Posts

Showing posts from April, 2010

Bermacam ragam kenduri perkahwinan....

Image
'Perutusan Raja Sehari'... Pada kebiasaannya cuti –cuti di hujung minggu atau cuti sekolah, ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan atau disebut juga dalam Islam sebagai majlis walimatu urus. Seminggu dua sebelum majlis ini berlangsung, tuan-tuan rumah akan sibuk mengedarkan kad-kad jemputan kepada saudara mara, sahabat handai dan jiran terdekat. Bermacam corak kad jemputan diedarkan bergantung kepada status kewangan bakal pengantin. Ada yang tebal, nipis, bewarna warni, berbau wangi dan ada juga disertakan gambar pasangan pengantin dan sebagainya. Nasihat kepada bakal pengantin... Kepada bakal pengantin, sebelum anda menempah kad jemputan kahwin sukalah saya mengingatkan aagar kad jemputan perkahwinan yang bakal dicetak itu tidak mengandungi ayat-ayat suci al-Quran / hadis waima lafaz As-Salamualaikum warahmatullahi yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Arab. Jika saya menerima kad jemputan seperti ini biasanya saya akan kumpul dan simpan dengan baik sebelum dibakar

Apabila manusia ditimpa musibah....

Image
Tafsir Al-Quran Surah Az-zumar ayat 49-51 Firman Allah SWT, “Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (49)Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah). (50)Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak

Keadaan orang yang mati husnul / su'ul khotimah

Image
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Nabi saw bersabda : من أحب لقاء الله أحب الله لقاءه ومن كره لقاء الله كره الله لقاءه Maksudnya : Barangsiapa suka berjumpa dengan Allah, Allah pun suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa benci berjumpa dengan Allah, Allah pun benci berjumpa dengannya. Saidatina Aisyah r.anha bila mendengar sabda Nabi saw sedemikian, lalu beliau pun berkata, أما الموت فكلنا نكرهه , فقال رسول الله (ص) : ليس ذلك ولكن المؤمن إذا حضره الموت , بشر برضوان الله وكرامته فليس شئ أحب اليه مما أمامه فأحب لقاء الله وأحب الله لقاءه وأن الكافر إذا حضره الموت , بشر بعذاب الله وعقوبته فليس شئ أكره إليه مما أمامه فكره لقاء الله وكره الله لقاءه Maksudnya ; “ (Ya Rasulullah) Ada pun mati itu kita semua memang membencinya. Maka sabda Nabi saw : Bukan begitu (wahai Aisyah), tetapi orang mukmin apabila maut mendatanginya, dia digembirakan dengan redha Allah serta kemurahan-Nya sehingga tidak ada sesuatu yang lebih disukainya daripada apa yang a

Tiga perkara yang perlu disegerakan...

Image
Sabda Rasulullah saw, ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت , ولأيم إذا وجدت كفؤا Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan. Yang pertama apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya. Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :- . أي العمل أفضل ؟ قال : الصلاة على ميقاتها قلت : ثم أي ؟ قال : ثم بر الوالدين . قلت : ثم أي ؟ قال : الجهاد في سبيل الل ه Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" ( HR Bukhari) Para ulama

Hukum memakai tangkal

Image
Menggantungkan tangkal di badan untuk dijadikan sebagai penghadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan diri daripada sesuatu penyakit boleh dibahagikan kepada dua bahagian ; Pertama, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik. Sabda Rasulullah saw, من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Kedua, adapun menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat-ayat Al-Quran, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan hukumnya adalah haram dan satu lagi golongan menyatakan harus. Antara golongan ulama yang me

Adab menerima dan menjadi tetamu

Image
Rumah mertua di Tali Air 8, Sekinchan Selangor Tafsir Al-Quran Surah An-Nur ayat 27-29 Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27 ) Sebab turun ayat Diriwayatkan daripada Adiy bin Thabit, seorang lelaki kaum Ansar : Bahawasanya seorang wanita telah bertanya kepada Rasulullah saw : “ Ya Rasulullah ! Saya sedang berada dalam rumah dalam keadaan saya tidak ingin dilihat oleh ayah mahu pun anak saya, tiba-tiba ada orang masuk ke rumah melihat saya apa yang patut saya lakukan ?”, maka turunlah ayat ini. Huraian ayat Rumah adalah tempat menyimpan rahsia kerumahtanggaan. Pada kebiasaan, manusia itu ada dua wajah, wajah dalam rumah dan wajah di luar rumah. Apa yang berlaku dalam rumah adalah rahsia peribadi seseorang mukmin. Pendedahan aurat antara suami isteri serta anak-anak gadis adalah lumrah di dalam rumah

Santunilah mereka semua....

Image
Tafsir Al-Quran Surah an-Nisaa’ ayat 36 Firman Allah SWT, Maksudnya : “ Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki”. ( Surah an-Nisa’ : 36 ) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT menyeru manusia supaya beribadat kepada-Nya dan jangan sekali-kali syirik kapada Allah, Tuhan semesta alam. Perlu difahami bahawa syirik ialah mempersekutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada sifat Uluhiyyiah atau sifat Rububyyiah–Nya. Beriman kepada sifat Sifat Uluhiyyiah ialah percaya bahawa Allah SWT sahaja yang berhak disembah, dipatuhi perintah-Nya, dicintai, diberi tumpuan dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak segala keburukan. Allah SWT melarang kita mensyirikkan-Nya de

Kasihilah makluk di bumi ....

Image
Islam agama yang mendidik umatnya supaya bersifat pengasih dan penyayang sesama makhluk. Jika Islam mewajibkan umatnya supaya melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam malah termasuk binatang yang tidak berakal, maka lebih-lebih lagilah kita perlu melakukan kebaikan kepada saudara seagama kita yang terdiri dari ahli keluarga, saudara mara, jiran-jiran, sahabat handai serta sesiapa sahaja walaupun mereka hanya memiliki iman setipis kulit bawang ! Moga-moga dengan kasih sayang yang kita curahkan kepada mereka, maka Allah SWT akan mencurahkan pula kasih sayang-Nya kepada kita di dunia dan juga di akhirat. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, إرحموا من فى الأرض يرحمكم من في السماء “Kasihilah kamu akan makhluk-makhluk di dunia nescaya makhluk-makhluk di langit akan mengasihi kamu." (HR Ahmad) Yang dimaksudkan ''penghuni langit' ' dalam hadis di atas ialah para malaikatNya. Adapun ''penghuni bumi'' pula ialah sekalian makhluk yang