Posts

Showing posts from September, 2009

Jangan tersalah memilih pemimpin ......

Image
Mayat Firaun laknatullah, pemimpin yang zalim, akhirnya mati lemas, mulutnya disumbat lumpur kerana keceluparannya menentang Allah dan menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Jadikan iktibar di atas kematiannya. Firman Allah SWT, “Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai". (Al-A’raaf : 179) Diterangkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin, dalam neraka, Iblis akan diberi peluang untuk berucap kepada semua penghuni neraka. Pakaiannya daripada api, mahkotanya daripada api serta dia diikat dengan tali daripada api. Iblis berlepas diri… Iblis pun beruc...

Jenayah Murtad

Image
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Apalagi manusia tak sedar diri yang menggelarkan dirinya sebagai Rasul Melayu. Menurut Islam orang yang seperti Abdul Kahar Ahmad, 59 ini sudah murtad dan wajib dilaksanakan hukuman pancung ke atas dirinya sekira tidak bertaubat kepada Allah SWT. Pengertian Riddah Riddah ialah berpaling atau keluar daripada agama Islam sama ada untuk menganut agama lain atau tidak. Orang yang keluar daripada agama Islam disebut sebagai murtad. Ia adalah satu jinayah yang berat sebagaimana firman Allah SWT, ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعملهم فى الدنيا والأخرة وأولئك أصحب النار هم فيها خلدون(217) Maksudnya : Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran , maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 217) Rukun bagi kesalahan ini ada dua iaitu pertama keluar daripada Islam dan yang kedua n...

Hukum mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ orang bukan Islam

Image
“Abah, boleh ke orang Islam mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada orang Hindu? ”, tanya anak sulong saya ketika kereta saya melalui pekan Ijok dalam perjalanan ke kg mertua di Sekinchan tahun lepas. Ijok adalah kawasan DUN yang dimenangi oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Ya, banyak poster-poster dan sepanduk yang memaparkan wajah Tan Sri Khalid Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu di situ. "Mungkin nak pancing undi", kata hati kecil saya. Umum mengetahui, bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, malah ramai lagi orang-orang politik yang beragama Islam sama ada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional yang berlumba-lumba mengucapkan Selamat Hari Deepavali, Krismas atau Tahun Baru Cina yang disiarkan dalam media kerajaan atau pun pembangkang. Kembali kepada persoalan anak sulong saya, bolehkan orang Islam mengucapkan Selamat Hari Raya orang bukan Islam ? Setelah meneliti tulisan Prof. Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor p...

Di saat menjelangnya Syawal....

Image
Muslimin dan muslimat sekalian, Insya Allah, sama ada hari Ahad atau hari Isnin ini kita akan menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Bila menyambut Eidul Fitri, antara cabaran terbesar yang akan kita hadapi ialah program-program televisyen yang sentiasa berlumba-lumba untuk menyiarkan rancangan yang bercorak hiburan dan melalaikan. Bermula pada malam raya, sehinggalah berhari-hari telivisyen akan menyiarkan program hiburan kepada umat Islam, seolah-olah Hari Raya adalah hari untuk kita berpesta, berhibur dan menyanyi sakan. Amaran kepada pasangan kekasih Bagi pasangan kekasih, dengan lesen kebenaran daripada ibu bapa, mungkin ada di kalangan mereka yang akan menghabiskan 1 Syawal dengan menonton filem-filem di panggung wayang. Atau mungkin mereka diberi kebebasan oleh ibubapa yang kononnya sporting untuk berdua-duaan pergi beraya di rumah rakan dan taulan. Jelas, ini adalah satu kesilapan besar ibu bapa pada hari ini. Sedangkan dalam Islam, selagi mana anak-anak perempuan tidak me...

Di saat berakhirnya Ramadhan..

Image
Muslimin dan muslimat sekalian, Sedar tidak sedar, bulan Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Eidul Fitri pada hari Ahad 20hb Sept 2009. Adalah lumrah bagi para sahabat Rasulullah saw akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang gembira dan melepaskan bulan ini dengan hati yang sedih, penuh rasa bersalah serta bimbang jika tidak sempat menemui bulan Ramadhan pada tahun yang berikutnya. Mereka juga khuatir jika segala ibadah yang mereka lakukan di bulan Ramadhan ini masih gagal menebus dosa-dosa mereka yang lalu, dengan kata lain gagal mendapat keampunan daripada Allah SWT. Dalam hal ini Rasulullah saw, ويل لمن أدرك رمضان فلم يغفر له Maksudnya : Neraka Waillah, bagi mereka yang berkesempatan di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT. Manakala bagi orang mukmin yang hatinya berpenyakit, mereka akan menyambut bulan Ramadhan dengan hati yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan nikmat makan dan minum serta syahwat. ...

Bersediakah anda menghadapi saat kematian ?

Image
Firman Allah SWT, Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu jua, Kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, lalu akan di beritakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan". (Surah Al-Jumuah : 8) Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa manusia sehebat manapun dirinya, mereka tetap akan menghadapi saat kematian. Justeru itulah Nabi saw menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati kematian berdasarkan hadis baginda saw, أكثروا من ذكر الموت , فإنه يمحص الذنوب ويزهد فى الدنيا Maksudnya : Perbanyakkanlah kamu mengingati kematian kerana yang demikian itu akan mengurankan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya zuhud dalam urusan dunia. أكيس الناس أكثرهم ذكرا للموت, وأشدهم إستعدادا له , أولئك هم الأكياس , ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة Maksudnya : Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapina. Mereka ...

Aduh..pedihnya neraka Allah..

Image
Firman Allah SWT, “Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf : 179) Diterangkan dalam kitab Tanbihul Ghafilin, dalam neraka, Iblis akan diberi peluang untuk berucap kepada semua penghuni neraka. Pakaiannya daripada api, mahkotanya daripada api serta dia diikat dengan tali daripada api. Iblis pun berucap, “Wahai para penghuni neraka, wahai orang-orang kafir, wahai orang-orang munafik dan fasik, sesungguhnya Allah telah menunaikan janjinya kepada kamu hari ini. Justeru itu janganlah kamu semua menyalahkan aku, tetapi hendaklah kamu salahkan diri kam...

Bersabarlah abang Azmi...

Jumaat lepas, semasa balik ke kampong isteri di Sekinchan Selangor untuk berbuka puasa dengan keluarga mertua, saya menghantar sms kepada abang Azmi Husin ‘orang kuat’ Masjid Jame’ Ampangan Seremban. Saya bertanyakan beliau tentang senarai baru AJK Masjid Ampangan dan adakah beliau masih kekal dengan jawatannya sebagai Setiausaha Masjid. Abang Azmi membalas sms saya, “ Nama saya sudah terkeluar ustaz…”. Nada smsnya melambangkan kesedihan beliau, juga kesedihan bagi saya. Saya percaya majoriti jemaah Masjid Jame’ Ampangan juga kecewa di atas penggugurannya. Tapi apa nak kata, keputusan telah pun dibuat oleh YAB Menteri Besar setelah menerima nasihat daripada pemuka-pemuka UMNO yang jarang wajahnya kelihatan di Masjid. Saya berdoa kepada Allah agar abang Azmi tabah menerima penyingkiran ini. Harap-harap dia akan terus komited sebagai ahli jemaah 5 waktu di Masjid Jame’ Ampangan walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan. Saya mula mengenali abang Azmi semenjak saya diberi peluan...