Mereka berpuasa tapi...

Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan pahala Allah SWT dijelaskan dalam sebuah hadis,

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari dan Muslim)

Namun begitu terdapat juga golongan yang puasanya tidak bernilai di sisi Allah SWT. Mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Hal ini disebut dalam sebuah hadis,

كم من صائم ليس له من صومه إلا الجوع والعطش

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)

1.Melakukan syirik kepada Allah SWT

Firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (Syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang menyengutukan Allah sesungguhnya dia telah berbuat dosa yang besar”. (Surah An-Nisak : 48)

Di antara contoh-contoh amalan syirik yang masih menebal dalam masyarakat Melayu ialah :

1. Percaya kepada bomoh dan juga tukang ramal.

Sabda Rasulullah saw,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Maksudnya : "Barangsiapa yang mendatangi bomoh (tukang tilik) untuk bertanya sesuatu lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari". (HR Muslim )

Dalam sebuah lagi hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya : "Sesiapa yang datang kepada bo¬moh atau tukang tilik dan membenarkan apa yang diper¬katakan olehnya sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR Ahmad dan Abu Dawud)

2. Memakai tangkal dan juga pengasih

Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maksudnya : "Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih itu adalah syirik." (HR Ahmad dan Abu Daud).

3. Percaya sesuatu boleh mendatangkan sial.

Sabda Rasulullah saw,

"Tiada jangkitan, tiada sial, iada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa". (HR Bukhari)

Contoh kepercayaan tidak boleh ambil gambar bertiga kerana salah seorang daripadanya akan mati cepat. Tidak boleh memancing ikan ketika isteri sedang mengandung kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sumbing. Jangan tunjuk pelangi, nanti tangan akan kudung dan lain-lain lagi.

Segala amalan orang yang syirik bagaikan debu di sisi Allah SWT sebagaimana firman-Nya,

“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan”. (Surah Al-Furqan ayat 23)

2. Meninggalkan solat fardhu

Sheikh ‘Atiyah Saqar (1914-2006) seorang ulama besar Islam yang mengarang kitab al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam” menjelaskan dalam fatwanya; “Barangsiapa yang berpuasa tanpa menunaikan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, berdasarkan pertunjuk daripada hadis-hadis Nabi saw, maka puasanya tidak diterima oleh Allah SWT".

Dalilnya,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ

Maksudnya : “Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya".(HR Tirmidzi)

Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menjelaskan, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam.

Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11,

“ Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. dan kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang Mengetahui.”(11)

Menurut Mazhab Syafie, orang Islam yang pernah meninggalkan solat dengan sengaja, maka hendaklah mereka melakukan dua perkara iaitu bertaubat dan mengqadak semula solat yang ditinggalkan.

Tidak memadai jika hanya sekadar mengqadak solat tanpa bertaubat atau hanya bertaubat tanpa mengqadakkannya.

3.Derhaka kepada ibu bapa

جاء رجل من قضاعة إالى النبي (ص) فقال : يا رسول الله أرأيت أنى إن شهدت لا اله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وصمت رمضان وقمت لياليه وأديت الزكاة فممن أنا ؟ فقال النبي (ص) له , من مات على هذا كان مع النبين والصديقين والشهداء يوم القيامة هكذا ونصب أصبعه ما لم يعق والديه

Maksudnya : Telah datang seorang lelaki dari Qudho'ah berjumpa Nabi saw lalu bertanya, Apa pandangan engkau jika aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya engkau pesuruh Allah dan aku solat lima waktu sehari semalam dan aku berpuasa di bulan Ramadhan dan aku bangun pada waktu malam dan aku mengeluarkan zakat maka bagaimanakah kedudukan aku ? Maka Nabi saw menjawab, barangsiap mati dalam melakukan perkara demikian maka sesungguhnya dia akan bersama para Nabi dan para Siddiqin dan para syuhadak di hari Qiamat nanti seperti ini (Nabi menunjukkan dua jarinya) selagi mana dia tidak derhaka kepada kedua ibubapanya.

Dalam sebuah hadis yang lain,

كل الذنوب يغفر الله منها ما شاء إلا عقوق الوالدين فإنه يعجل لصاحبه
العقوبة فى الحياة قبل الممات

Maksudnya : "Segala dosa diampuni Allah daripadanya mana yang Dia kehendaki kecuali dosa derhaka kepada ibu bapa. Sesungguhnya dosa derhaka terhadap ibubapa mencepatkan balasan azab ketika hidup dan sebelum mati".

4.Memutuskan silaturrahim

تُعْرَضُ اْلأَعْمَالُ فِى كُلِّ يَوْمِ خَمِيْسٍ وَاثَنَيْنٍ فَيَغْفِرُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ فِى ذَلِكَ الْيَوْمِ لِكُلِّ امْرِئٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ امْرَأً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِـيْهِ شَحْنَاءٌ فَيُقَالُ لَـهُ: اُتْرُكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا ، اُتْرُكُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَـا

Maksudnya : "Dilaporkan (kepada Allah) semua perbuatan orang pada setiap hari khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu (juga) kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai".(HR Muslim)

5.Mengumpat

Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah (mengumpat) maka tiada erti di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR Bukhari).

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih dahsyat daripada dosa zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina apabila dia bertaubat, maka Allah SWT akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat." (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah SWT menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu