Peraturan Islam sesuai dengan fitrah manusia
Mahkmah Syariah di Putrajaya - Gambar Hiasan Islam yang bererti SEJAHTERA merupakan agama yang memenuhi kehendak dan fitrah hamba-hamba-Nya. Manusia yang hidup di dunia ini sangat perlu kepada peraturan dan undang-undang. Tujuannya supaya mereka boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka tidak mahu kebahagiaan dan keamanan yang dikecapi diragut oleh anasir-anasir jahat. Justeru Allah SWT yang Maha Mengetahui gelodak dan jiwa manusia, telah menurunkan peraturan-Nya seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Islam tidak hanya menyuruh umatnya beramal untuk ukhrawi tetapi juga duniawi. Sebagai contoh Islam mengiktiraf pemilikan harta. Ia adalah fitrah manusia yang sukakan kesenangan dan kemewahan. Firman Allah SWT, “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (d