Pendaftaran Umrah April ditutup
















Syukur Alhamdulillah, pendaftaran untuk mengerjakan  Umrah pada 3 -13 April sudah pun sampai ke penutupnya.

Jumlah keseluruhan yang mendaftar ialah seramai 45 orang, satu pencapaian yang memberangsangkan bagi saya yang baru  sahaja berjinak-jinak dengan kerjaya ini secara part time.  

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tn. Haji Subakir bin Ismail, Imam Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin kerana telah berjaya menarik seramai 18 orang ahli-ahli qariyah Masjid termasuk kaum keluarganya untuk bersama-sama mengerjakan umrah melalui pakej ini.

Demikian juga Tn. Haji Harun bin Kasim, Imam Masjid Qaryah Sikamat bersama 5 ahli keluarganya, En. Noor Azlan bin Baharom dari Vila Suria Sikamat bersama 5 ahli keluarganya, En. Aris bin Majid dan isterinya Kak Rohana dari Taman Jujur Sikamat, En Asan bin Sitam dan isterimya Puan Maheran dari Rasah Jaya, En. Mohamed Syam dan isterinya Puan Nazarene dari Taman Tuanku Jaafar, Puan Timah dan Puan Selamah dari Rumah Rakyat Sikamat serta Puan Zainon dan cucunya Anis dari Seremban 2.

Selebihnya mendaftar terus dengan syarikat KRS di Lavender Heights Senawang.

Ya Allah permudahkalah urusan kami seterusnya….

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu