TAWAF TAHIYYATUL BAIT
SOALAN
Assalamulaikum ustaz. Nk tanya kalau kita buat tawaf Tahiyyatul Bait tu bagaimana pulak dgn saie dan bercukur kena bt jugak ke.
JAWAPAN
Waalaikumussalam..terima kasih atas pertanyaan.
Untuk makluman Tawaf Tahiyyatul Bait ialah tawaf yang sunat dilakukan apabila setiap kali seseorang masuk ke Masjidil Haram.
Tawaf Tahiyyatul Bait bukanlah seperti tawaf umrah, yang perlu jaga larangan ihram 13 perkara, yang selepasnya ada saei, bergunting atau bercukur utk menghasilkan tahallul.
Tetapi tawaf Tahiyyatul Bait sama seperti tawaf sunat yang lain..tidak perlu ada saei, tidak perlu berniat ihram di miqat, tidak perlu memakai pakaian ihram dan tidak perlu bercukur atau bergunting.
Seseorang yang ingin melakukan tawaf Tahiyyatul Bait hendaklah dia mematuhi syarat syarat sah tawaf seperti berwuduk dan suci daripada najis pada pakaian dan tempat tawaf.
Mulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad dengan wajib berniat : Ya Allah aku hendak tawaf tujuh pusingan, tawaf Tahiyyatul Bait kerana Allah Taala"
Selesai tawaf , sunat melakukan solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim dan berdoa.
Wallahualam.
Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
PEKTA TH 0196404133
Comments
Post a Comment