Posts

Showing posts from April, 2011

Anjuran berwasiat

Image
Semoga rohnya dicucuri rahmat Sabda Rasulullah saw, وفي لفظ : عادنى رسول الله (ص) فى مرضي فقال : أوصيت ؟ قلت نعم , قال : بكم ؟ قال : بما لي كله في سبيل الله . قال : فما تركت لولدك ؟ قلت : هم أغنياء, قال : أوص بالعشر , فما زال يقول , وأقول, حتى قال : أوص بلثلث والثلث كثير أو كبير Maksudnya : Dalam satu lafaz dikatakan : Rasulullah saw menziarahi aku ketika aku dalam keadaan sakit, lalu baginda bertanya: “Apakah engkau sudah berwasiat ? Aku menjawab: Sudah. Rasulullah saw bertanya lagi : “Berapa ?”. Aku menjawab : Seemua hartaku diwasiatkan ke fi sabilillah, Nabi saw bertanya lagi : “ Lalu apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?”. Aku menjawab : Mereka adalah orang-orang kaya. Lalu baginda pun bersabda, “Wasiatkanlah satu persepuluh. Kalimah itu diulang-ulang dan aku aku pula berulang-ulang mengatakan semua sehinggalah baginda bersabda: “Wasiatkanlah satu pertiga kerana satu pertiga itu sudah cukup banyak atau besar”. (HR Nasaei dan Imam Ahmad). Huraian Hadis Hadis ini menganjur...

Sumpah laknat Dato' Eskay : kenangan buat sahabat

Image
Saya betul-betul teruja apabila melihat kelibat seorang sahabat dalam majlis sumpah laknat Dato' Eskay di Malaysiakini. Namanya Ust Hj Syamsul Firdaus bin Haji Supri. Kami berdua sangat rapat sejak dibangku SMKA SHAMS lagi. Jarak usia antara kami hanyalah dua tahun (saya senior). Rumah ibu bapanya di Bukit Temiang Seremban. Semasa di SMKA SHAMS, beliau berbakat besar sebagai pemidato Bahasa Arab. Apabila beliau tinggal di asrama, saya adalah 'mentornya' tempat merujuk segala permasalahan. Justeru segala pahit, manis dan kisah dukanya di SMKA SHAMS masih kemas dalam simpanan saya. Ust Hj Syamsul sedang menyampaikan tazkirah Kami berpisah apabila saya melanjutkan pengajian ke UKM. Manakala Ust Hj Syamsul Firdaus pula menyambung pengajiannya di Ma'had Tahfiz Pusat Islam Kuala Lumpur, peringkat Diploma. Tiga tahun kemudian, beliau menyambung pengajian di Jordan dalam bidang Syariah. Apabila balik ke Malaysia, Ust Hj Syamsul bekerja sebagai Imam di Masjid Saidina Oma...

Al-Quran didik manusia berfikir cari kebenaran

Image
Oleh Mohd Hishamuddin Mansor Berita Harian 2011/04/23 MUKJIZAT al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah SAW yang lain kerana mukjizat itu hanya boleh disaksikan mereka yang hidup pada zaman Baginda saja sedangkan mukjizat al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman. Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia tersembunyi dan hikmah yang boleh diselidiki dan diterokai manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat. Membaca al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati keras bertukar lembut. Ramai tokoh menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pada zaman Rasulullah SAW, manakala pada zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi. Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril dalam dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu ...

ALFATIHAH - BAPA MERTUA SAYA MENINGGAL DUNIA

Image
Pukul 1.24 pagi tadi saya menerima panggilan telefon dari Kg. Sg Leman Sekinchan Selangor memaklumkan bapa mertua saya Haji Abdul Rahman bin Omar telah kembali kerahmatullah. Saya dan sekeluarga akan berada di Sekinchan, mungkin dalam tempoh beberapa hari.

Matahari, bulan panduan umat Islam beribadat

Image
Oleh Mohd Hishamuddin Mansor Berita Harian 2011/04/09 KEJADIAN matahari adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Ilahi yang terpenting di alam ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan (sebahagian dari dalil yang itu ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yasin, ayat 38) Daripada ayat ini dapat difahami matahari itu beredar di atas paksinya dengan ketetapan Allah SWT yang kemas tanpa cacat dan huru hara. Matahari tidak pernah mengingkari perintah Tuhan dalam melaksanakan tugasnya serta sentiasa akur beredar di atas paksinya. Kejadian matahari memberi manfaat dan faedah kepada semua makhluk di bumi hasil daripada cahayanya. Andai kata matahari tidak menyinarkan cahayanya, sudah tentu memberi kesukaran kepada makhluk di bumi ini menjalani kehidupan masing-masing. Disebabkan cahayanya, binatang menjadi ceria manakala burung pula bersiul sambil bertasbih memuji Allah SWT. Melalui sinar cahaya m...

Sesuatu itu dijadikan mengikut ukurannya

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Qamar ayat 49 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”. (Al-Qamar 049) Huraian ayat Ayat ini menjelaskan bahawa segala ciptaan Allah SWT baik di langit dan di bumi telah ditetapkan kadar atau kesesuaiannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Jika kadar itu terlebih atau terkurang, nescaya akan binasalah dunia ini dan segala makhluk yang wujud di dalamnya. Berikut ialah beberapa contoh kejadian setiap sesuatu berdasarkan ukuran yang telah ditetapkan Allah SWT. Pertama : - Allah SWT telah menetapkan jarak antara matahari dan bumi. Jarak tersebut adalah amat sesuai dan tepat. Sekiranya matahari itu berada lebih dekat daripada kedudukannya sekarang, tentulah bumi akan menjadi bertambah panas. Ini akan mengakibatkan berlakunya pencairan ke atas gunung-gunung air batu di kutub utara dan selatan. Sekiranya ia berlaku dunia akan karam dengan sebab pertambahan air di lautan. Kedua : - Jika jarak bumi ini jauh daripada matahari se...

Isu 'Poco-Poco' dan berbuat baik kepada ibubapa

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Israk ayat 23-24 Firman Allah SWT, “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(23)Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(24) (Al-Israa 023-024) Huraian ayat Di permulaan ayat 23 Allah SWT memerintahkan manusia supaya tidak menyembah sesuatu melainkan kepada-Nya sebagai Tuhan Yang Maha ...

Hukum meminta balik sesuatu yang sudah diberi

Image
Buruk siku Dalam sebuah hadis yang datangnya daripada Tawus bahwa Ibnu Umar dan Ibnu Abbas keduanya telah merafa’kan sebuah hadis di mana Nabi saw bersabda, لا يحل للرجل أن يعطي العطية فيرجع فيها إلا الولد فيما يعطي ولده ومثل الرجل يعطي العطية ثم يرجع فيها كمثل الكلب أكل حتى إذا شبع قاء ثم رجع في قيئه Maksudnya : “Tidak halal bagi seseorang yang memberikan sesuatu pemberian lalu ia menaik kembali pemberian itu melainkan seorang ayah yang memberikan kepada anaknya. Perumpamaan seseorang yang memberikan sesuatu pemberian kepada orang lain kemudian ia menarik kembali pemberiannya adalah seperti anjing yang makan sehingga muntah kemudian ia memakan kembali muntahnya itu”. (HR Imam yang lima dan Tirmidzi mengesahkannya) Huraian hadis Hadis ini mengingatkan umat Islam supaya jangan bersikap buruk siku dalam sesuatu pemberian. Nabi saw menggambarkan orang yang buruk siku ini seperti anjing yang menjilat muntahnya sendiri bagi menunjukkan betapa hinanya perbuatan tersebut. Contoh ? Contohn...

Peristiwa Nakhlah dan iktibar dari kejahatan orang-orang kafir

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 217 Firman Allah SWT, "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di ak...

