Posts

Di mana bahayanya Syiah ?

Image
1. Mengkafir / melaknat para sahabat dan isteri Nabi Ramai berpendapat kumpulan Syiah yang mengkafirkan para sahabat ialah kelompok Syiah di zaman dahulu, sedangkan Syiah yang berpangkalan di Iran sekarang adalah Syiah yang sangat menghormati para sahabat Nabi saw. Dakwaan ini adalah tidak benar, kerana Syiah yang ada di Iran sekarang (Syiah Imamiyah) sehingga hari ini masih tetap mengkafir dan melaknat para sahabat Nabi saw termasuk isteri-isteri baginda. Ini dapat dibuktikan melalui karya tokoh-tokoh utama mereka antaranya Ayatollah Ruhullah Khomeini, pengasas revolusi Iran. Dalam kitabnya Kasyful Asrar beliau menulis, “ Abu Bakar dan Umar telah banyak meyalahi hukum-hukum Allah yang terang. Mereka berdua telah banyak mempermain-mainkan hukum hakam Tuhan, mereka menghalalkan dan mengharamkannya mengikut sesuka hati sendiri. Mereka berdua telah melakukan kezaliman ke atas Saidatina Fatimah dan anak-cucunya”. (Imam Khomeini : Kasyful Asrar, 110) “Perbuatan-perbuatan yang dilakuk...

Kes pecah rumah di Vila Suria..., pandangan dari sudut Fiqh

Image
Latar belakang Ini kali kedua, dalam tempoh dua bulan jenayah pecah rumah berlaku di Vila Suria. Itu tidak termasuk beberapa percubaan pecah rumah yang gagal apabila penghuninya terjaga dari tidur atau belum tidur. Rata-rata kejadian ini berlaku antara pukul 4 - 5 pagi. Pihak Persatuan penduduk sebelum ini telah mengadakan beberapa tindakan drastik susulan kes pecah rumah yang pertama dahulu. Antaranya memecat syarikat pengawal keselamatan dan menggantikan dengan syarikat keselamatan yang baru. Selain itu dua pos kawalan keselamatan telah di tambah di lokasi penjuru belakang kawasan perumahan. Syukur Alhamdulillah di lorong saya masih belum kedengaran kes seperti ini (Ya ALLAH jauhilah malapetaka ini), mungkin kerana hampir dengan pos kawalan keselamatan. Tulisan ini bukan untuk mengulas cadangan-cadangan peribadi saya, cuma ia fokus kepada fiqh jinayah. Kedudukan barang yang dicuri... Kebanyakkan ulama bersetuju bahawa yang dikatakan mencuri itu mestilah barang yang dicuri itu di...

Apakah hukum mengupah baca Al-Quran atau zikir untuk pahalanya kepada roh si mati?

Image
Seringkali di bulan Ramadhan, wujud pakej-pakej tertentu yang menawarkan khidmat upah membaca Al-Quran atau tahlil dengan bayaran tertentu. Di sini saya lampirkan Fatwa Kerajaan Negeri Kedah mengenainya. Jawapan: Harus mengupah baca Al-Quran atau zikir untuk disampaikan pahalanya kepada roh si mati seperti upah baca Al-Quran di atas kubur dengan kadar tertentu sekali khatam umpamanya atau didalam tempoh yang tertentu sebulan umpamanya kerana manfaatnya kepada si mati yang dapat menerima rahmat dari Allah samada diiringi bacaan itu dengan doa atau pun dijadikan bacaan itu untuk atau tidak, manfaat bacaan itu akan kembali kepada si mati dalam itupun sayugia diingatkan bahawa mana-mana Qari yang membaca Al-Quran kerana tujuan mendapat wang(upah) sepertimana biasa juga berlaku dizaman ini yang mana bacaan Al-Quran dijadikan sebagai suatu pekerjaan atau sumber pencarian dan terdapat kumpulan-kumpulan menjadi pemborong pekerjaan ini yang meletakkan harga upahnya dan ada tawar menawar mak...

Lagi mengenai hukum Qazaf ...(perincian)

Image
Pendahuluan Soal maruah dan kehormatan diri merupakan sesuatu yang sensitif di dalam kehidupan manusia biar pun di mana-mana. Orang yang dituduh melakukan sesuatu perkara yang mencemarkan maruah diri atau keluarganya sedangkan tuduhan itu merupakan fitnah, sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kebenaran. Bagi mengawal ketenteraman dan keharmonian sesebuah masyarakat, maka Islam telah mewujudkan satu peraturan yang mengandungi hukuman dan pembalasan yang dikenali sebagai had Qazf. Tujuan mengadakan undang-undang ini ialah untuk menghapuskan sesuatu amalan buruk iaitu perbuatan tuduh menuduh dan syak wasangka yang tidak berasas yang boleh mengancam kerukunan sesebuah rumahtangga dan menjejaskan perpaduan anggota sesebuah masyarakat dan Negara. Islam memandang jenayah Qazf ini sebagai satu dosa besar sebagaimana firman Allah SWT, والذين يرمون المحصنت ثم لم يأتوا بأربعة شهداء فاجلدوهم ثمنين جلدة ولا تقبلوا لهم شهدة أبدا وأولئك هم الفسقون (24) Maksudnya : Dan orang-orang yang ...

