Tafsir al-Quran Surah al-Anfal : 15-16 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang memerangi mu, maka janganlah kamu membelakangi mereka ( berundur ). (15) Barangsiapa yang membelakangi mereka ( berundur ) diwaktu itu ,kecuali berundur untuk ( siasat ) perang ataupun hendak mengabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Dan tempatnya adalah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya”.(16) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman sekiranya mereka keluar berperang melawan orang-orang kafir, janganlah melarikan diri atau berundur dari medan perang, meskipun bilangan tentera musuh lebih ramai dan lengkap bersenjata. Sebaliknya hendaklah bertahan kerana Allah SWT akan sentiasa bersama-sama membantu tentera Islam. Kemudian Allah SWT mengingatkan barangsiapa yang berundur