Perang Mu'tah
Tafsir al-Quran
Surah al-Anfal
: 15-16
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu
dengan orang-orang kafir yang sedang memerangi mu, maka janganlah kamu
membelakangi mereka ( berundur ). (15) Barangsiapa yang membelakangi mereka (
berundur ) diwaktu itu ,kecuali berundur untuk ( siasat ) perang ataupun hendak
mengabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali
dengan membawa kemurkaan dari Allah. Dan tempatnya adalah neraka Jahannam. Dan
amat buruklah tempat kembalinya”.(16)
Huraian ayat
Dalam
ayat ini Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman sekiranya mereka keluar
berperang melawan orang-orang kafir, janganlah melarikan diri atau berundur
dari medan perang, meskipun bilangan tentera musuh lebih ramai dan lengkap
bersenjata. Sebaliknya hendaklah bertahan kerana Allah SWT akan sentiasa
bersama-sama membantu tentera Islam.
Kemudian
Allah SWT mengingatkan barangsiapa yang berundur maka dia menempah kemurkaan
Allah dan tempatnya adalah neraka Jahannam dan itulah tempat yang seburuk-buruk
balasan.
Dalam
ayat 16 juga Allah SWT menyatakan,
“…..kecuali berundur untuk
( siasat ) perang ataupun hendak mengabungkan diri dengan pasukan yang lain,”
Maksudnya
melainkan berundur untuk memancing musuh supaya mereka mengejar tentera Islam
sehingga mereka berpisah sesama rakan, lalu tentera Islam menyerang mereka
semula, tidaklah mengapa. Atau berundur untuk menggabungkan diri dengan pasukan
tentera Islam yang lain, juga diharuskan.
Dalam
Islam melarikan diri dari medan peperangan adalah satu daripada tujuh dosa-dosa
besar yang diharamkan oleh Allah SWT. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda,
"Jauhilah
diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda
ditanya:"Apakah dosa itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda: "
Syirik kepada Allah, melakukan sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah
melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari
dari medan perperangan dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina."
(HR Bukhari dan Muslim)
Kalau dilihat kepada sejarah
peperangan di zaman Rasulullah SAW, tiada satu peperangan pun yang melihatkan
tentera Islam berundur dari medan perang melainkan peperangan Mu’tah.
Perang Mu’tah
Dalam tahun ke 6 Hijrah, Nabi SAW
telah menandatangani perjanjian Hudaibyah dengan orang-orang musrikin Mekah
dimana salah satu klausa perjanjian tersebut ialah gencatan senjata selama 10
tahun. Dalam tempoh itu juga kedua-dua belah pihak iaitu Mekah dan Madinah
bebas mengadakan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara mahu pun kabilah
tetapi tidak boleh membantu mereka sekiranya mereka berperang antara satu sama
lain.
Setelah perjanjian ini termetrai Nabi SAW mengambil langkah untuk
menyampaikan dakwah sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan
dan empayar-empayar besar di sekeliling Madinah.
Antara negara yang Nabi SAW tumpukan
ialah Habsyah yang diperintah oleh Raja Najasyi. Nabi SAW mengutus Amru bin Umaiyah
untuk mengajaknya memeluk Islam. Raja Najasyi menyambut utusan Nabi SAW dengan
baik dan akhirnya menerima seruan Nabi SAW untuk menganut agama
Islam.
Selain itu, Nabi SAW juga memberi tumpuan
kepada kerajaan Mesir. Baginda SAW menghantar Hatib bin Abi Baltaah untuk
menyeru Raja Mauqaqis memeluk Islam. Berbeza dengan Raja Najasyi, Raja Mauqaqis
enggan memeluk Islam, tetapi melayani utusan Nabi SAW dengan baik dan penuh
penghormatan. Selain itu baginda menghadiahkan Hatib bin Abi Balta’ah
sepersalinan pakaian, dan mengirimkan
dua wanita jariah berbangsa Qibti kepada Nabi SAW iaitu Mariah dan Sirin.
Rasulullah SAW menerima Mariah dan bernikah dengannya serta memperolehi zuriat yang bernama
Ibrahim. Manakala Sirin, Nabi nikahkan
dengan seorang sahabat yang bernama Hssan bin Thabit.
