Hukum melaknat dan kalimah Tauhid
Tafsir Al-Quran
Surah al-Baqarah : 161-163
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan
kafir, mereka itu ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia
seluruhnya(161) Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab
sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberi tangguh (162) Dan
Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain
dari Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”. ( 163)
Huraian ayat 161-162
Maksudnya orang kafir dan orang yang mati
dalam kekufuran itu, mereka mendapat
laknat daripada Allah, dilaknat para
malaikat dan seterusnya di laknat oleh seluruh
manusia. Mereka akan menerima azab sengsara di alam barzakh dan juga di
hari akhirat kelak.
Hukum melaknat
Para ulama
bersepakat mengatakan hukum melaknat orang-orang kafir secara umum adalah
harus. Walaubagaimanapun melaknat orang kafir secara khusus, para ulama berbeza
pendapat. Sebahagian yang lain berpendapat hukmnya adalah harus termasuklah
sekiranya orang kafir yang dilaknat itu ialah kafir zimmah. Manakala pendapat
yang lain pula mengatakan melaknat orng
kafir secara khusus tidak boleh kerana
kita tidak tahu kesudahan kematiannya
sama dia tetap kekal sebagai kafir atau menjadi seorang muslim.
Tetapi sekiranya orang kafir itu sudah
jelas matinya dalam keadaan kafir
seperti Firaun , Haman, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal, Umaiyah bin
Khalaf dan mereka yang sewaktu dengannya
maka sepakat ulama mengatakan hukumnya adalah harus.
Adapun melaknat
orang Islam hukumnya adalah haram berdasarkan hadis Rasulullah saw,
لا تلاعنوا بلعنت الله ولا
بغضبه ولا بالنار
Maksudnya : Janganlah kamu berlaknat dengan laknat Allah dan
janganlah kamu kutuk mengutuk dan janganlah kamu neraka menerakai.
Bagaimana pula pandangan Islam tentang
melaknat orang-orang Islam yang fasik ? Adapun melaknat orang Islam yang fasik
(mereka yang kekal melakukan dosa besar atau dosa kecil) secara umum
hukumnya adalah harus. Dengan kata lain tidak boleh melaknat mereka secara di
tentukan nama dan peribadinya. Rasulullah saw pernah melaknat secara umum golongan yang terlibat dengan arak,
لعن
النبي (ص) في الخمر عشرة : عاصرها
ومعتصرها وشاربها وساقيها
وحاملها والمحمولة إليه
وبائعها ومبتاعها وواهبها و أكل
ثمنها
Maksudnya : Daripada Anas r.a telah berkata : Nabi saw telah
melaknat sepuluh orang yang terlibat dengan arak : Orang yang memerahnya, orang
yang meminta supaya dibuatkannya, orang yang meminumnya, orang yang memberikan
minuman, orang yang membawanya, orang yang dibawakan kepadanya, orang yang
menjualnya, orang yang membelinya, orang yang menghadiahkannya dan orang yang
memakan harganya.
Selain itu Nabi
saw juga melaknat tukang tatu, orang yang mentatu, orang yang makan riba, orang
yang memberi / meluluskan riba, orang yang mengaku dirinya berbinkan kepada
orang yang bukan bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki, lelaki yang
menyerupai perempuan dan sebagainya sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis
sahih.
Firman Allah SWT,
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa.
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani. ( 163)
Huraian ayat 163
Pada pangkal ayat ini Allah SWT
menyatakan,
“Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa ;..”
Ayat ini
diturunkan ketika Nabi saw di tanya oleh orang-orang kafir Quraisy ; Wahai
Muhammad cukupkah dengan hanya memiliki hanya satu Tuhan sedangkan jumlah
manusia teramat ramai ? Lalu turunlah ayat ini menjelaskan ke-Esaan Allah SWT.
Maksudnya
mustahillah Tuhan itu bersifat ramai atau berbilang-bilang, kerana kalaulah
Tuhan itu berbilang-bilang dan ramai maka hancurlah alam ini kerana masing-masing
mahu menujukkan kekuasaan masing-masing.
Pada ayat yang
sama Tuhan berfirman,
“..tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, ..”
Inilah kalimah
tauhid. Inilah kalimah keramah yang menyelamatkan umat manusia daripada api nerakaNya. Sehingga disuruh oleh
Rasulullah saw untuk kita ajarkan kepada mereka yang hendak mati.
Sabda Rasulullah
saw,
لقنوا موتاكم لاإله إلا الله
Maksudnya : “Talqinkanlah orang yang
hampir mati itu dengan kalimah La Ila ha Illallah.” (HR Muslim)
Dalam hadis yang
lain Nabi saw bersabda,
من كان أخر كلامه - لا اله الا الله – دخل الجنة
Maksudnya : “ Barangsiapa yang akhir
ucapannya mengucapkan kalimah La Ila ha
Illallah, dia akan masuk syurga. (HR Muslim)
Seseorang yang
hanya sempat mengucapkan kalimah La Ila ha.. kemudian meninggal dunia, maka dia
di kira muslim dan hendaklah di uruskan jenazahnya cara Islam kerana kita tidak
boleh menghakimi iman seseorang itu berdasarkan zahirnya, sedangkan siapa tahu
di dalam hatinya dia tetap yakin tentang ke Esaan Allah SWT.
Setelah Allah SWT
menyatakan ke EsaanNya, makadi hujung ayat ini Allah SWT menyatakan Dialah
Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Ar-Rahman dan
Ar-Rahim adalah dua nama daripada 99
nama-nama Allah SWT yang Maha Mulia. Sabda Rasulullah saw,
إن لله تسعة وتسعين أسما
مائة الا واحدا من أحصاها دخل الجنة
Maksudnya : “Sesungguhnya
Allah SWT memiliki 99 nama, seratus kurang satu, barangsiapa yang menghafalnyya
akan masuk syurga” (HR Bukhari)
Maksud menghafal
di sini bukanlah mengingat nama-nama itu sahaja, tetapi hendaklah berakhlak
dengan dengan nama-nama tersebut.
Sabda Rasulullah
saw,
إرحموا من فى الأرض يرحمكم من فى
السماء
Maksudnya : “ Sayangilah orang-orang
yang dibumi nescaya kamu akan disayangi pula oleh yang di langit .” ( HR Tirmidzi)
Wallahualam.
Abu
Sofeya
Comments
Post a Comment