isa sebagai Nabi akhir zaman bukannya Nabi Muhammad. Betul tak…? Jawapan Islam Apabila meyakini bahawa Nabi Isa a.s akan turun menjelang hari Qiamat, bukanlah bermakna Nabi Isa a.s adalah Nabi akhir zaman, sekali gus menafikan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi penutup yang tidak ada lagi Nabi selepas baginda. Firman Allah SWT, “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang d...

Kalau benarlah Nabi Isa a.s itu ...

Image
Gereja terbesar di Asia, bakal muncul di Malaysia Kalau benarlah Nabi Isa a.s itu anak Tuhan kerana tidak mempunyai bapa, maka sepatutnya yang paling layak untuk disembah oleh penganut Kristian sebagai Tuhan ialah Nabi Adam a.s kerana baginda dicipta tidak mempunyai bapa dan juga mempunyai ibu. Namun hakikatnya, tidak ada penganut Kristian yang menyembah Nabi Adam a.s sebagai Tuhan. Firman Allah SWT, “Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka janganlah sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu” (Ali -Imran : 60). Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan, apabila kebenaran daripada Allah SWT sudah pun jelas dan terang, maka kebenaran ini hendaklah diterima tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu. Amat malang jika kebenaran sudah dibentang, namun masih ada yang mahu menegakkan benang yang basah lalu mencipta pelbagai alasan untuk menafikan kebenaran. Sedang rancak pembinaannya di Bukit Jalil Inilah yang terjadi ke atas penganut agama Kristian yang ...

Orang Kristian tidak kafir ?

Image
Missionari Kristian dengan helah terancang sering memainkan isu kononnya mereka bukanlah golongan kafir. Antara nas yang mereka gunakan ialah surah Ali ‘Imran ayat 55. “ (Ingatlah), ketika Allah berfirman : “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu dan mengangkat kamu kepadaKu serta membersihkan kamu dari orang-orang-orang kafir , dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir hingga hari Qiamat . Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan" (55) Dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang yang mengikut Isa (penganut Kristian) akan dimuliakan Allah SWT mengatasi orang-orang kafir sehingga hari Qiamat. Persoalannya ? Kalaulah mereka kafir, tidak mungkin Allah SWT akan mengangkat darjat mereka sehingga hari Qiamat. Kalaulah mereka kafir, tidak mungkin Allah SWT menyebut kedudukan mereka mengatasi orang-orang kafir ? Adalah tidak logik orang kafir b...

Muzakarah Ketua-Ketua Jemaah Umrah

Image
Bertarikh 8-9hb Oktober 2011 di Casa Rachado PD Membentangkan hasil bengkel Sesi pencerahan oleh Dr. Badrul Amin Motivasi oleh Drs Rajab Selamat Kombinasi golongan muda dan tua Tn. Haji Mohammad Ssunaibari (CEO KRS Travel) sedang mencatat sesuatu

Al-Fatihah – Berehatlah dengan tenang wahai Imam Haji Mazlan…

Image
Banyak kenangan Allahyarham di Masjid ini Seusai solat Isyak di surau Taman Desa Beringin sebentar tadi, saya menerima panggilan dari Abang Nordin AJK Surau Al-Falah Taman Desa Rhu memaklumkan Tuan Haji Mazlan bekas Imam 2 Masjid Qaryah Sikamat telah kembali kerahmatullah. Sebak di dada bila mendengar berita sedih ini. Setelah menjamah sedikit jamuan yang disediakan, saya meminta izin dari jemaah surau untuk ke rumah Imam Mazlan. Ketika sampai, saya melihat ramai ‘orang-orang kuat’ Masjid Qaryah Sikamat, ahli-ahli jemaah surau Al-Falah, jiran-jiran, sanak saudara dan teman taulan sudah pun memenuhi perkarangan rumah Allahyarham. Saya sendiri terpaksa bersila di atas tikar yang dihamparkan di jalan raya (di hadapan) rumahnya. Bacaan tahlil diketuai oleh Ybhg Al-Fadhil Ustaz Najib Nubhan al-Hafiz. Suasana pilu, muram dan sedih menyelubungi mereka yang hadir. "Ustaz ...., kuliah Ustaz malam esok ditangguhkan. Kami jemaah surau berkabung.., kami akan adakan tahlil untuk Allahy...

Orang mukmin mati berpeluh di dahinya

Image
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Abu Daud, An-Nasaei dan At-Tirmidzi, Nabi saw bersabda, المؤمن يموت بعرق الجبين Maksudnya : Orang mukmin itu mati dengan berpeluh didahinya. Sebahagian ulama mentafsirkan hadis di atas : Maksudnya, jika seorang mukmin itu sedang dalam sakaratul maut, maka dia akan berpeluh di dahinya kerana siraman air yang dibawa oleh malaikat. Ada juga yang berkata, maksudnya dia mati dalam keadaan bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam melakukan amal solih. Dengan demikian, peluh di dahinya itu adalah symbol dari kerja keras yang dilakunya dalam mengerjakan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT, والذين جهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وان الله لمع المحسنين Maksudnya : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al-‘Ankabut : 69) Yang dimaksudkan dengan orang yang...