Nabi
SAW juga mengutus seorang sahabat iaitu Abdullah bin Huzafah as-Sahmi untuk
bertemu pemerintah Parsi iaitu Raja Kisra. Namun apabila membaca surat Nabi SAW
yang mengajkanya memeluk Islam, Raja
Kisra marah dan mengoyak-ngoyakkan surat Nabi dengan angkuh dan sombong.
Apabila Abdullah pulang memaklumkan perihal Raja Kisra kepada Nabi SAW, baginda
bersabda, semoga kerajaan Parsi akan hancur.
Maka
benarlah sabda Nabi SAW, kerajaan Parsi yang
diperintah oleh Raja Kisra akhirnya hancur, dihancurkan oleh rakyatnya yang
memberontak. Manakala Raja Kisra telah
mati dibunuh oleh anaknya sendiri.
Pada
bulan Jamadil Awwal tahun ke 8 hijrah, Nabi SAW telah menghantar seorang utusan
yang bernama al-Harith bin Umair al-Azadi kepada kerajaan Ghassan yang bernaung
di bawah Empayar Rom (Byzantine), juga bermatlamatkan yang sama iaitu menyeru
kerajaan Ghassan menerima Islam. Namun
Gabenor Ghassan di Busra yang bernama Syurahbil bin Amru al-Ghassani telah
membunuh utusan Nabi SAW tersebut. Lokasi pembunuhan ini berlaku di suatu
tempat yang bernama Mu’tah, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di Negeri
Syam.
Perbuatan
Gabenor Busra yang kejam ini tidak dapat dimaafkan oleh Nabi SAW. Lalu baginda
mempersiapkan pasukan tentera yang terdiri daripada 3000 anggota untuk dihantar
ke Mu’tah. Turut serta dalam pasukan ini ialah Khalid bin al-Walid, Amru bin
al-As dan Uthman bin Talhah. Namun begitu mereka tidak diberi apa-apa jawatan
oleh Nabi SAW dalam pasukan ini.
Sebaliknya
Nabi SAW telah melantik anak angkat
baginda, Zaid bin Harithah sebagai Panglima perang. Kedudukan Zaid
di kalangan sahabat disebut dalam satu
riwayat daripada Aisyah r.anha,
“ Kalau Zaid itu dikirimkan kepada satu pasukan
tentera, pastilah Nabi SAW akan angkatnya menjadi panglima. Kalaulah (Zaid)
panjang umurnya, nescaya dialah agaknya orang yang akan diangkat oleh Nabi
menjadi khalifahnya”. ( Dirawikan oleh Imam Ahmad)
Sebelum
tentera ini berangkat, Nabi SAW menyampaikan amanah,
“Sesungguhnya
aku telah melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima, sekiranya dia gugur,
tempatnya hendaklah diambil alih oleh Ja’afar bin Abi Talib dan sekiranya
Ja’afar pula gugur, maka tempatnya hendaklah diambil alih oleh Abdullah bin
Rawahah. Tetapi sekiranya Abdullah juga gugur maka aku serahkan kepada kamu
semua untuk melantik panglima di kalangan kamu”.
Rasulullah
SAW juga berpesan kepada tentera Islam supaya tidak membunuh kaum wanita,
kanak-kanak, orang tua, membinasakan tempat tinggal dan rumah ibadat serta
merosakkan pohon dan tumbuh-tumbuhan.
Setelah
amanat disampaikan, maka berangkatlah tentera Islam menuju ke medan Mu’tah. Di
Busra, apabila Syurahbil bin Amru al-Ghassani mengetahui kedatangan tentera
Islam, dengan segera menghubungi kerajaan Rom untuk meminta bantuan. Raja Rom
iaitu Hercules telah mengirim tentera dengan kekuatan anggota seramai seratus
ribu bagi membantu gabenor Busra. Raja
Hercules juga mengajak semua
kabilah-kabilah arab yang tinggal berdekatan dengan negeri Syam supaya turut
bergabung dengan mereka sehingga menjadikan jumlah keseluruhan tentera ini
seramai 200 000 orang.
Apabila
tentera Islam tiba di sebuah tempat yang bernama Mu’an, Zaid bin Harithah telah
menghantar perisik untuk meninjau
kekuatan tentera musuh. Apabila mengetahui jumlah mereka 7 kali ganda dari tentera Islam, Zaid bin
Harithah bermesyuarat dengan beberapa orang panglima sama ada bersedia untuk
meneruskan peperangan atau menghantar utusan kepada Nabi SAW untuk memohon
tentera tambahan.