Hukum qazaf dan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim

Image
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 4-5, "Dan orang-orang yang menuduh perempuan suci (baik) dengan tuduhan berzina, kemudian mereka tiada mengemukakan empat orang saksi maka deralah oleh kamu akan orang-orang itu dengan lapan puluh kali sebatan. Janganlah kamu terima penyaksian mereka selama-lamanya. Kerana mereka itu orang-orang yang fasik (4) Kecuali orang-orang yang telah bertaubat sesudah itu dan menjadi baik, Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " (5) Dalam ayat di atas Allah SWT menjelaskan tentang hukum qazaf, iaitu menuduh mana-mana perempuan yang baik melakukan zina. Allah SWT memerintahkan bahawa sesiapa yang menuduh perempuan yang baik melakukan zina, maka dia hendaklah membawa empat orang saksi bagi membuktikan tuduhannya. Yang dimaksudkan dengan empat orang saksi di sini ialah empat orang saksi yang boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri waktu berlakunya peristiwa zina tersebut. Ini menunjukkan bahawa Islam agam...

Awas ! hadis palsu dan ciri-cirinya...

Image
Terdapat banyak hadis sahih bahkan mutawatir yang mengecam keras orang-orang yang berbohong terhadap Rasulullah saw. Antaranya, من كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار Maksudnya : Barangsiapa dengan sengaja berdusta terhadapku, maka bersiaplah mengambil tempaatnya dari neraka. (Riwayat Muslim) Satu lagi hadis, من كذب على بنى له بيت فى جهنم Maksudnya : Barangsiap berdusta terhadapku maka dibinakan untuknya sebuah rumah dalam neraka Jahannam. (Riwayat Muslim) Kebanyakkan para ulama dan Imam Hadis menghukum orang yang meriwayatkan hadis palsu tanpa memberitahu atau memberi amaran kepada manusia akan kepalsuannya, maka hendaklah pemerintah menjatuhkan hukuman ta’zir yang keras. Ciri-Ciri Hadis Palsu Cara-cara untuk mengenali hadis palsu adalah seperti berikut : 1. Bertentangan dengan ayat Al-Quran.Contoh, من ولد له مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو و الولد فى الجنة Maksudnya : Barangsiapa mempunyai seorang anak kemudian menamakannya Muhammad dengan niat untuk mengambil berkat, maka di...

Pesanan Nabi Ismail a.s kepada ayahnya...

Image
Nabi Ismail berpesan sebelum ayahandanya menyempurnakan perintah Tuhan ..., 1. Wahai ayah ! sebelum ayah menyembelihku, hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyusahkan ayah. 2. Wahai ayah ! hendaklah wajahku di hadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihatku sehingga menimbulkan perasaan belas kasihan ayah kepadaku. 3. Wahai ayah ! hendaklah ayah melipatkan kain ketika menyembelih, supaya tidak tercemar pakaian ayah dengan darahku sehingga mengurangi pahalaku dan menyusahkan hati ibu. 4. Wahai ayah ! Hendaklah ayah menajamkan pisau agar mudah leherku dihiris dan aku pula tidak terlalu sakit. 5. Wahai ayah ! Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku dan sampaikanlah salamku kepada ibu dan katakanlah kepadanya : Bersabarlah wahai ibu, bersabarlah dengan perintah Allah ini. Dan janganlah ayah memberitahu ibu bagaimana ayah menyembelihku dan mengikat tanganku. 6. Wahai ayah ! Janganlah ayah membenarkan anak-anak...

Wukuf dan Selamat Hari Raya Korban....

Image
Kenangan semasa Wukuf di padang Arafah pada musim Haji 2008 Antara rukun Haji yang wajib dilakukan oleh mereka yang menunaikan fardhu Haji ialah Wukuf di padang Arafah. Wukuf di Padang Arafah bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari hari kesembilan Zulhijjah sehingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijjah. Seelok-eloknya berada di sana sebahagian hari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh Zulhijjah. Antara hikmah wukuf di Padang Arafah menunjukkan kepada masyarakat dunia betapa eratnya perpaduan umat Islam tidak kira raja, tidak kira rakyat jelata sama ada yang miskin atau pun yang kaya semuanya sama sahaja taraf dan kedudukan, dimana mereka semuanya berpakaian seragam bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Agung. Wuquf di padang Arafah juga memberi kesedaran tentang perhimpunan manusia di padang Mahsyar di hari kiamat. Dipadang Mahsyar itulah seseorang manusia akan dipertanggungjawabkan sega...

