Posts

Showing posts from February, 2010

Suruhlah anak anda menunaikan solat ....

Image
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah ayat 238-239 Firman Allah SWT, “ Peliharalah oleh kamu semua solat dan solat pertengahan (Asar). Dan berdirilah kerana Allah dengan keadaan kamu taat setaatnya. (238) Jika kamu takut, maka boleh solat berjalan kaki atau berkenderaan. Apabila kamu aaman sentosa, maka sebutlah Allah (ingat kepada-Nya) sebagaimana Dia telah mengajarkan kamu akan apa-apa yang tiada kamu ketahui.” (239) Huraian ayat Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara semua solat yang difardhukan. Sabda Rasulullah saw, الصلاة عماد الدين. فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين Maksudnya : Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya maka sesungguhnya ia telah menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama. Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a

Berkat doa Nabi Ibrahim a.s ....

Image
Mr. Patrick Briggs, Pengetua Kolej Tuanku Ja'afar dan isteri hadir mendengar ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul. Di akhir ceramah, beliau telah dihadiahkan sebuah buku "The Life of Prophet Muhammad " oleh pihak penganjur. Firman Allah SWT, “ Ya Tuhan kami, utuskanlah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka (dari syirik). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana ”. –(Baqarah ayat 129). Kelihatan pelajar non-muslim turut hadir mendengar ceramah Maulidu Rasul (barisan depan no 2) Dalam satu riwayat para sahabat pernah bertanya Rasullah saw, Ya Rasulullah bagaimana tuan hamba mula-mula diutus menjadi Rasul ? Rasulullah saw menjawab, aku diutus menjadi Rasul dengan berkat doa bapaku Ibrahim dan khabar gembira yang disampaikan oleh Isa ibnu Maryam. Ceramah di sampaikan oleh Ybhg

"Sir.., why Islam does not approve dating ?"

Image
Normally, on every Tuesday I’ll have class with my Upper six students in KTJ. My students come from very good backgrounds as they come from government boarding school before. They are doing their 'A Level' program here, under sponsorship by Petronas and Bank Negara. Insya Allah, they will further their study in UK this August. May Allah bless them ! Yesterday, one of them asked me, “Sir , I read your articles about Zina in your blog. However, what I wonder is, if Islam does not approve dating, so how do we know more details about our partner ?” I explained to my students, “Class, people argue that without dating, you cannot get to know someone well enough to marry them. However, in reality it is not the best way of seeing person for whom he really is. When two person are dating, they put forth their best behavior to impress the other person. Often, people hide their true personalities in their effort to keep the other person satisfied, so he / she won’t leave them. Howeve

Zina Muhsan : Bagaimana hukuman rejam dilaksanakan ...

Image
Dua artikel saya sebelum ini sudah pun menjelaskan dengan panjang lebar mengenai hukuman sebat ke atas mana-mana pesalah yang melakukan zina serta syarat-syarat yang perlu diberi perhatian sebelum menjatuhkan hukuman. Kali ini saya ingin menyambung pula bagaimana hukuman rejam dilaksanakan ke atas penzina yang sudah berkahwin. Sabda Rasulullah saw, الشيخ والشيخة اذا زنيا فارجموهما البتة Maksudnya : Lelaki tua dan perempuan tua yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya sebagai balasan daripada hukuman Allah SWT. Sekali lagi saya mohon supaya pembaca dapat membacanya dengan tenang dan tenteram. Sebarang pembacaan yang sekerat-sekerat, sambil lalu atau sambil lewa adalah tidak dibenarkan sama sekali ! Adalah dinasihatkan juga kepada mereka yang belum membaca artikel saya mengenai jenayah zina sebelum ini, sila berbuat demikian. Tanpa membaca artikel-artikel sebelumnya kemudian terus membaca artikel ini dibimbangi akan menimbulkan sikap buruk sangka terhadap undang-undang Allah SWT. Ti

Penentang hudud.., sila baca !!

Image
Apa yang saya paparkan ini ialah sebuah artikel berkaitan tentang jenayah zina. Saya berharap mana-mana orang perseorangan, NGO-NGO dan parti-parti politik yang menentang hukum hudud dapatlah kiranya meluangkan masa sedikit untuk membaca artikel ini. Bacalah ketika anda dalam situasi yang tenteram dan tenang . Jangan membacanya sekadar melepaskan batuk ditangga atau membacanya sekerat-sekerat kerana dibimbangi kefahaman anda juga sekerat-sekerat. Bacalah sampai habis ! Cuba fahamkan betapa terperincinya syarat yang Islam letakkan sebelum menjatuhkan hukuman hudud ke atas pesalah zina. Bukan semudah yang tuan-tuan sangkakan. Semoga artikel ini dapat mencerahkan minda anda yang mungkin ketika ini sedang dalam 'kejerebuan' mengenai hukum Tuhan. Mana yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Selamat membaca ! Pengertian Zina Ulama di kalangan Mazhab Maliki mentakrifkan zina itu ialah persetubuhan seorang mukallaf yang dilakukan dengan senga

Sisters in Islam buat hal lagi....

Image
Tindakan 'Sisters in Islam' mempertikaikan hukuman sebat ke atas 3 wanita Islam yang melakukan persetubuhan haram baru-baru ini menggambarkan 'kebebalan' melampau kumpulan tersebut. Saya sebenarnya malas untuk memberikan sebarang komen terhadap kumpulan yang berfahaman 'Islam Liberal' ini. Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Melayan golongan yang jahil seperti ini tidak mendatangkan apa-apa faedah buat kita semua. Pedulikan mereka ! Muslimin dan muslimat sekalian, Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, namun kejadian jenayah semakin menjadi-jadi. Anak-anak zina semakin merebak dan membiak. Rumah-rumah urut dan pusat perjudian sudah tidak terbilang banyaknya. Remaja rempit dan minum arak, aduh ! sungguh menyakitkan mata memandang. Justeru, sudah sampai masanya undang-undang Islam menggantikan undang-undang yang sedia ada. Tegasnya, segala usaha yang baik bagi memertabatkan undang-undang Islam perlu disokong dari semasa ke semasa. Mereka yang menganggap

Menyambut Maulidur Rasul tiada fadhilat ?

