Posts

Showing posts from August, 2009

Rahmat iman kepada manusia

Image
KEHADIRAN Nabi Muhammad saw selain membawa khabar gembira dan menakutkan kepada umat manusia, baginda juga diutus untuk membawa rahmat kepada sekelian alam. Hal ini terkandung dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam.” – (Surah al-Anbia: ayat 107). Antara rahmat terbesar yang dibawa baginda kepada umatnya ialah rahmat iman. Lebih 1,400 tahun lalu, rahmat ini berjaya mengeluarkan masyarakat Arab Jahiliah daripada gelombang kehidupan yang penuh kesesatan kepada jalan hidup disinari kebenaran, keadilan dan keharmonian. Rahmat ini juga mengikat tali persaudaraan kabilah Arab yang sebelumnya adalah bangsa yang sering bersengketa kemudian apabila dipancarkan cahaya iman ke dalam dada mereka, akhirnya mereka menjadi bangsa bermaruah, mempunyai jati diri, bersatu dan berpadu. Gambaran ini dijelaskan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekelian d

Kisah seorang pakcik..

Image
Semasa saya di Mina ketika menunaikan fardhu Haji pada bulan Disember tahun 2008 yang lalu, saya berkenalan dengan seorang pakcik dalam lingkungan usia 70 an. Beliau berasal dari Melaka. Pemergiannya ke Mekah menunaikan fardhu Haji bersama isteri tercinta adalah atas biayai salah seorang daripada anaknya yang berjaya dalam perniagaan. “Pakcik tak sangka boleh menunaikan fardhu Haji tahun ini kerana pakcik orang susah”, katanya memulakan cerita. “Masa muda-muda dulu pakcik bekerja sebagai kelindan lori. Dengan gaji yang tidak seberapa itu pakcik membesarkan anak-anak yang jumlahnya seramai sembilan orang. Pakcik masih ingat, sekiranya tidak cukup dengan wang yang ada, isteri pakcik akan cuba meminjam dari adik beradik atau jiran-jiran yang terdekat. Sampaikan ada yang menyindir isteri pakcik, kalau engkau tahu laki kau gaji kecik, yang engkau beranak ramai-ramai siapa suruh? Demikianlah penghinaan yang pakcik terima dari saudara mara dan jiran terdekat. Sampai ada yang memboikot,

Jenayah Arak

Image
Van JAIP yang membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang berpatah balik selepas bergerak 200 meter, kerana menerima arahan penangguhan hukuman sebat daripada pihak atasan. Alasan ‘menghormati bulan Ramadhan’ diberikan kepada keluarga Kartika, telah menyebab’kan satu keluarga Kartika agak berang kerana mereka telah bersedia dari segi mental & fizikal untuk menerima hukuman 6 kali sebatan rotan. Kartika merupakan wanita pertama yang disebat akibat kesalahan meminum arak. Pendahuluan Biarpun Islam lahir di tengah-tengah bangsa Arab jahiliah yang kuat menagih arak sejak zaman berzaman, tetapi Islam tidak pernah berkompromi dengan minuman tersebut malah tetap melarang umatnya daripada meminum arak melalui larangan yang berperingkat-peringkat. Ayat pertama yang turun mengenai arak ialah surah An-Nahl ayat 67, ومن ثمرت النخيل والأعنب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا ان فى ذلك لأيت لقوم يعقلون (67) Maksudnya : Dan dari buah-buahan kurma dan anggur dapat kamu mengambil daripadanya minuman yang

Kisah Muhallim bin Jassamah

Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu berangkat berperang di jalan Allah, maka hendaklah kamu selidiki dengan sejelas-jelasnya. Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang memberi salam kepada kamu, “Engkau bukan orang yang beriman”. Kerana kamu mencari mata benda dunia belaka. Padahal di sisi Allah ada harta rampasan yang banyak. Demikianlah keadaan kamu dahulu. Maka Allah melimpahkan kurniaanNya kepada kamu. Maka selidikilah dengan sejelas-jelasnya. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"(An-Nisaa 094) Sebab Nuzul Ayat Ayat ini diturunkan bersempena seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhallim bin Jassamah, yang telah membunuh seorang lelaki yang bernama Amir bin Adhbaa’ dari suku Asyja’ei. Fakta kes Pada tahun ke lapan hijrah, Nabi saw telah membentuk satu unit tentera kecil yang terdiri daripada 3 orang sahabat iaitu Abdullah bin Abi Hadrah al-Aslmi(ketua), Abu Qatadah al-Ansari dan Muhallim bin Jassamah. K

Sebuah kisah teladan

Image
Ada riwayat menyebut, bahawa di zaman Nabi Isa a.s semasa hayatnya pernah berjalan di sisi sebuah kubur. Nabi Isa a.s pun menghentakkan kakinya di tepi kubur seraya menyeru ahli kubur itu agar bangkit. Dengan izin Allah Taala apabila penghuni kubur itu mendengar seruan Nabi Isa a..s maka bangunlah dia dari kuburnya. Maka berlakulah soal jawab antara penghuni kubur dengan Nabi Isa a.s. Tanya penghuni kubur, “Wahai Ruhullah, apakah tujuan engkau memanggil aku ? Tahukah engkau ketika engkau memanggil namaku, aku sedang disoal siasat oleh malaikat sejak tujuh puluh tahun dahulu. Tiba-tiba engkau memanggil namaku, meyebabkan malaikat (yang menyoal siasat aku) memerintahkan supaya aku menyahut seruanmu wahai Nabi Allah ”. Berkata Nabi Isa a.s kepada penghuni kubur itu, “Ya fulan, aku tahu engkau banyak dosa, tetapi aku tidak tahu apakah kesalahan yang engkau lakukan menyebabkan engkau menanggung dosa sebanyak itu ? ”. Maka menjawablah penghuni kubur itu, “Wahai Nabi Allah, aku tidak mempuny

