BILIK BERKAT
Melayani fitrah insaniah adalah sesuatu yang normal.  
Setelah sekian lama berada di tanah suci,  tentu bakal haji ingin 
memenuhi tuntutan batin masing masing.  
Jika didiamkan, sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi beribadah. 
Memahami perasaan dan jiwa bakal haji,  maka TH ada 
menyediakan kemudahan bilik berkat,  tetapi dalam jumlah kuantiti yang 
terhad.  
Kadang-kadang senarai 'waiting list'  begitu panjang,  di tambah lagi pada waktu-waktu  hampir wukuf dan berakhirnya wukuf.  
Sayugia diingatkan bakal haji hendaklah patuh kepada peraturan untuk menggunakan bilik ini. 
1. Setelah menggunakan kemudahan ini, kunci hendaklah 
segera dipulangkan ke pejabat maktab. Kelewatan memulangkan kunci, 
menyebabkan kerja-kerja mengemas oleh 'cleaner' terganggu, sekaligus 
giliran penggunaan bakal haji berikutnya terlewat. 
2. Jangan 'pas-pas' kunci itu kepada rakan rakan lain, seolah-olah menjadi hak mereka sahaja. 
3. Pastikan handphone, wallet dan segala barangan peribadi 
di bawa keluar setelah selesai menggunakannya. Ada kes, bakal haji yang 
ketinggalan handphone mengetuk pintu bilik tersebut untuk mengambilnya, 
sedangkan bilik itu sedang diguna oleh bakal haji lain. 
Dan yang terakhir, pesanan tambahan dari saya, "janganlah asyik muka orang yang sama aja menggunakan bilik itu..".
 
 
 
Comments
Post a Comment