Dalam
perbincangan, Zaid lebih cenderung untuk
menghantar utusan kepada Nabi SAW bagi mendapatkan tentera tambahan, tetapi
Abdullah bin Rawahah dan majorti sahabat bersetuju untuk meneruskan peperangan
dengan alasan tentera yang sedikit boleh
mengalahkan tentera yang ramai seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat
249,
“ Berapa banyak yang pernah terjadi, golongan
yang sedikit Berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah ; dan
Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang sabar ”(249).
Zaid
bin Harithah akur dengan kehendak majority sahabat, lalu menggerakkan
tenteranya untuk mara ke Mu’tah. Sebelum itu Zaid menyusun strategi, di mana
pasukan tentera dipecahkan kepada beberapa bahagian. Sayap kanan dipimpin oleh
Qutbah bin Qutadah manakala sayap kanan pula dipimpin Ubadah bin Malik
al-Ansari. Terdapat juga pasukan barisan depan dan barisan belakang. Apabila semua strategi telah diatur, maka
meletuslah pertempuran yang dahsyat di antara kedua pihak, di mana tentera
Islam yang seramai 3000 orang melawan tentera gabungan Arab dan Rom timur yang
jumlahnya seramai 200000 orang.
Ditaqdirkan Allah SWT, Zaid bin Harithah gugur
syahid dalam peperangan ini. Rasulullah
SAW yang diberitahu tentang kematian Zaid melalui Jibril, terus menangis sehingga teresak esak. Seorang sahabat iaitu Saad bin Ubadah telah menyapa
Rasulullah SAW kerana sebelum ini Baginda melarang umatnya menangisi kematian
secara berlebih-lebihan. Lalu dijawab oleh baginda,
"Inilah rindu seorang kekasih kepada kekasihnya”.
Maksudnya
bukanlah Nabi SAW menangis kerana menolak qada` dan qadar Allah, tangisannya
kerana baginda terlalu sayang dengan Zaid bin Harithah yang telah syahid.
Baginda
bersabda kepada para sahabat,
“
Berdoalah kamu untuk Zaid, sekarang dia sedang melangkah ke pintu Firdaus atas
usahanya sendiri”
Dengan
kematian Zaid, Jaafar bin Abi Talib seperti yang telah diamanahkan, mengambil alih tugas sebagai panglima perang.
Tindakan pertamanya sebaik sahaja mengemudi pasukan tentera, beliau telah membunuh
kudanya. Dengan ketiadaan kudamaka tiada ruang untuk dia melarikan diri dari
medan tempur melainkan hidup dengan kemenangan atau mati sebagai syahid.
Jaafar bin Abi Talib memegang pedang di tangan
kirinya, manakala di tangan kanan pula memegang bendera tentera Islam. Tetapi kedua-dua
tangganya berjaya di tebas sehingga putus menyebabkan beliau terpaksa mengiggit
bendera tentera Islam supaya tidak jatuh. Sama seperti Zaid , aakhirnya Jaafar juga
turut gugur sebagai syahid di medan perang.
Apabila
Nabi SAW mengetahui kematian Jaafar bin Abi Talib, lantas baginda mengunjungi
rumah keluarganya. Nabi SAW berpesan kepada para sahabat,
“Buatkanlah
olehmu makanan untuk keluarga Jaafar kerana mereka sedang menderita kesusahan
(kekalutan).'' (Riwayat lima orang ahli hadis kecuali Nasai)
Tugas
memimpin tentera ditersukan pula oleh panglima Abdullah bin Rawahah. Menikut jejak langakah Jaafar, Abdullah telah
terjun dari kudanya untuk mengelakkan lari dari medang perang. Taqdir juga
menentukan Abdulllah gugur syahid sekaligus menyusuli kedua-dua sahabatnya Zaid
dan Jaafar menuju ke pintu Firdaus.
Setelah
gugurnya Abdullah, tentera Islam memilih Khalid bin al-Walid sebagai panglima. Khalid
al-Walid yang terkenal kepintaran dan kelicikkannya di medan perang telah menyusun kembali posisi tentera Islam. Pasukan tentera yang berada di posisi kanan
ditukarkan ke posisi kiri, demikian juga tentera yang berada di posisi hadapan
ditukar ke posisi belakang. Khalid al-Walid juga memilih sekumpulan tentera
berkuda untuk ditempatkan di arah belakang dan arahkan supaya membuat bising
sambil menaikkkan debu debu pasir ke udara untuk menunjukkan seolah-olah tentera tambahan telah tiba untuk
membantu tentera yang sedia ada.
