Posts

Showing posts from November, 2009

Pesanan Nabi Ismail a.s kepada ayahnya...

Image
Nabi Ismail berpesan sebelum ayahandanya menyempurnakan perintah Tuhan ..., 1. Wahai ayah ! sebelum ayah menyembelihku, hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyusahkan ayah. 2. Wahai ayah ! hendaklah wajahku di hadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihatku sehingga menimbulkan perasaan belas kasihan ayah kepadaku. 3. Wahai ayah ! hendaklah ayah melipatkan kain ketika menyembelih, supaya tidak tercemar pakaian ayah dengan darahku sehingga mengurangi pahalaku dan menyusahkan hati ibu. 4. Wahai ayah ! Hendaklah ayah menajamkan pisau agar mudah leherku dihiris dan aku pula tidak terlalu sakit. 5. Wahai ayah ! Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku dan sampaikanlah salamku kepada ibu dan katakanlah kepadanya : Bersabarlah wahai ibu, bersabarlah dengan perintah Allah ini. Dan janganlah ayah memberitahu ibu bagaimana ayah menyembelihku dan mengikat tanganku. 6. Wahai ayah ! Janganlah ayah membenarkan anak-anak

Wukuf dan Selamat Hari Raya Korban....

Image
Kenangan semasa Wukuf di padang Arafah pada musim Haji 2008 Antara rukun Haji yang wajib dilakukan oleh mereka yang menunaikan fardhu Haji ialah Wukuf di padang Arafah. Wukuf di Padang Arafah bermaksud berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari hari kesembilan Zulhijjah sehingga terbit fajar hari yang kesepuluh Zulhijjah. Seelok-eloknya berada di sana sebahagian hari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh Zulhijjah. Antara hikmah wukuf di Padang Arafah menunjukkan kepada masyarakat dunia betapa eratnya perpaduan umat Islam tidak kira raja, tidak kira rakyat jelata sama ada yang miskin atau pun yang kaya semuanya sama sahaja taraf dan kedudukan, dimana mereka semuanya berpakaian seragam bersama-sama mengabdikan diri kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Agung. Wuquf di padang Arafah juga memberi kesedaran tentang perhimpunan manusia di padang Mahsyar di hari kiamat. Dipadang Mahsyar itulah seseorang manusia akan dipertanggungjawabkan sega

Catatan ringkas menjelang Eidul Adha

Image
Bermula pada 10 hingga 13 Zulhijjah (selama empat hari) umat Islam di seluruh dunia akan melakukan ibadah korban. Insya Allah, di Masjid dan surau-surau di sekitar Sikamat Seremban akan turut melaksanakan ibadah Qurban pada hari-hari tersebut. Kepada yang bawa anak-anak... Kepada mereka yang membawa anak-anak, tidak salah kita mendedahkan kepada mereka aktiviti korban ini sebagai satu pendidikan awal kepada mereka, malah inilah yang sangat dianjurkan oleh Islam. Moga-moga apabila dewasa nanti merekalah yang akan mewarisi melaksanakan kerja-kerja yang mulia ini. Tetapi hendaklah kehadiran mereka sentiasa diawasi, janganlah dibiarkan mereka terlalu dekat dengan binatang yang hendak disembelih serta membuat bising sehingga menganggu tumpuan penyembelih melaksanakan tugasnya. Dimana saya pada hari itu ? Pada hari Jumaat 27 hb November ini saya akan menyampaikan khutbah Hari Raya Eidul Adha di surau Taman Kolej Height Sikamat, kemudian akan bergegas pula ke Surau Al-Hidayah Taman

Hukum mematikan pesakit

Image
Bolehkah seseorang doktor mematikan pesakit dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan ? Jawapan : Mengikut syarak, seseorang dikira mati apabila nyata padanya salah satu daripada dua tanda berikut : 1.Apabila jantungnya tidak lagi berdegup dan pernafasannya terhenti dan doktor memutuskan bahawa dia tidak dapat dipulihkan lagi. 2.Apabila segala saraf otaknya tidak lagi berfungsi serta para doktor memutuskan bahawa fungsinya tidak dapat dikembalikan lagi dan otaknya sudah mula berubah (menjadi busuk kerana sudah mati) Pada ketika ini harus memberhentikan alat bantuan pernafasan daripada pesakit kerana tidak ada gunanya dibiarkan. Lebih-lebih lagi alat bantuan pernafasan itu tadi hanya membolehkan pesakit hidup secara zahir sahaja dengan mengepam oksigen dan menyebabkan perjalanan darah berterusan, sedangkan pada hakikatnya dia sudah mati kerana sudah kehilangan akal, deria rasa dan perasaan yang berpunca daripada hilangnya fungsi tak. Bahkan saya katakana wajib mengangkat alat b

Announcement...

