Posts

Showing posts from October, 2013

Pengalaman sebagai PIHTAS musim Haji 1434H (bahagian 2)

Image
Seperti yang tertera dalam email, saya berangkat ke tanah suci pada 5 hb September 2013, bersamaan hari Khamis dan diminta melaporkan diri pukul 5.00 pagi di Kompleks Haji Klana Jaya. Bertolak seawal 2.00 pagi, saya tiba di kompleks ini pukul 3.30 pagi. Saya diberi kunci bilik untuk berehat dan dalam tempoh itu saya menghabiskan masa bermain dengan anak anak, khusus yang bongsu. Setelah mendaftar pukul 5.00 pagi dan solat Subuh di surau kompleks, saya dan keluarga diminta masuk ke dewan Melawati untuk mendengar taklimat dari Ketua Rombongan Haji (KRH) Ybhg Dato Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berharap agar semua petugas Haji dapat melaksanakan amanah dengan dedikasi dan komited. Kaum keluarga juga diharap dapat memberi sokongan ke atas suami atau isteri yang terpilih untuk bertugas pada tahun ini.  Tugas pertama, melaungkan azan Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat seterusnya laungan azan sebagai tanda bermulanya detik perpisahan  di antara petugas dengan ahli

Pengalaman sebagai PIHTAS musim Haji 1434 H (bahagian 1)

Image
 PIHTAS maktab 94, Hotel Hassan Khazindar Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini saya berpeluang bertugas sebagai PIHTAS di tanah suci. Mungkin ada yang bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan PIHTAS ? PIHTAS adalah ringkasan kepada perkataan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci. Tugas PIHTAS ialah membantu, membimbing dan memberi kefahaman kepada jemaah Haji segala hukum hakam berkaitan dengan ibadah yang menjadi rukun Islam kelima ini. PIHTAS dipilih di kalangan PEKTA. Apa pula yang dimaksudkan dengan PEKTA ? PEKTA adalah ringkasan kepada perkataan Pembimbing Ibadah Haji Tanah Air. Untuk menjadi PEKTA seseorang itu perlu menduduki peperiksaan serta temuduga yang diaturkan oleh pihak Tabung Haji. Jika lulus,  seseorang PEKTA diwajibkan menghadiri beberapa kursus dan Muzakarah Haji peringkat kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Ia adalah syarat sebelum PEKTA diberi kebenaran atau tauliah mengajar kursus Haji di negeri masing-masing. Syukur, saya telah melepasi syarat terse