Tektik
ini berjaya melunturkan semangat tentera musuh, apabila menyangkakan tentera
Islam benar benar telah menerima bantuan dari Madinah, apatah lagi melihat
wajah-wajah tentera Islam yang mereka hadapi sudah berubah.
Selain
itu Khalid al-Walid juga telah memperdayakan pihak musuh dengan taktik
menyerang kemudian berundur, seolah-olah memancing tentera-tentera gabungan
Ghassan dan Rom untuk pergi ke satu lokasi yang berhampiran dngan Madinah.
Tektik Khalid ini telah membimbangkan tentera musuh kerana menyangka Khalid
al-Walid cuba membawa tentera mereka ke satu lokasi untuk dijerat. Kerisauan ini menyebabkan tentera gabungan
Arab Ghassan dan Rom mengambil keputusan untuk mengentikan peperangan.
Hakikatnya
Khalid al-Walid sebenarnya mahu mengundurkan semua tentera Islam supaya kembali
ke Madinah. Dengan kembalinya semua tentera Islam ke Madinah maka berakhirlah
peperangan Mu’tah.
Orang
Islam mencemuh tindakan Khalid al-Walid
Kepulangan
tentera Islam ke Madinah, menimbulkan salah faham di kalangan sahabat kerana
menyangkakan mereka lari dari medan perang. Di kalangan sahabat ada yang
membaling pasir dan batu kepada tentera Islam sambil menjerit,
“Kamu
pengecut, kamu meninggalkan medan perjuangan”.
Cemuhan
dan tuduhan ini memberi tekanan yang amat dahsyat kepada tentera Islam kerana melarikan
diri dari medan perang merupakan salah satu daripada dosa besar yang diharamkan
oleh Allah SWT. Salah seorang tentera yang merasa pedih dengan cemuhan ini
ialah Hisyam bin Salamah. Beliau sanggup tidak keluar solat berjemaah di masjid
kerana tidak tahan dengan suara suara sindiran kepadanya.
Nabi
SAW yang mengetahui perasaan tentera-tentera Islam akibat cemuhan itu lantas
membela mereka. Baginda bersabda,
“Mereka
itu buka bukan orang yang al-Farrar (melarikan diri kerana takut kepada musuh).
Tetapi mereka adalah angkatan al-Karrar (tentera yang berundur dengan teratur
untuk kembali lagi ke medan perang)”.
Hakikatnya Islam menang dalam
peperangan ini.
Buktinya
tentera gabungan Arab dan Rom yang berjumlah 200000 tidak mampu menghancurkan
tentera Islam yang jumlahnya seramai 3000 orang. Di pihak tentera Islam, jumlah kematian hanya melibatkan 12 orang
sahaja iaitu Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah,
Mas’ud bin al-Aswad, Wahab bin Saad, Abbad bin Qais, al-Harith bin Nu’man,
Suraqah bin Amir, Abu Kulaib bin Amir, Jabir bin Amir, Amir bin Saad dan Amer
bin Saad.
Semasa berundur, tentera Islam sempat melarikan jenazah Jaafar
bin Abi Talib untuk dibawa pulang ke Madinah.
Diriwayatkan jenazah Jaafar bin Abi Talib terbelah dua, terdapat 90
liang luka bekas tikaman, manakala kedua-dua tangannya kudung sehingga Nabi SAW
menyifatkan kedudukan Jaafar
sebagai burung yang bersayap dua di syurga.
Manakala
di pihak tentera kafir, jumlah yang
terbunuh dianggarkan beratas-ratus orang. Selain itu, salah
seorang pemimpin pasukan tentera mereka iaitu Farwa bin Amr al-Juzami telah berpaling
tadah dan memeluk Islam. Tetapi dia telah ditangkap oleh tentera Rom dan
dibunuh.
Peperangan
ini sebenarnya satu tamparan hebat kepada orang-orang kafir dan memberi kesan
kepada peperangan berikutnya iaitu peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun ke
9 Hijrah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment