Posts

Showing posts from August, 2011

Wakullu 'Aam Wa Antum Bikhair !

Image
Daripada Mohd Hishamuddin bin Mansor, Zahratol Jannah bt Mohd Abd Rahman, Fatin Syahirah, Ahmad Afif Amiruddin, Ahmad Afif Arifuddin, Ahmad Azeemuddin dan Ain Sofeya.

Mereka berpuasa tapi...

Image
Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan pahala Allah SWT dijelaskan dalam sebuah hadis, “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari dan Muslim) Namun begitu terdapat juga golongan yang puasanya tidak bernilai di sisi Allah SWT. Mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Hal ini disebut dalam sebuah hadis, كم من صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah) 1.Melakukan syirik kepada Allah SWT Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah An-Nisak : 48) Di antara conto

Kenangan di Jalan Ibrahim Khalil, Mekah

Image
Kenangan Umrah 3-14 Julai 2011

Umrah Pakej Ekonomi Bulan Mac 2012

Image

KENYATAAN PEMBELA

Image
KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA) BERHUBUNGISU PEMERIKSAAN PASUKAN PENGUATKUASAAN JAIS KE ATAS DREAM CENTRE YANG DIMILIKI DAMANSARA UTAMA METHODIST CHURCH PADA 3 OGOS 2011 8 OGOS 2011 | 8 RAMADHAN 1342 Pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung di bawah PEMBELA ingin menzahirkan sokongan terhadap tindakan Pasukan Penguatkuasaan JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis Dream Centre yang dimiliki Damansara UtamaMethodist Church pada 3 Ogos 2011. Penganjuran “Thanksgiving Dinner” di dewan tersebut dengan melibatkan orang-orang Islam pada waktu berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan menimbulkan pelbagai persoalan dan mendedahkan penganut agama Islam kepada upacara keagamaan bukan Islam di tempat bukan Islam. Peranan JAIS di dalam menjalankan pemeriksaan tersebut adalah mengikut lunas dan ruanglingkup peruntukan undang-undang yang sedia wujud dan telah dijalankan demi menjernihkan sebarang keresahan di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya penganut agama

Menceroboh Gereja atau mereka yang menceroboh kesucian akidah Islam ?

Jais: Isma persoal media cuba beri imej negatif BANGI, 6 Ogos: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya. Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais. “Isma mahu Jais meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas Jais dan undang-undang. Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini. Isma juga, katanya mempersoal laporan sesetengah media yang dari awal lagi cuba memberi imej negatif seolah-olah Jais telah menceroboh kesucian rumah ibadat telah melakukan sesuatu yang tidak ber

Tony Blair, Napoleon, Sarojini dan Al-Quran

Image
The British Prime Minister Tony Blair says that he has read the whole Qur'an three times. In his statements, he often mentioned his admiration for the Qur'an's moral teaching. On March 29, 2000, the BBC reported on Blair's admiration for the Qur'an in a feature entitled "Blair: Qur'an Inspired Me." He was reported to have said that Islam was a good and peaceful religion, that he owned two copies of the Qur'an, and that he was quite inspired by it: “If you read the Koran, it is so clear the concept of love and fellowship as the guiding spirits of humanity”. Two or three days before the 9/11 attacks, the British newspaper The Mail on Sunday published an article in which Blair said that former US president Bill Clinton's daughter Chelsea had given him a copy of the Qur'an as a gift, that he had begun to read it and that it given him courage in times of difficulty. After the attacks, Blair once again said in an interview on Al-Jazeera televisio

Memelihara diri dan keluarga daripada api neraka

Image
Tafsir Al-Quran Surah At-Tahrim : 6 Firman Allah SWT, “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ”. (At-Tahrim 006) Huraian ayat Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara diri dan keluarga daripada api neraka iaitu dengan menyuruh mereka mentaati perintah Allah, bertaqwa kepada-Nya, melakukan kebaikan serta menjauhi segala kemungkaran. Ayat ini ditujukan kepada ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Di antara tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ialah, a. Memberi pendidikan agama kepada seluruh ahli keluarga. Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, adalah wajib bagi seorang suami untuk memberi ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak-anaknya sa di masjid atau pu

Obses Ummah tentang Al-Quran

Image
Jangan hanya kagum dengan Al-Quran gergasi, tetapi tidak kagum dengan isi kandungannya Firman Allah SWT, “ Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanyaAl-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada pertunjuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah…”(Al-Baqarah 185) Ayat ini menjelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw di bulan Ramadhan untuk menjadi pertunjuk kepada manusia membezakan antara hak dan yang batil. Justeru digalakkan umat Islam membaca dan bertadrus Al-Quran pada bulan ini. Manusia berlumba-luma membuat Al-Quran gergasi Malangnya majoriti Umat Islam obses dengan perkara remeh-temeh ...jauh menyimpang dari matlamat penurunan Al Quran. Contoh ada yang takjub dan kagum dengan Al-Quran Raksasa, Al Quran Gergasi, Al Quran Sulam, Al Quran terkecil dan bermacam-macam lagi.