Image
My dear brothers/sisters in Islam, May God bless all of us.., Please be informed that I will be on air in Radio Negeri FM (frequency 92.6) starting from today, 21st November till 21st December 2009. You can hear my short sermon at 6.30 a.m or 4.30 p.m. Hope you enjoy it ! Thanks.

Kisah seekor semut….

Image
Saya masih teringat ketika menjalani minggu orientasi pelajar-pelajar baru di UKM pada tahun 1992. Antara program yang diaturkan oleh pihak Universiti ialah syarahan perdana oleh Ybhg Tan Sri Sanusi Junid (ketika itu Menteri Pertanian Malaysia) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Sebagai pelajar baru, saya benar-benar teruja mendengar syarahan Tan Sri Sanusi Junid yang cukup berapi-api yang durasinya hampir 3 jam. Bayangkan, sehingga AJK Minggu Suaikenal terpaksa menuangkan air minuman untuknya sebanyak 5 kali sepanjang beliau berucap. Hati saya berkata, wah macam ni rupanya Tan Sri Sanusi Junid… petah berhujah, fasih berpidato dan bijak memukau pendengar. Patutlah boleh menang ketika merebut jawatan Naib Presiden UMNO satu ketika dahulu (Semasa pemilihan UMNO yang seterusnya beliau gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden setelah tumpas di tangan team Wawasan yang di ketuai oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim) . Antara intipati syarahannya ialah mengajak Mahasiswa supaya menggunaka

Rindunya suasana Mekah ....

Image
Dataran Kaabah di hari-hari kemuncak bulan Zulhijjah. Masing-masing bersesak-sesak untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah dan Tawaf Wada' Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 27, “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” Dalam ayat ini, Allah SWT menyeru manusia supaya mengerjakan haji dan panggilan tersebut dijawab oleh umat Islam yang datang dengan ucapan talbiah : "لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ ." Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiad

Soal jawab ibadah Qurban

Image
Soal jawab ini berlaku antara seorang Ustaz dengan pakcik yang berasal dari daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pakcik nak tau... apo hukum eh buek Qurban ? Jawapan : Hukum nya ialah Sunat Mua’kaddah (sunat yang sangat dituntut). Dengan kata lain ialah Makruh bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukannya. Manakala menurut Imam Abu Hanifah, berkorban itu adalah wajib bagi orang-orang kaya, berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud, “ Sesiapa yang ada kemudahan (harta) dan tidak melakukan korban, maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”. Hukum melakukan ibadah Qurban menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar. Sebagai contoh katanya : “Jika anak aku berjaya memasuki Universiti, maka aku akan melakukan Qurban. Buleh ko kalau kito buek qurban untuk orang yang dah meninggar ? Jawapan : Tidak sah dibuat korban untuk orang yang sudah mati melainkan kalau ia berwasiat. Kalau kito buek qorban untuk orang lain tanpo pengotahuan eh... buleh tak agak eh ? Jawapa

Solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh hari Jumaat

Image
Soalan: Saya pernah terbaca bahawa sekiranya Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) jatuh pada hari Jumaat maka jika kita telah mengerjakan solat raya maka tidak lagi wajib kita mengerjakan solat Jumaat. Memadai dengan bersolat Zuhur. Adakah ini benar? Jawapan: Benar pendapat saudara di atas. Bagi orang yang telah mengerjakan solat sunat Hari Raya di pagi Jumaat, tidak wajib baginya untuk mengerjakan solat Jumaat, hanya wajib mengerjakan solat Zuhur. Tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan solat sunat Hari Raya, maka wajib ke atasnya solat Jumaat. Sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/ http://www.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/SoalJawab/20090819152413/Article/indexhtml

