Hukum mematikan pesakit

Bolehkah seseorang doktor mematikan pesakit dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan ?

Jawapan : Mengikut syarak, seseorang dikira mati apabila nyata padanya salah satu daripada dua tanda berikut :

1.Apabila jantungnya tidak lagi berdegup dan pernafasannya terhenti dan doktor memutuskan bahawa dia tidak dapat dipulihkan lagi.

2.Apabila segala saraf otaknya tidak lagi berfungsi serta para doktor memutuskan bahawa fungsinya tidak dapat dikembalikan lagi dan otaknya sudah mula berubah (menjadi busuk kerana sudah mati)

Pada ketika ini harus memberhentikan alat bantuan pernafasan daripada pesakit kerana tidak ada gunanya dibiarkan. Lebih-lebih lagi alat bantuan pernafasan itu tadi hanya membolehkan pesakit hidup secara zahir sahaja dengan mengepam oksigen dan menyebabkan perjalanan darah berterusan, sedangkan pada hakikatnya dia sudah mati kerana sudah kehilangan akal, deria rasa dan perasaan yang berpunca daripada hilangnya fungsi tak.

Bahkan saya katakana wajib mengangkat alat bantuan pernafasan ini kerana membiarkannya berterusan adalah bertentangan dengan syarak dalam beberapa perkara, antaranya :

- Melambatkan penyelenggaraan orang mati dan mengkebunikannya tanpa ada apa-apa keperluan serta melambatkan pembahagian pusaka dan pengiraan ewddah isterinya dan hukum hakam lain yang bersangkutan dengan kematian.

- Berterusan pesakit itu dalam keadaan demikian memerlukan perbelanjaan jagaan yang tinggi.Sedangkan Islam melarang umatnya membuang harta dan membelanjakannya kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

- Mendatangkan mudarat kepada orang lain kerana menghalangnya daripada menggunakan alat tersebut akaibat dia menggunakannya dengan tidak sebenar.

- Menimbulkan kerisauan dan kebimbangan ke atas kaum keluarga dan saudara maranya selagi mana pesakit itu berada dalam keadaan demikian yang kemungkinan akan berlarutan selama-lama berpuluh-puluh tahun lamanya

Rujukan,
Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi – Fatwa Masa Kini Jilid 8

Comments

  1. Salam Ustaz Hisham...

    Boleh Ustaz senaraikan buku terbaik yang pernah ustaz baca atau miliki?. Saya pencinta buku, ada masanya, sukar untuk saya membuat pilihan. Ditambah pula terlalu banyak buku-buku yang berada di pasaran kini. Kalau ikutkan hati,memang semua buku yang ada di pasaran, ingin saya miliki dan baca. Lebih-lebih lagi buku-buku karya ulama-ulama besar. Tetapi saya perlu bersabar dan membelinya secara bertahap-tahap. Almaklumlah, perbelanjaan lain juga, perlu saya ambil kira.

    Saya pernah membaca kisah tentang seorang ulama yang terlalu cintakan ilmu dan buku. Beliau sanggup menjual harta yang beliau ada hanya untuk mencari dan memiliki kitab-kitab yang beliau idamkan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. W'salam Puan.

    Insya Allah nanti saya akan senaraikan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu