Posts

Showing posts from November, 2011

Peraturan Islam sesuai dengan fitrah manusia

Image
Mahkmah Syariah di Putrajaya - Gambar Hiasan Islam yang bererti SEJAHTERA merupakan agama yang memenuhi kehendak dan fitrah hamba-hamba-Nya. Manusia yang hidup di dunia ini sangat perlu kepada peraturan dan undang-undang. Tujuannya supaya mereka boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Mereka tidak mahu kebahagiaan dan keamanan yang dikecapi diragut oleh anasir-anasir jahat. Justeru Allah SWT yang Maha Mengetahui gelodak dan jiwa manusia, telah menurunkan peraturan-Nya seperti yang terkandung di dalam Al-Quran. Islam tidak hanya menyuruh umatnya beramal untuk ukhrawi tetapi juga duniawi. Sebagai contoh Islam mengiktiraf pemilikan harta. Ia adalah fitrah manusia yang sukakan kesenangan dan kemewahan. Firman Allah SWT, “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (d...

Islam...., Ilmu dan Selamat Menyambut Maal Hijrah !

Image
Orang yang beriman wajib menuntut ilmu Sebelum Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia, Allah SWT telah menyiapkan diri baginda dengan ilmu pengetahuan. Tanpa bekalan ilmu tentulah sukar Nabi Adam dan keturunannya menjalani kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi. Dengan ilmu itu juga nabi Adam dimuliakan Allah sehingga disuruh menjadi guru kepada para malaikat. Firman Allah SWT, "(Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda benda dan kegunaannya , kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu Dia berfirman : Terangkanlah kepada Ku nama-nama benda ini, jika kamu golongan yang benar. (31) Maha Suci Engkau ya Allah, Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami ; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".(Al-Baqarah 031) Apa sahaja yang hendak di lakukan di dunia ini perlu kepada ilmu. Maka Islam menyuruh manusia supaya mencari ilmu pengetahuan. Ia adalah kunci untuk mencapai kejayaan bukan sahaja ...

Ayuh ! mari kembali kepada agama

Image
Manusia sangat berkehendak kepada peraturan atau undang-undang yang boleh menjamin mereka mencapai keamanan dan keharmonian dalam hidup. Justeru Allah SWT yang Maha Mengetahui gelodak dan jiwa manusia, telah menurunkan peraturannya yang bernama ISLAM yang bererti SEJAHTERA untuk memenuhi kehendak dan fitrah hamba-hamba-Nya. Tanpa pegangan agama yang kukuh menjadikan manusia kadang-kadang berwatak seperti binatang malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Mereka saling berbunuh-bunuhan, melakukan penipuan, pembohonagn, fitnah, zina, khalwat dan sebagainya. Di sekolah ada murid-murid yang melawan guru, terjebak dengan gejala buli , ponteng sekolah dan melepak di pusat-pusat hiburan. Manakala di rumah bukan sedikit anak-anak yang menjadi penderhaka kepada ibu bapa, lari dari rumah, keluar merempit dan pelbagai lagi masalah sosial. Dalam konteks kejiranan, ada yang bermasam muka, tidak bertegur sapa, mementingkan diri sendiri dan bersifat individualistik. Semuanya berlaku kerana ke...

Mengadulah kepada yang sebenar !

Image
Manusia sangat suka mengadu. Semasa bayi sehinggalah kepada tua manusia akan mengadu dan terus mengadu. Di pejabat-pejabat swasta mahu pun kerajaan akan disediakan peti aduan. Setiap aduan akan diteliti, diperiksa dan diambil tindakan oleh pihak tertentu. Namun tidak semua masalah yang diadu boleh diselesaikan oleh manusia. Sebabnya manusia itu mempunyai kelemahan dan kekuarangan. Justeru manusia perlu kepada kuasa GHAIB yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Hakikatnya manusia sangat berkehendak kepada Tuhan. Dalam mencari Tuhan ada manusia yang tersalah dan tersilap. Ada yang menjadikan patung sebagai Tuhan. Ada yang menjadikan pokok, matahari, bulan, bintang dan Nabi Isa sebagai Tuhan. Kepada merekalah ada manusia merujuk, mengadu dan meminta diselesaikan masalah. Kasihan …, mereka sebenarnya mengadu kepada sesuatu yang tidak boleh menyelesaikan masalah. Kasihan juga kepada mereka yang sama sekali tidak mahu mengaku kewujudan Tuhan. Mereka ini sebenarnya menentang naluri...

Tahniah buat anak-anakku !

