DI KECUALIKAN BERMABIT DI MUZDALIFAH
“Abang …”, jerit Salmah apabila melihat
suaminya Salim tiba tiba rebah di
Arafah.
Pasangan suami isteri ini baru sahaja selesai
menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam sebelum berangkat ke
Muzdalifah untuk bermabit.
“Tolong-tolong”, jerit MIlah kepada petugas TH.
Jemaah lain yang berada berhampiran
tertanya-tanya apa yang berlaku.
Pengurus Maktab segera memanggil pasukan
perubatan untuk memberi bantuan kecemasan.
“Macam mana doctor…?”, tanya Salmah.
Hatinya risau, tidak keruan.
“Tekanan darahnya terlalu tinggi”, jawab doktor.
“Abang..abang…, bangun bang “, suara Salmah
sayu memanggil suaminya. Air matanya mula mengalir.
Salim tetap tidak sedarkan diri.
“Bersabar ya makcik...bertenang…, kita doakan
yang terbaik untuk pakcik”, pujuk pengurus maktab.
Sejurus kemudian van ambulan tiba.
“Boleh tak makcik ikut sekali naik ambulan
pergi hospital ?”, tanya Salmah teresak esak.
“Ya.., boleh makcik. Selain makcik, Puan Hasnah pegawai kaunseling juga akan
menemani makcik”, jawab pengurus maktab.
Demikian sebuah kisah yang berlaku di Arafah.
Jika kes seperti ini berlaku, makcik Salmah,
suaminya pakcik Salim, doctor dan pegawai kaunseling tergolong dalam golongan
yang dikecualikan untuk bermabit di Muzdalifah. Mereka tidak berdosa dan tidak
dikenakan dam.
Wallahualam.
Ust
Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
PEKTA
TH
0196404133
Comments
Post a Comment