3 macam zalim

Image
Dari seorang sahabat yang bernama Jabir r.anhu, telah bersabda Rasulullah saw, اتقوا الظلم فان الظلم ظلمات يوم القيامة واتقوا الشح فان الشح أهلك من كان قبلكم حملهم على أن سفكوا دماءهم واستحلوا محارمهم Maksudnya : Takutlah kamu sekelian daripada perbuatan zalim, kerana sesungguhnya perbuatan zalim itu merupakan kegelapan di hari Qiamat, dan takutlah kamu sekelian daripada sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah merosakkan orang-orang yang sebelummu. Sifat kikir telah menyebabkan mereka menumpahkan apa-apa yang diharamkan kepada mereka. Kata sebilangan ulama, zalim itu ada tiga macam : 1.Zalim yang diampuni oleh Allah SWT apabila Dia kehendaki seperti meninggalkan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak mahu menunaikan Haji ( padahal dia mampu untuk menunaikannya) serta melanggar apa-apa yang diharamkan. 2.Zalim yang tidak diampuni oleh Allah SWT iaitu seperti syirik. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa : 48), Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak ak

Balasan menyembunyikan kebenaran

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 159 Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu di laknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk (159). Huraian ayat Walaupun ayat ini ditujukan kepada orang-orang Yahudi yang menyembunyikan fakta tentang kerasulan Nabi Muhammad saw yang terdapat dalam kitab mereka, namun ayat ini hendaklah difahami secara umum kerana ia juga meliputi kepada semua pengkhianat dan penyembunyi kebenaran yang ada pada seluruh tempat dan seluruh zaman sehingga hari Qiamat. Dengan kata lain, ayat ini juga memberi amaran kepada mana-mana ulama Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan, apabila di tanya oleh orang ramai sesuatu hukum agama, tetapi dia mendiamkan diri yakni menyembunyikan ilmunya kerana merasa takut akan kehilangan pangkat atau harta dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw, من سئل عن علم علمه

Sabar menghadapi musibah

Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 155 -157 Firman Allah SWT, Maksudnya : Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu pasti akan dikenakan ujian ke atas mereka yang berupa ketakutan terhadap musuh dalam peperangan, mereka akan diuji dengan kelaparan atau kemiskinan yang di sebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, akan diuji dengan kekurangan harta akibat hilang atau pun musnah, akan diuji dengan kehilangan jiwa orang-orang yang disayangi dan akan diuji dengan kekurangan hasil tanaman seperti buah-buahan disebabkan kemarau yang berpanjangan atau banjir besar yang memusnahkan. Dengan ujian-ujian yang seperti ini, Allah SWT mahu melihat siapa di kalangan hamba-hambaNya yang memiliki kesabaran. Ciri-ciri orang yang sabar dijelaskan pada ayat yang ber

Perang Hunain

Image
Tafsir Al-Quran Surah at-Taubah 25-26 Firman Allah SWT, Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai" (25) Huraian ayat Ayat ini berkaitan tentang perang Hunain yang berlaku 15 hari selepas penaklukan Mekah pada tahun 8 hijrah. Berita tentang kejayaan tentera muslimin menakluki kota Mekah telah bergema ke seluruh semenanjung tanah arab. Ketika Nabi saw sedang sibuk menyusun program-program politik dan Islam bersama para sahabat di kota suci ini, tiba-tiba kedengaran oleh Nabi saw bahawa beberapa suku Arab musyrikin yang mendiami kota Taif yang jaraknya 90 km dari kota Mekah dan kawasan-kawasan sekitarnya sedang membuat persiapan untuk menghalang kemara

Luangkan masa untuk bersedekah

Dari Anas r.anhu bahawasanya Nabi saw bersabda, لما خلق الله تعالى الأرض وتحركت خلق الجبال فوضعها عليها فاستقرت : فتعجب الملا ئكة وقالوا : يا رب هل من خلقك شئ أشد من الجبال ؟ قال نعم الحديد. فقالوا : يا رب هل من خلقك شئ أشد من الحديد ؟ قال نعم النار. فقالوا يا رب هل من خلقك شئ أشد من النار ؟ قال نعم الماء ؟ فقالوا يا رب هل من خلقك شئ أشد من الماء ؟ قال نعم الريح. فقالوا يا رب هل من خلقك شئ أشد من الريح ؟؟ قال نعم ابن أدم يتصدق صدقة بيمينه يخفيها عن شماله فهو أشد منه Maksudnya : Ketika Allah SWT menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah menciptakan gunung-gunung dan memasakkannya di atas bumi sehingga terhentilah gunung-gunung itu dari bergerak. Maka kagumlah para malaikat seraya berkata, Wahai Tuhan, apakah ada makhluk Engkau yang lebih hebat daripada gunung ganang itu ? Allah menjawab, ada iaitu besi. Para malaikat bertanya lagi, apakah ada makhluk Engkau yang lebih hebat daripada besi ? Allah menjawab, ada iaitu api. Para malaikat bertanya lagi, apakah ada makhluk