Catatan ringkas menjelang Eidul Adha

Image
Bermula pada 10 hingga 13 Zulhijjah (selama empat hari) umat Islam di seluruh dunia akan melakukan ibadah korban. Insya Allah, di Masjid dan surau-surau di sekitar Sikamat Seremban akan turut melaksanakan ibadah Qurban pada hari-hari tersebut. Kepada yang bawa anak-anak... Kepada mereka yang membawa anak-anak, tidak salah kita mendedahkan kepada mereka aktiviti korban ini sebagai satu pendidikan awal kepada mereka, malah inilah yang sangat dianjurkan oleh Islam. Moga-moga apabila dewasa nanti merekalah yang akan mewarisi melaksanakan kerja-kerja yang mulia ini. Tetapi hendaklah kehadiran mereka sentiasa diawasi, janganlah dibiarkan mereka terlalu dekat dengan binatang yang hendak disembelih serta membuat bising sehingga menganggu tumpuan penyembelih melaksanakan tugasnya. Dimana saya pada hari itu ? Pada hari Jumaat 27 hb November ini saya akan menyampaikan khutbah Hari Raya Eidul Adha di surau Taman Kolej Height Sikamat, kemudian akan bergegas pula ke Surau Al-Hidayah Taman ...

Hukum mematikan pesakit

Image
Bolehkah seseorang doktor mematikan pesakit dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan ? Jawapan : Mengikut syarak, seseorang dikira mati apabila nyata padanya salah satu daripada dua tanda berikut : 1.Apabila jantungnya tidak lagi berdegup dan pernafasannya terhenti dan doktor memutuskan bahawa dia tidak dapat dipulihkan lagi. 2.Apabila segala saraf otaknya tidak lagi berfungsi serta para doktor memutuskan bahawa fungsinya tidak dapat dikembalikan lagi dan otaknya sudah mula berubah (menjadi busuk kerana sudah mati) Pada ketika ini harus memberhentikan alat bantuan pernafasan daripada pesakit kerana tidak ada gunanya dibiarkan. Lebih-lebih lagi alat bantuan pernafasan itu tadi hanya membolehkan pesakit hidup secara zahir sahaja dengan mengepam oksigen dan menyebabkan perjalanan darah berterusan, sedangkan pada hakikatnya dia sudah mati kerana sudah kehilangan akal, deria rasa dan perasaan yang berpunca daripada hilangnya fungsi tak. Bahkan saya katakana wajib mengangkat alat b...

Announcement...

Image
My dear brothers/sisters in Islam, May God bless all of us.., Please be informed that I will be on air in Radio Negeri FM (frequency 92.6) starting from today, 21st November till 21st December 2009. You can hear my short sermon at 6.30 a.m or 4.30 p.m. Hope you enjoy it ! Thanks.

Kisah seekor semut….

Image
Saya masih teringat ketika menjalani minggu orientasi pelajar-pelajar baru di UKM pada tahun 1992. Antara program yang diaturkan oleh pihak Universiti ialah syarahan perdana oleh Ybhg Tan Sri Sanusi Junid (ketika itu Menteri Pertanian Malaysia) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Sebagai pelajar baru, saya benar-benar teruja mendengar syarahan Tan Sri Sanusi Junid yang cukup berapi-api yang durasinya hampir 3 jam. Bayangkan, sehingga AJK Minggu Suaikenal terpaksa menuangkan air minuman untuknya sebanyak 5 kali sepanjang beliau berucap. Hati saya berkata, wah macam ni rupanya Tan Sri Sanusi Junid… petah berhujah, fasih berpidato dan bijak memukau pendengar. Patutlah boleh menang ketika merebut jawatan Naib Presiden UMNO satu ketika dahulu (Semasa pemilihan UMNO yang seterusnya beliau gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden setelah tumpas di tangan team Wawasan yang di ketuai oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim) . Antara intipati syarahannya ialah mengajak Mahasiswa supaya menggunaka...

Rindunya suasana Mekah ....

Image
Dataran Kaabah di hari-hari kemuncak bulan Zulhijjah. Masing-masing bersesak-sesak untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada' Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 27, “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” Dalam ayat ini, Allah SWT menyeru manusia supaya mengerjakan haji dan panggilan tersebut dijawab oleh umat Islam yang datang dengan ucapan talbiah : "لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ ." Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiad...

Soal jawab ibadah Qurban

Image
Soal jawab ini berlaku antara seorang Ustaz dengan pakcik yang berasal dari daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pakcik nak tau... apo hukum eh buek Qurban ? Jawapan : Hukum nya ialah Sunat Mua’kaddah (sunat yang sangat dituntut). Dengan kata lain ialah Makruh bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukannya. Manakala menurut Imam Abu Hanifah, berkorban itu adalah wajib bagi orang-orang kaya, berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud, “ Sesiapa yang ada kemudahan (harta) dan tidak melakukan korban, maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”. Hukum melakukan ibadah Qurban menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar. Sebagai contoh katanya : “Jika anak aku berjaya memasuki Universiti, maka aku akan melakukan Qurban. Buleh ko kalau kito buek qurban untuk orang yang dah meninggar ? Jawapan : Tidak sah dibuat korban untuk orang yang sudah mati melainkan kalau ia berwasiat. Kalau kito buek qorban untuk orang lain tanpo pengotahuan eh... buleh tak agak eh ? Jawapa...