Siapakah Luqman ?
Tafsir al-Quran
Surah
Luqman : 12-15
“Dan
sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman
hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepada-Nya) :
“Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu), Dan sesiapa yang
bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan
sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Allah) kerana
sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (12) Dan (ingatlah) tatkala
Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak
kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang
lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu satu kezaliman yang besar
(13) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya : ibunya
telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susu nya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu ; dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14). Dan jika mereka
berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku dengan apa yang engkau
tidak ketahui maka janganlah engkau turuti dan pergauliah keduanya di dunia ini
secara baik dan turutlah jalan orang yang yang telah kembali kepada-Ku dan Aku
akan beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (15)
Siapakah Luqman
Para
mufassirin berbeza pendapat dalam menjelaskan siapakah Luqman, adakah dia
seorang Nabi atau hanya seorang hamba Allah biasa bukan betaraf Nabi. Ibnu
Abbas berpendapat, Luqman ialah seorang hamba Habsyi yang bekerja sebagai
tukang kayu kepada tuannya. Dia diberi hikmah dan kebijaksanaan tetapi tidak
bertaraf Nabi. Inilah pendapat yang paling kuat.
Allah
SWT mengemukakan seorang manusia yang bernama Luqman untuk menunjukkan bahawa
orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah orang yang paling bertaqwa
kepada-Nya. Sungguh pun Luqman hanyalah seorang hamba abdi yang bekerja sebagai
tukang kayu, tetapi disebabkan ketaatannya kepada Allah, kuat mengabdikan diri
kepada Tuhan serta bertaqwa kepada-Nya maka dia diberi kemuliaan sehingga
namanya di sebut dalam al-Quran.
Huraian ayat
Firman
Allah SWT pada ayat 12,
“
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan
kepada-Nya) : “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu), Dan
sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi
Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji ”(12)
Dalam
ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah memberi kebijaksanaan kepada
Luqman, justeru Dia meminta supaya Luqman bersyukur kepada-Nya. Pengajaran
kepada kita ialah kebijaksanaan merupakan salah satu nikmat daripada Allah SWT.
Orang yang bijaksana dan cerdik tidak boleh merasa bongkak dan sombong dengan
apa yang dimiliki kerana ia adalah anugerah Allah SWT. Sebaliknya hendaklah
banyak bersyukur dan kebaikan daripada sifat syukur itu akan kembali kepada
dirinya.
Sebaliknya
bagi mereka yang kufur, maka ia sama sekali tidak memudaratkan Allah SWT,
kerana Dia adalah Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Firman
Allah SWT pada ayat 13,
“
Dan (ingatlah) tatkal Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), …sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu satu
kezaliman yang besar”. (13)
Ayat ini memberi pengajaran kepada
kita bahawa seorang bapa yang baik dan bijaksana ialah mereka yang sentiasa
memberi nasihat kepada anaknya. Dan nasihat yang paling utama ialah seperti
mana yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya iaiatu jangan mensyirikkan Allah
SWT. Oleh itu asas pendidikan yang paling utama kepada anak-anak ialah Tauhid.
Di
hujung ayat ini,
“….
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu satu kezaliman yang besar”. (13)
Allah
SWT menegaskan perbuatan syirik adalah satu kezaliman yang sangat besar. Dosa syirik tidak sama seperti dosa-dosa
besar yang lain kerana dosa ini tidak diampunkan oleh Allah SWT di akhirat
kelak. Hal dijelaskan dalam surah an-Nisaa’ ayat 48,
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari
itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa
yang besar.
Mereka
yang syirik kepada Allah SWT sekiranya tidak bertaubat kepada-Nya sebelum mati,
maka akan dihumban ke dalam neraka dan kekal selama-lamanya. Sabda Rasulullah
SAW,
“Barangsiapa
yang mati dalam keadaan melakukan syirik kepada Allah, masuklah dia ke dalam
neraka” ( HR Bukhari dan Muslim)
Firman
Allah SWT pada pangkal ayat 14,
“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibubapanya :…
Dalam
ayat ini Allah SWT memerintahkan supaya manusia berbuat baik kepada kedua
ibubapanya. Maksud berbuat baik ialah mentaati, menghormati, memulia serta
menunaikan hak ke atas kedua-duanya seperti memberi makan dan pakaian apabila
diperlukan, datang apabila dipanggil, berbicara denga lemah lembut, mendoakan
kesejahteraan buat mereka, menjaga mereka ketika sakit dan bersedekah atas nama
keduanya.
Islam
mencela perbuatan derhaka. Dalam sebuah hadis,
Telah
datang seorang lelaki dari Qudhaah berjumpa Nabi SAW lalu bertanya, “Apa
pandangan engkau jika aku bernaik saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan
sesungguhnya engkau pesuruh Allah, dan aku solat lima waktu dan aku berpuasa di
bulan Ramadhan, dan aku bangun malam dan aku mengeluarkan zakat maka
bagaimanakah kedudukan aku ?”. Maka Nabi SAW menjawab, “Barangsiapa mati dalam
melakukan perkara yang demikian maka sesungguhnya dia akan bersama para Nabi
dan para Siddiqin, dan para Syuhadak di hari Qiamat nanti seperti ini (Nabi SAW
menunjukkan dua jarinya) selagi mana dia tidak derhaka kepada kedua ibu
bapanya”.