Image
Saya teruja dengan kenyataan ulama yang saya hormati Ybhg Al-Fadhil Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul tiada fadhilat. Pada saya kemungkinan kenyataannya disalah tafsir oleh akhbar. Harap-harap begitulah. Tetapi sekiranya betul Ybhg Al-Fadhil Tuan Guru ada mengucapkan kata-kata sedemikian, saya tetap menghormati pandangannya kerana Islam sentiasa meraikan perbezaan pendapat apatah lagi dalam soal khilafiyah. Justeru tidak perlu bagi mereka yang enggan menyambut Maulidur Rasul membidaahkan golongan yang menyambutnya dan begitulah sebaliknya. Yang penting, jangan kita bertengkar sesama sendiri dalam hal seperti ini kerana ia bukan soal pokok dalam agama. Hendaklah kita saling hormat menghormati dan berlapang dada ! Para pembaca sekalian, Dari dulu sehingga sekarang, saya sentiasa bersama dengan majoriti umat Islam di Malaysia meraikan Sambutan Maulidur Rasul. Malah di kawasan perumahan saya, AJK Pembinaan Surau Vila Suria bercadang untuk menga

Alhamdulillah ... Berita Vila Suria dah pun siap !

Image
Syukur kepada Allah SWT, dalam keadaan tidak berapa sihat (demam) akibat cuaca yang begitu panas, akhirnya 'Berita Vila Suria' siri ke 4 telah berjaya saya siapkan untuk tatapan jiran-jiran setaman. Mungkin hari ini atau esok, saya akan mengedarkannya ke semua penghuni di Vila Suria yang jumlahnya sebanyak 187 buah rumah. Itu pun bergantung kepada kedai fotostat sama ada sudah beroperasi atau belum. Maklum sahajalah, pemilik kedai fotostat di Sikamat semuanya berbangsa Cina. Kalau mereka raya, kedai biasanya akan ditutup selama seminggu ! Sudah 4 siri 'Berita Vila Suria' beredar, bermula pada bulan Jun, September, Disember (tahun lepas) dan yang terkini Februari 2010. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jiran setaman khususnya Ybhg Ust Hj Azzahar yang telah sudi menyemak tatabahasa untuk 2 keluaran sebelumnya. Manakala untuk siri ke 4, saya menyuruh isteri sahaja untuk menyemaknya. Hasil kerja terakhir.... Saya bertekad untuk mengundurk

Dia sedang mencari jalan pulang...

Image
Saya sudah penat menulis..., dan bercadang untuk berehat seketika dari penulisan blog. Banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu saya lakukan. Antaranya, nota-nota kuliah Maghrib yang perlu saya siapkan untuk dikongsi bersama dengan para jemaah di masjid. Sudah menjadi tabiat saya, suka mencatatkan apa yang di baca dan mengedarkan kepada para pendengar sebagaimana yang saya lakukan di Masjid Ampangan Seremban. Sudah tujuh tahun saya mengajar di masjid ini, itulah cara saya yang tidak pernah berubah sama seperti prinsip politik yang dipegang selama ini. Justeru, janganlah berburuk sangka, mengatakan saya sudah beralih angin ! Begitu juga saya perlu menyiapkan Berita Vila Suria , iaitu sebuah buletin berkala yang diterbitkan oleh Persatuan Penduduk Vila Suria, Bandar Warisan Puteri Sikamat sebagai tatapan untuk jiran-jiran setaman. Saya juga perlu menjenguk kerja-kerja penulisan buku saya yang bertajuk 'Jika misionari Kristian bertanya anda...' , supaya ianya siap mengikut temp

Saya mula menulis buku …..

Image
Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Mencemburui rakan seangkatan saya, Ust Zaharuddin bin Abd Rahman bekas Presiden Gabungan Mahasiwa Islam Semenanjung (GAMIS), yang juga bekas jaguh politik kampus di Universiti Malaya satu ketika dahulu, kini saya mula mengorak langkah untuk menyiapkan sebuah buku sebagai amal jariah buat bekalan di hari akhirat. Insya Allah, buku kedua saya berjudul “ Jika misionari Kristian bertanya anda…” , mula ditulis setahun yang lalu selepas pulang dari mengerjakan fardhu Haji. Buku ini mengandungi 20 soalan yang sering ditanya oleh misionari Kristian kepada orang-orang Islam. Satu daripadanya telah pun saya paparkan dalam blog ini. Para pembaca sekalian, Sesungguhnya, Allah SWT sudah lama mengingatkan kita bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan redha ke atas umat Islam selagi mana kita tidak mengikut jejak langkah mereka. (Rujuk Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 120) Risalah Kristian... Untuk itu, dalam mengembangkan agama mereka

Adik-adikku, jika misionari Kristian bertanya maka jawablah…..

Image
Kata misionari Kristian : Anda percaya bahawa Nabi Isa tidak wafat ? Kerana dalam kitab al-Quran anda ada menyatakan hal sedemikian iaitu surah An-Nisaa’ ayat 157-158, “Dan Karena Ucapan mereka: "Sesungguhnya kami Telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah ", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (157) Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “(158). Nanti dulu...., cuba anda lihat pula surah Ali-‘Imran ayat 55, “(Ingatlah), ketika Allah berfirman : “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkan