CATATAN HAJI 1439 H : SALAH SIAPA ?

"Bang..,  selagi abang tak selesaikan saei abang... abng masih lagi dalam ihram. Abang kena selesaikan cepat.. ", pujuk Milah.  

Salim senyap.  

Matanya memandang ke arah lain.   Malas dia nak melayan nasihat isterinya.  

"Abang penat..", jawab Salim acuh tak acuh. 

Milah kecewa. 

 Ini sudah kali kelima dia menasihatkan suaminya, tapi Salim tetap berdegil.  

Mereka berdua mengerjakan haji tamattuk, masuk ke Mekah mengerjakan umrah dahulu.  

Selesai tawaf,  mereka mengerjakan saei bersama sama. 

 Sepatutnya sama sama mula, maka sama sama habis.  Tetapi alabila sampai pusingan sekian sekian,  Salim mengatakan yang dia sudah selesai saei,  lalu bergunting dan balik ke hotel  menukar pakaian berjahit.

Sebab itu Milah musykil.  

Berkali kali dia memujuk Salim supaya menambah lagi bilangan saei yang tidak cukup, tetapi bagai mencurah air di daun keladi,  Salim tidak mahu mendengar nasihatnya. 

Alasan yang diberi oleh Salim ialah penat.

Milah pasrah,  setiap hari dia berdoa kealda Allah SWT supaya hati Salim lembut untuk mendengar nasihatnya. 

Seminggu sebelum wukuf,  sekali lagi Milah menasihatkan suaminya.

"Abang.. kalau abang tak percaya cakap Milah,  jom kita jumpa Ust Hishamuddin. Biar Ustaz terangkan kepada abang cara sebenar mengerjakan saei", pujuk Milah lembut.  

"Oklah..,  jawab Salim macam keberatan.  

Milah bersyukur kepada Allah,  akhirnya hati Salim terbuka untuk menerima nasihat.  

"Ustaz...,  boleh tak ustaz beritahu suami saya cara bilangan saei yang sebenar", kata Milah apabila mereka berdua  berada di depan saya.  

"Kenapa ?" tanya saya. 

"Macam ni ustaz... suami saya ni saei tak cukup pusingan. Sepatutnya dari Safa ke Marwah *setengah pusingan dan dari Marwah ke Safa kembali baru satu pusingan.* Tapi suami saya buat salah,  dia kira dari Safa ke Marwah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa dua pusingan...", kata Milah.  

Saya tersenyum. 

"Puan.. betullah apa yang dibuat oleh suami Puan.  Sebaliknya cara Puan itu yang salah", jelas saya.  

Saya melihat suaminya.  

Salim berdiri sambil bercekak pinggang.  

"Engkau ni Milah...asyik menyusahkan aku aja.... kan aku dah cakap cara aku saei tu betul,  cara engkau yang salah....bla..bla... bla.." bebel Salim pada Milah.  

Catatan,  

Hisham AL Haj
0196404133

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu