Allah yang menghidup dan mematikan...
Tafsir Al-Quran Surah Az-Zumar ayat 42. Firman Allah SWT, "Allah (Yang Menguasai Segala-Galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati : dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan jiwa yang lain (kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir untuk memahaminya)". Huraian ayat . “Allah (Yang Menguasai Segala-Galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,” Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sudah meninggal dunia bukanlah bermakna rohnya habis sebegitu sahaja kerana roh itu akan kembali kepada yang Empunya iatu Allah SWT. Dialah yang akan memelihara roh itu dengan baik. Firman-Nya lagi, “..dan jiwa orang yang tidak mati : dalam masa tidur