Posts

Showing posts from June, 2011

Kenapa mereka hidup melarat, bangsat dan terhina?

Image
Di dunia lagi Allah SWT menurunkan azab buat mereka Allah SWT sudah berjanji bahawa Dia akan menghantar kepada bangsa Yahudi itu kaum-kaum yang akan mengazab mereka sehingga hari Qiamat. Firman Allah SWT, "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat , kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-A’raf : 167) Justeru semenjak dulu, kini dan selama-lamanya orang Yahudi hidup merempat,tidak mempunyai tanah untuk dijadikan negara. Satu ketika mereka pernah menumpang teduh di England, tetapi akhirnya dihalau oleh King Edward pada tahun 1290. Kemudian mereka memulakan penghidupan baru di Peranchis, malangnya turut di nyah oleh King Philip pada tahun 1306. Satu-satu

'Kualiti Terjamin' yang tidak terjamin

Image
Keadaan lantai menuju ke dapur Dua hari ini (Sabtu dan Ahad) rumah saya bagaikan tongkang pecah. Semua anak-anak termasuk isteri telah dikuarantin di bilik utama, kerana keadaan rumah yang penuh dengan habuk dan debu. Lebih 50 keping tiles terpaksa di buka semula kerana lompong, mungkin tidak cukup simen di dalamnya. Ia melibatkan ruang dapur, bilik ke 2 dan ke 3. Di bilik ke tiga Untuk itu saya menggunakan khidmat tukang binaan yang bernama Awi, no hp : 0122978176. Beliau dibantu oleh dua orang rakan Indonesia. "Berapa kosnya Awi ?", tanya saya. "Kerjanya agak sukar Cikgu..., tiles perlu diumpil, simen di bawahnya perlu dipecahkan untuk diletakkan simen baru. Beri saya RM1100.00 untuk beli barang-barang dan upah", jawab Awi. Saya akur. Sejumlah wang diberi kepada Awi sebagai pendahuluan. Janji termeterai. Simen lama yang telah dipecahkan Hari Sabtu mereka memulakan tugas dengan tekun, start pukul 8.30 pagi sehinggalah menjelang senja. Sehari selepasnya, menje

Bagaimana mengkafankan jenazah ?

Image
Bentangkan kain kafan sehelai demi sehelai Lain padang lain belalang. Lain tempat lain pula caranya. Begitulah cara mengkafankan jenazah. Di sesetengah tempat ada yang membuatkan baju untuk jenazah sama ada lelaki atau perempuan. Bagi jenazah lelaki caranya ialah melipatkan kain kafan (kain keempat) menjadi setengah, lalu digunting di tengah-tengahnya untuk menyarungkan leher dan kepala jenazah. Apabila sampai masanya, kita akan dikafankan Sesetengah tempat, mereka tidak membuat baju untuk jenazah. Bagi mereka cukuplah dengan 3 helai kain kafan sahaja (bagi lelaki). Begitu juga dengan jenazah perempuan, ada sesetengah tempat membuatkan baju telekung untuk jenazah dan setengah tempat tidak melakukannya. Selain itu ada juga tempat yang meletakkan kapas di seluruh tubuh jenazah. Ada juga yang meletakkan hanya di sendi-sendi jenazah sahaja. Ikat 'simpul kasut' Bermacam-macam cara dan gaya. Namun semuanya diterima. Yang penting asalkan jenazah itu dikafan dan ditutup auratnya

Sekitar hukum cerai dan wali

Image
Izin anak dara hanyalah sekadar diam Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 231-234 Firman Allah SWT, “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), kemudian mereka (hampir) habis tempoh eddah, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik. Janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka). Barangsiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu menjaadikan ayat-ayat hokum Allah itu sebagai ejekan dan (permainan). Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu dan ingatlah apa yang diturunkan kepada kamu iaitu kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmah untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Mengetahui tiap-tiap sesuatu.(231) Apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) lalu habis masa eddah mereka, maka janganlah kamu (wahal wali-wali nikah) menahan mereka daripada

AMALAN KETIKA DI MASY’ARIL HARAM

Image
Kenangan semasa wukuf di Arafah Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 197- 202 Firman Allah SWT, “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).(197)Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Ma

SOLAT MENGHORMATI WAKTU : KAEDAH DAN PERATURAN

Image
Jemaah Umrah ketika di Lapangan Terbang Jeddah Untuk jemaah Haji atau Umrah dalam pesawat ketika pergi dan balik yang tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna tanpa berwuduk / tayammum dan tidak dapat mengadap qiblat. i. Jika sekiranya dia menjangkakan akan sampai di tempat yang dituju dan waktu solat masih ada lagi, maka hendaklah dia menunggu sehingga sampai ke lapangan terbang itu lalu solat di situ. ii. Jika sekiranya solat itu boleh dijamakkan dengan solat yang kedua (Zuhor & Asar, Maghrib dan Isyak) dan pesawat dijangka sampai ke destinasi sebelum habisnya waktu yang kedua, maka dia bolehlah berniat untuk melakukan Jamak Takhir. iii. Jika solat itu tidak boleh dijamakkan seperti Subuh dan waktunya sudah hendak habis, atau waktu yang kedua pun sudah habis bagi yamg mahu buat jamak Takhir solat Zuhor dan Asar, jika sekiranya DIA SUDAH MENGAMBIL WUDUK SEBELUM MENAIKI PESAWAT ATAU MENGAMBIL WUDUK DALAM PESAWAT, dia boleh menunaikan solatnya dalam keadaan paling mampu me