Image
Ayep tersenyum lebar semasa ihtifal Alhamdulillah…, syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan. Tahun ini tahun yang cemerlang buat anak-anak saya. Anak sulong saya Fatin Syahirah yang sebelum ini begitu hampa kerana tidak ditawarkan memasuki mana-mana sekolah berasrama penuh (disebabkan diskriminasi Kementerian Pelajaran ke atas sekolah swata) terus mengekalkan kecemerlangannya dalam akademik apabila memperolehi anugerah cemerlang bintang emas bagi peperiksaan akhir tahun. Beliau mendapat tempat pertama daripada 115 orang pelajar tingkatan 1 di SMK Tunku Ampuan Najihah Seremban. Manakala anak kedua saya Ahmad Afif Amiruddin yang genap berusia 11 tahun pada 19.11.2011 berjaya memperolehi 8 A dalam peperiksaan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA)Sekolah Sri Seremban. Dengan kejayaan ini juga Amir berjaya menggondol hadiah PSP daripada saya. Anak ketiga pula Ahmad Afif Arifuddin yang bersekolah darjah satu di SRI Seremban turut tersenyum gembira apabila menerim...

Apabila 'Starbuck' berada di kota suci Mekah

Image
'Starbuck' yang terletak di Zam-Zam Tower hanya beberapa meter sahaja dari Masjidil Haram. Benar, di zaman Rasulullah saw baginda pernah berurusan dan bermualat dengan orang Yahudi. Tujuannya tidak lain supaya mereka tertarik untuk memeluk Islam. Persoalan hari ini, adakah membenarkan syarikat 'Starbuck' berada di kota suci Mekah bertujuan untuk dakwah atau kerana 'terpaksa' demi menjaga persahabatan erat dengan sekutu Israel iaitu Amerika ? Inilah yang dikatakan penjajahan era modern. Walaupun Yahudi tidak menjajah kota suci Mekah dari sudut ketenteraan, namun mereka sudah pun berjaya menjajah dalam bentuk ekonomi ! Wallahualam.

Nabi Sulaiman tidak kafir

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 102 “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut segala apa yang dibacakan oleh oleh Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman padahal Nabi Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu), akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir.dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon) sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebe...

Masuk neraka kerana seekor lalat

Image
Dari Tariq ibn Shihab, “ Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “ Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat. Sahabat bertanya “ Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah : Baginda saw bersabda : Dua orang lelaki telah melalui perkampungan satu kaum yang memiliki berhala. Setiap orang yang melalui berhala tidak akan dibenarkan lalu kecuali jika melakukan korban untuk berhala berkenaan. Dua orang tadi ditahan lalu dikatakan kepada mereka berkorbanlah. Berkata seorang dari mereka kami tidak memiliki sesuatu untuk dikorbankan. Lalu berkata penjaga berhala ” berkorbanlah walaupun seekor lalat". Lalu lelaki ini mengorbankan seekor lalat, lalu dia pun dibenarkan lalu. Kepada seorang lelaki yang lain , ia berkata “ aku tidak akan mengorbankan sesuatu selain kepada Allah, lalu mereka memancung kepalanya maka masuklah dia kedalam syurga.” (HR Imam Ahmad)

Isu Ibadat haji PM – Ulasan saya

Image
Ibadat haji PM berjalan baik Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH pengarang@utusan.com.my SEPANG 10 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan bahawa rombongan haji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyelesaikan urusan wajib ketika menunaikan ibadat tersebut. Jamil Khir berkata, ini kerana sepanjang mengerjakan ibadat tersebut rombongan haji Perdana Menteri sentiasa dikawal oleh pihak kerajaan Arab Saudi supaya ia berjalan dengan baik. “Sebenarnya isu ini tidak timbul langsung, kemungkinan ia disalah tafsir. “Yang dimaksudkan bukan selesai ibadat haji, tetapi selesai wukuf. Wukuf ni waktunya dari Zohor hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah dan lepas itu habis lah. “Jadi, yang dimaksudkan itu ialah selesai wukuf, (tetapi) saya tengok lenggok bahasa yang digunakan itu selesai haji, jadi lenggok itu salah lah,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari tanah suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini. ...

Hari ini hari Tarwiah dan Selamat Hari Raya Korban

Image
Bersiap sedia menaiki bas sebelum ke Arafah. Hari ini 8 Zulhijjah, dikenali sebagai hari Tarwiah. Di sebut sebagai hari Tarwiah kerana jemaah Haji akan bersiap sedia dengan mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram Haji (bagi Haji Tamattuk) sebelum menuju ke Padang Arafah menaiki bas. Berbagai ragam jemaah Haji Kebiasaannya petugas-petugas Tabung Haji akan menampal notis di papan kenyataan hotel tentang jadual perjalanan ke Padang Arafah. Bagi jemaah Haji muassasah, mungkin mereka akan di susun mengikut KT masing-masing. Contoh KT 1 sehingga KT 5 akan berangkat sekian-sekian masa dan begitulah KT-KT yang lain. Bagi jemaah Haji Swasta (melalui pakej) mungkin mereka di susun mengikut tingkat-tingkat di hotel. Contoh, jemaah Haji yang menginap di tingkat yang paling atas biasanya akan diberi keutamaan untuk berangkat terlebih dahulu. Kemudian barulah jemaah Haji yang berada di tingkat 7, 6, 5 dan sehinggalah yang ke bawah mengikut tertib. Namun ada juga jemaah-jemaah Haji...