Arwah Pak Mat dalam kenangan

Image
Arwah (kanan) sedang disantuni oleh cikgu Kamaruzzaman "Dah siap esok jangan lupo kita buek doa selamat", kata arwah Pak Mat kepada Ust Hj Azzahar merujuk kepada pembinaan Surau sementara. "Bagilah saya jadi pembancuh teh atau tukang sapu surau...", katanya kepada saya sewaktu majlis sambutan Maal Hijrah di Vila Suria beberapa bulan yang lalu. Arwah sempat menghulurkan sejumlah wang dalam kotak derma yang dilancarkan. Demikianlah arwah pak Mat. Di akhir kehidupannya, arwah sangat gigih untuk melihat sebuah surau terbina tidak jauh di hadapan rumahnya. Dengan bantuan kawannya En. Daud yang tinggal di Taman Desa Rhu Sikamat, Pak Mat cuba mengadakan appointment dengan YAB Menteri Besar bagi mempercepatkan pembinaan Surau. Namun usahanya setakat ini masih belum berhasil. Satu hari ketika di depan rumah Prof. Madya Halim Ramli arwah berkata, "Ustaz hari Khamis yang akan datang kito jumpo MB", katanya dengan semangat. Namun bila tiba hari Khamis yang maksudk...

Saya bernazar jika....

Image
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Saidatina Aisyah r.anha, من نذر أن يطيع الله فليطعه ومن نذر أن يعصيه فلا يعص ه Maksudnya : Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaati-Nya dan barangsiapa yang bernazar untuk melaukan maksiat kepada-Nya maka janganlah dia melakukannya. Nazar ertinya mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak secara mutlak ataupun yang bergantung kepada perkara lain. Nazar adalah sesuatu yang disyariatkan dan ia termasuk sebagai ibadat. Rasulullah saw mengingatkan orang-orang yang tidak menunaikan nazar mereka, إن بعدكم قوما يخونون ولا تمنون ويشهدون ولا يستشهدون وينذرون ولا يفون ويظهر فيهم السمن Maksudnya : Sesungguhnya selepas kamu akan wujud suatu kaum yang melakukan pengkhianatan dan tidak amanah, menyaksikan sesuatu kejadian tetapi tidak mahu memberikan kesaksian , melakukan nazar tetapi tidak menunaikannya dan jelas kelihatan pada mereka lemak badan (kerana gemuk). Maksud ‘j...

Isu Al-Kitab cukup penting

Image
Dua tiga minggu ini ada dua isu yang agak panas di tanah air kita. Yang pertama ialah isu Al-Kitab dan yang kedua mengenai Video Seks yang didakwa dilakukan oleh Ketua Pembangkang. Namun isu yang dihighlight sehabis-habisnya oleh pihak media ialah isu Video seks tersebut. Sedangkan isu 'Al-Kitab' tenggelam begitu sahaja tidak seghairah seperti mereka melaporkan isu kalimah Allah satu ketika dahulu. Adakah kerana mahu menjaga hati pengundi Kristian di Sarawak ? Wallahualam. Para pembaca sekalian, Berbalik kepada isu Al-Kitab. Ketika Dato’ Idris Jala dilantik menjadi Pengerusi MAS satu ketika dahulu saya sangat kuat menyangkakan dia seorang yang beragama Islam kerana namanya mengambil sempena nama seorang Nabi iaitu ‘Idris a.s’. Namun hakikat sebenarnya dia seorang penganut Kristian. Bayangkan kalau seorang ‘Ustaz’ seperti saya pun boleh keliru dengan nama-nama Islam yang digunakan oleh penganut Kristian, apatah lagi yang bukan ‘Ustaz’. Justeru saya sangat bimbang jika Bible ...

Tetamu yang tidak diundang

Image
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Pada hari Sabtu 3 hb April 2011, sekitar jam 2.00 petang kami sedang bersiap untuk pulang ke kampung Sekinchan. Tiba-tiba isteri saya menjerit kerana ternampak sesuatu di bilik air dapur. Saya yang sedang memasukkan barang-barang di dalam kereta, secepat kilat meluru ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. "Ada apa Na ?", tanya saya. "Tu...", tunjuk isteri ke arah bilik air. Wajahnya pucat kaku. Setelah mengetahui hal sebenar, saya segera mengunci pintu bilik air lalu menghubungi JPAM. Dua puluh minit kemudian, Van JPAM tiba bersama 4 orang anggotanya. "Mana dia bang?", tanya seorang anggota JPAM yang bernama En. Fendi. "Dalam bilik air dapur", jawab saya ringkas. Anak-anak lelaki saya sungguh teruja untuk melihat tetamu yang tidak diundang ini. Azim, anak ke empat rancak bersilat ala ultramanny a untuk 'membelasah' binatang reptilia ini. "Ok, bang... sudah selesai", kata En. Fendi. Syukur,...