Ibadah Haji

Image
Haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad saw dengan membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s . Fardhu Haji diwajibkan kepada umat Islam pada tahun ke 5 atau ke 6 Hijrah. Tetapi mula dilaksanakan ibadah ini pada tahun kesembilan Hijrah dan pada tahun itulah Rasulullah saw mengarahkan Saidina Abu Bakar as Siddiq mengetuai satu rombongan umat Islam supaya mengerjakan Haji. Allah s.w.t. telah mensyariatkan ibadah haji kepada umat Islam pada tahun ke-9 hijrah. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 196, Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah Tunaikanlah Haji di usia muda… Menunaikan fardu haji memerlukan keadaan fizikal seseorang yang sihat dan cergas kerana ibadah haji banyak melibatkan pergerakan fizikal. Melakukan Tawaf dalam keadan berhimpit-himpit, bersaei antara safa dan Marwah, berjalan sejauh dua kilometer untuk melontar di Jamrah dan sebagainya. Justeru, alangkah baiknya jika fardu haji ini dapat di tunaikan ket

Hukum berkahwin dengan ahli kitab

Image
Saya sering ditanya oleh anak-anak murid tingkatan enam ketika mengajar subjek Perbandingan Agama, “ Ustaz bolehkah kita berkahwin dengan orang Kristian atau Yahudi zaman sekarang ? ” Demikianlah jawapan saya : Hukum berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab sama ada dari kalangan Yahudi mahupun Nasrani, di sana terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama : Pendapat pertama mengatakan hukum lelaki Islam berkahwin dengan mana-mana perempuan ahli kitab zaman sekarang adalah haram kerana kepercayaan mereka yang sudah berubah. Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat satu riwayat daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya dia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab: “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik manakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika

Sebuah cerpen...Rokok oh rokok

Image
“Aku marah betul dengan Yahudi, bangsa yang terlaknat !”, bentak Kasim sambil tangannya mengeluarkan sebatang rokok jenama Winston. Matanya kemudian menoleh ke arah Mat yang sedang asyik menatap akhbar Utusan Malaysia. Gambar kanak-kanak Palestin mati dibunuh tentera Israel terpampang di muka surat depan. “Mat, engkau ada mancis api ?, pinjam sekejap”. “Apalah kau ni Kasim, dah tau hisap rokok bawalah mancis api sendiri”, sindir Mat. Mat yang sedang asyik membaca berita keganasan Yahudi Israil di Palestin kemudiannya menyalakan mancis api lalu di suakan dihujung mulut Kasim. Berkepul-kepul asap rokok yang keluar dari mulut Kasim di hembuskan ke udara. “ Engkau tau Mat, aku pantang betul tengok saudara segama kita di Palestin di zalimi oleh Yahudi laknat ni. Kalau boleh hari ini jugak aku nak ke Palestin bantu orang Islam di sana”, tegas Kasim sambil menyedut rokoknya dalam-dalam. “Tak payahlah susah-susah nak tolong orang Islam di Palestin tu, sebaliknya tolong diri awak tu sendiri”,

Hukum Ilak

Image
Firman Allah SWT, "Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".(Al-Baqarah : 226) Ilak adat jahiliyah Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan hukum Ilak, iaitu bersumpah tidak akan menyetubuhi isteri. Sebab turun ayat ini ialah kerana pada zaman jahiliah, jika seseorang suami yang meminta sesuatu daripada isterinya sedangkan si isteri enggan menunaikannya, maka si suami akan mengancam isterinya dengan kata-kata sumpah tidak mahu menyetubuhinya selama 4 bulan, atau 5 bulan atau 1 tahun, 2 tahun atau pada satu tarikh yang tidak ditetapkan. Maka jadilah si isteri itu teraniaya seperti gantung tidak bertali. Penyelesaian Islam Dengan kedatangan Islam, syarak memberi tempoh 4 bulan kepada mana-mana suami yang bersumpah tidak mahu mendatangi isterinya. Sekiranya dalam tempoh 4 bulan ini, si suami kembali kepada is

Kisah al-Kifli...