Mana-mana
anak derhaka yang tidak sempat memohon maaf daripada kedua ibu bapanya yang
telah meninggal dunia, maka hendaklah dia melaksanakan tiga perkara iaiatu,
1.
Hendaklah anak itu menjadi anak yang soleh
2.
Hendaklah anak itu menyambung silaturrahim kaum
kerabat serta memuliakan sahabat handai kedua ibu bapanya.
3.
Hendaklah anak itu berdoa memohon ampun serta
bersedekah atas nama kedua ibu bapanya.
Firman
Allah SWT seterusnya,
“…ibunya telah mengandungkannya
dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusukannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;..
Dalam
ayat ini Allah SWT menceritakan jasa besar seorang ibu yang mengandung, melahir
dan menyusukan anak. Mengapa Allah SWT hanya menyebut jasa ibu ?
Tujuan
Allah SWT menyebut jasa ibu sahaja kerana jasanya yang mengandung, melahir dan
menyusukan anak tidak dapat di lihat dan dirasai oleh anak-anak itu sendiri.
Kanak-kanak tidak boleh berfikir lagi kerana mereka masih di alam rahim,
kemudian lahir sehinggalah berusia dua tahun. Berbeza dengan jasa bapa yang boleh
dilihat oleh anak kerana ketika itu mereka sudah dewasa dan boleh berfikir.
Sabda
Rasulullah SAW,
“
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa telah datang seorang lelaki
kepada rasulullah SAW lalu bertanya ; Siapakah yang lebih utama untuk aku
berbuat baik ? Rasulullah SAW menjawab ; ibumu, kemuadian siapa ? Ibumu,
kemudian siapa ? Ibumu, kemudian siapa ? Ibumu, kemudian siapa ? Ayahmu.
Jika
dilihat pula dalam surah al-Ahqaf ayat 15,
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ; ibunya telah
mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung
susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya beserta dengan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan …”(15)
Berdasarkan
surah Luqman ayat 14, Allah SWT menyatakan tempoh maksimum seorang bayi menyusu
ialah dua tahun atau 24 bulan. Manakala dalam surah al-Ahqaf ayat 15 Allah SWT
menyatakan tempoh mengandung, melahir dan menceraikan susu ialah tiga puluh
bulan. Ini menunjukkan bahawa tempoh minimum seorang bayi boleh lahir ke dunia
ialah 6 bulan selepas ibunya mengandung.
Firman
Allah SWT di hujung ayat 14,
“….(dengan
yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu ; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (14).
Setelah
Allah SWT menceritakan tentang susah payah ibu yang mengandung, melahir dan menyusukan,
lalu Allah SWT memerintahkan supaya bersyukur kepada-Nya yang telah
mengurniakan kedua ibu bapa sebagai nikmat yang berharga. Kemudian Allah SWT mengakhiri ayat ini dengan
mengingatkan sekiranya perintah-Nya diingkari, maka Dia pasti akan akan memberi
balasannya di akhirat nanti.
Firman
Allah SWT pada ayat 15,
“
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku dengan apa
yang engkau tidak ketahui maka janganlah engkau turuti ….
Dalam
ayat ini Allah SWT menjelaskan sekiranya ibu bapa itu mendesak anak-anak
mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pekerjaan yang jahil maka janganlah anak itu
mentaatinya. Sabda Rasulullah SAW,
“Tiada
ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang me nderhakai Allah SWT”.
Menurut
riwayat ayat ini turun kerana Saad bin Abi Waqqas yang didesak oleh ibunya agar
meninggalkan ajaran Islam. Ibunya mogok untuk berlapar dan dahaga sehingga tiga
hari lamanya. Kata Saad, “Wahai ibu, walaupun ibu mempunyai 100 nyawa lalu
nyawa itu lepas dari tubuh itu satu demi satu, demi Allah aku tidak akan
meninggalkan agamaku ini. Kalau ibu suka makanlah, jika tidak tersukanlah
berlapar”. Mendengar jawapan Saad, akhirnya ibunya menamatkan mogok lapar.
Firman
Allah SWT seterusnya,
“…dan
pergauliah keduanya di dunia ini secara baik…”
Walaupun
ibu bapa itu berlainan agama atau melakukan kemungkaran serta maksiat, namun
anak wajib bergaul dengan mereka secara baik tanpa memutuskan silaturrahim.
Firman
Allah SWT lagi,
“….dan
turutlah jalan orang yang yang telah kembali kepada-Ku dan Aku akan beritakan
kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (15)
Dalam
ayat ini Allah SWT memerintahkan agar mengikut contoh jalan orang-orang mukmin
terdahulu yang telah kembali kepada-Nya supaya supaya beroleh keselamat di
akhirat. Ayat ini di akhiri dengan satu peringatan bahawa manusia datang
daripada Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya.
Di dunia, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia, sedikit pun tidak
terlepas daripada pengetahuan Allah SWT. Pasti di akhirat semuanya itu akan
dibentangkan semula satu persatu.
Wallahualam
Comments
Post a Comment