Posts

Showing posts from 2020

WALAUPUN SAMPAI KE SANA'A

Image
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, "Jika masjidku ini dibesarkan sehingga ke Sana'a (Yaman) ia masih tetap masjidku".  Untuk makluman, Sana'a adalah ibu negara Yaman.  Jarak Madinah ke Yaman bukanlah dekat bahkan jauh mungkin ratusan atau ribuan batu.  Walaupun hadis ini dhaif, tetapi maknanya sahih berdasarkan amalan Khalifah Umar dan Uthman yang membesarkan Masjid Nabawi. Hadis ini bermaksud, walaupun fizikal masjid Nabawi itu tidak serupa seperti zaman Nabi Muhammad SAW kerana telah melalui pengubahsuaian sepanjang zaman, namun pahala solat di dalamnya tetap dapat ganjaran 1000 kali ganda.  Ayuh apa tunggu lagi.  Jika duit ada, Badan pun sihat, Nikmat lapang pun ada, Jom kita ke tanah suci April ini.  InsyaAllah saya sendiri yang akan bimbing dari awal sehingga akhir.  Jom..jom...jom..! PAKEJ UMRAH APRIL 2020 Tarikh : 7-18 APRIL 2020 Masuk Makkah dahulu Hotel Madinah Gloria Al M

PERGI KE MEKAH JEMPUTAN DARIPADA ALLAH

Image
             Pergi ke Mekah adalah jemputan daripada Allah, bukan jemputan daripada Tabung Haji atau jemputan mana mana Agensi Travel.  Biarpun duit sudah cukup, surat panggilan sudah diterima, kursus pun telah hadir kenduri doa selamat telah dibuat, namun jika Allah SWT tidak   izinkan ke sana, sesiapa pun tidak boleh halang kehendak-Nya. .  Ada jemaah yang sudah bersedia ke Mekah, tiba tiba suami meninggal dunia, maka kena  bereddah selama 4 bulan 10 hari  menyebabkan hasrat ke tanah suci tertangguh. Ada jemaah yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum berangkat, tiba tiba disahkan mengandung, menyebabkan pemergian ke Mekah  perlu ditangguhkan.  Ada jemaah yang esok lusa hendnak berangkat, tiba tiba sakit lalu  ditahan dalam wad. Pemergian terpaksa ditangguh.  Ada jemaah duit sudah selesai bayar, kelengkapan sudah dibeli, tiba-tiba hati berubah, lalu membatalkan pemergian ke tanah suci.                Ada jemaah segala-galanya telah ‘ready’ di KLIA, han

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

Image
Berbeza dengan Malaysia, di Makkah dan Madinah waktu azan pertama pada hari Jumaat adalah setengah jam sebelum masuknya waktu Zuhor. Saya perhatikan ramai jemaah, termasuk jemaah Malaysia bangun selepas azan pertama untuk melakukan solat sunat.  Bila saya tanya solat sunat apakah yang mereka lakuan.  Mereka jawab solat sunat Qabliyah Jumaat.  Salah ! Tidak betul ! Kenapa salah ? Kenapa tidak betul ? Sebab solat sunat Qabliyah Jumaat dilakukan apabila telah masuk waktu Zuhor (waktu solat Jumaat). Justeru melakukan solat sunat Qabliyah Jumaat sebelum masuk waktu Zuhor adalah tidak sah.  Kalau jemaah hendak lakukan solat sunat juga selepas azan pertama, mereka  boleh lakukan solat *SUNAT MUTLAQ* Dan orang perempuan  yang tidak menunaikan solat Jumaat, jangan pula mendirikan solat Zuhor di hotel apabila mendengar azan pertama hari Jumaat. Kerana belum masuk waktu lagi. Masuk waktu Zuhor apabila azan kedua dikumandangkan.  Ust