Image
Dalam sepotong hadis, عن ابن عمر قال : سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يحدث حديثا لو لم أسمعه الا مرة أو مرتين , حتى عد سبع مرات ولكنى سمعته أكثر من ذلك, سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : كان الكفل من بنى اسرائيل لا يتورع من ذنب عمله , فأتته امرأة فأعطاها ستين دينارا على أن يطأها , فلما قعد منها مقعد الرجل من امرأته أرعدت وبكت , فقال : ما يبكيك ؟ أأكرهتك ؟ قالت . لا, ولكنه عمل ما عملته قط , وما حملنى عليه الا الحاجة , فقال : أنت تفعلين هذا وما فعلته , اذهبى فهى لك , وقال لا, والله لا أعصى الله بعدها أبدا , فمات من ليلته , فأصبح مكتوبا على بابه : ان الله قد غفر للكفل . Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a katanya, aku mendengar Nabi saw menceritakan satu kisah, tiadalah aku dengar kisah itu sekali atau dua kali atau tujuh kali bahkan aku mendengarnya lebih banyak daripada jumlah itu. Aku mendengar Nabi saw bersabda, ada seorang lelaki daripada Bani Israil sangat kuat melakukan kerja-kerja maksiat. Pada satu hari dia didatangi seorang perempuan yang meminta sedekah daripadanya

Isteri ibarat ladang.....

Image
Satu tajuk yang malu diperkata, namun banyak di tanya. Firman Allah SWT, "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai ladang bagi kamu, oleh itu datangilah ladangmu secara mana yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal) yang baik untuk diri kamu; dan bertqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman "(223) Sebab turun ayat Dalam ayat ini Allah SWT telah memisalkan isteri sebagai ladang untuk bercucuk tanam. Manakala suami pula diibarat seperti peladang yang akan menyemai benih di atas ladang, sedangkan anak pula diibarat seperti pokok yang tumbuh dari benih yang ditanam tersebut. Maka tanamilah ladang tersebut secara mana yang kamu sukai. Dalam satu riwayat menyatakan sebab turun ayat ini kerana orang-orang Yahudi beranggapan bahawa apabila seseorang suami mencampuri isterinya dari arah belakang, maka anak yang bakal dilahirkan akan bermata juling. Maka turunlah ayat ini mem

Islam dan hubungan dengan non-Muslim

Image
Rentetan dari hal orang bukan Islam dilarang masuk ke masjid, di sini saya ingin berkongsi maklumat tambahan mengenai beberapa hukum dan fatwa mengenai hubungan antara orang Islam dengan bukan Muslim. Bolehkah menderma organ atau darah kepada orang bukan Islam ? Prof Yusuf Al-Qardhawi ulama besar Islam menjelaskan : Hukum menderma organ atau darah kepada orang bukan Islam sama seperti hukum bersedekah kepada orang bukan Islam, maknanya harus. Akan tetapi haram mendermakan organ kepada orang bukan Islam yang berjuang menentang orang Islam atau kepada mereka yang menyerang Islam. Berdasarkan hal yang sama, organ tidak boleh didermakan kepada orang yang murtad sebab dia sudah menjadi pengkhianat Islam yang sepatutnya dibunuh bukan dibiarkan hidup. Jika ada seorang Islam dan seorang bukan Islam memerlukan darah atau organ, maka hendaklah diutamakan kepada orang Islam terlebih dahulu sesuai dengan firman Allah SWT, Dan orang Islam yang beriman, lelaki dan perempuan, setengah-setengahnya

Lagi kisah Ashabul A'raf....

Image
Kisah dua sahabat Kaab bin Ahbar meriwayatkan, di akhirat nanti ada dua sahabat karib yang saling berbuat baik antara satu sama lain semasa di dunia. Ketika di akhirat salah seorang daripadanya kekurangan satu pahala , lalu dia diheret oleh malaikat Zabaniah menuju ke neraka. Manakala yang satu lagi mempunyai kelebihan satu pahala yang menyebabkan dia akan masuk ke syurga. Maka sahabat yang hendak masuk ke syurga ini merasa sedih apabila melihat kawan baiknya hendak dihumban ke neraka. Lalu diberi satu pahala kepunyaannya kepada kawan yang hendak ke neraka ini tadi. Dia redha, biarlah dia tidak ke syura asalkan dia dapat menolong sahabat baiknya dari seksaan neraka. Maka jadilah mereka berdua sebagai golongan Ashabul A’raf (tidak kesyurga mahu pun neraka). Disebabkan kebaikan sahabat ini tadi, maka kedua-duanya Allah SWT persila ke syurga. Pengajaran daripada kisah ini, buatlah baik dengan semua orang nescaya akan ada orang yang kita buat baik semasa di dunia dahulu yang akan b