PERGI KE MEKAH JEMPUTAN DARIPADA ALLAH
Pergi ke Mekah adalah jemputan daripada
Allah, bukan jemputan daripada Tabung Haji atau jemputan mana mana Agensi Travel.
Biarpun
duit sudah cukup, surat panggilan sudah diterima, kursus pun telah hadir
kenduri doa selamat telah dibuat, namun jika Allah SWT tidak izinkan ke sana, sesiapa pun tidak boleh
halang kehendak-Nya. .
Ada
jemaah yang sudah bersedia ke Mekah, tiba tiba suami meninggal dunia, maka
kena bereddah selama 4 bulan 10 hari menyebabkan hasrat ke tanah
suci tertangguh.
Ada
jemaah yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum berangkat, tiba tiba disahkan
mengandung, menyebabkan pemergian ke Mekah perlu ditangguhkan.
Ada
jemaah yang esok lusa hendnak berangkat, tiba tiba sakit lalu ditahan
dalam wad. Pemergian terpaksa ditangguh.
Ada
jemaah duit sudah selesai bayar, kelengkapan sudah dibeli, tiba-tiba hati
berubah, lalu membatalkan pemergian ke tanah suci.
Ada
jemaah segala-galanya telah ‘ready’ di KLIA, hanya menunggu masa sahaja untuk
berlepas, tiba tiba visa pula tidak dapat, akhirnya tersadai di lapangan
terbang.
Ada
jemaah yang sudah sampai di KLIA tiba tiba cirit birit dan muntah, lalu
dinasihat oleh doktor supaya menangguhkan pemergian.
Ada
jemaah yang sudah tiba di Jeddah, hilang pula pasport akhirnya ditahan dan dihantar
pulang ke tanahair.
Demikianlah..tanah
suci.
Yang
menjemput seseorang ke sana ialah Allah
SWT, bukan sesiapa. Justeru redha sahaja ketentuan-Nya.
Catatan,
Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
Kembara Umrah Sdn Bhd Seremban
0196404133
Comments
Post a Comment