BADAL UMRAH ??



Selepas  melakukan tawaf sunat, Mat mengajak Ust Haji Sarjono untuk minum di Restoran D' Saji, Safwa Tower. 

Sedang menikmati teh tarik, tiba tiba terfikir di hati Mat untuk bertanya  soalan kepada Ust Haji Sarjono. 

"Ustaz..., ayah saya dah meninggal dunia. Bolehkah saya melakukan badal umrah untuknya?"

Ust Haji Sarjono yang sedang asyik menjawab  whatsap dari rakan-rakan di tanahair kemudian meletakkan handphone jenama ‘Vivo’nya.

“Apa soalannya tadi ?’’ tanya Ust Haji Sarjono mahu kepastian.

“Kalau saya buat badal umrah untuk arwah ayah saya, boleh ka Ustaz?”, Mat mengulang soalan.

“Arwah ayah kamu masa hidup pernah tak tunaikan umrah ?”, tanya Ust Haji Sarjono.

“Kalau tak silap saya….er..er.. tahun 2009 arwah ada tunaikan haji dan …dan.. er..er.. tahun  2011  arwah ada mengerjakan umrah bersama mak. Kenapa Ustaz?”, soal Mat. Berkerut dahinya mengingat kembali tahun arwah ayahnya mengerjakan haji dan umrah. 

“Begini…, kalau arwah ayah kamu masa hidup sudah menunaikan umrah maka tidak sah  melakukan badal umrah untuknya melainkan kalau arwah ada meninggalkan wasiat supaya buatkan umrah untuknya setelah dia meninggal dunia”, jelas Ust Haji Sarjono.

Mat mengangguk faham.

“Tapi boleh tak saya hadiahkan pahala umrah kepada arwah ayah saya ustaz ?”, tanya Mat sebagai soalan tambahan.

“Boleh...., boleh aja…caranya kamu buat umrah untuk diri kamu sendiri, kemudian setelah selesai berdoalah kepada Allah SWT mudah mudahan pahala umrah yang kamu lakukan itu sampai pahalanya kepada arwah ayah kamu. Insya Allah…doa anak yang soleh dimakbulkan Allah”, jawab Ust Haji Sarjono sambil menghabiskan teh tariknya.

Mat puas hati dengan jawapan Ust Haji Sarjono. 

Memang tak sia sia Mat belanja Ustaz  Haji Sarjono minum teh tarik di Restoran D’ Saji. Sekurang-kurangnya dia dapat ilmu baru.

Esok dia bercadang nak belanja Ust Haji Sarjono lagi. 

Banyak lagi soalan yang nak ditanya. 

Wallahualam.

Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
PEKTA TH
0196404133

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOM BERSAMA SAYA..

UMRAH SELEPAS MUSIM HAJI

Tarikh  : 10-21 Oktober 2019

Harga  : RM 5890 bilik berempat, 
RM6490 bilik bertiga
RM7290 bilik berdua. 

Hotel di Makkah : Movenpick (bawah jam besar) – 50 m

Hotel di Madinah : Concorde Taibah – 100 m

'KEMBARA UMRAH SENTIASA DI HATI'

Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
Kembara Umrah Sdn Bhd (Seremban)
0196404133

Ustazah Jannah

0192318223

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu