Celakanya Abu Lahab
Gambar hiasan Tafsir Al-Quran Surah Al-Lahab ayat 1-5 Firman Allah SWT, "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. (1) Tidak ada gunanya harta itu kepadanya dan juga apa yang diusahakannya.(2) Dia kelak akan masuk ke dalam api neraka yang lidah apinya menjulang-julang. (3) Dan juga isterinya, pembawa kayu api.(4) Pada lehernya ada tali dari tali yang dipintal" (5). Latar belakang ayat Surah ini disebut juga surah Tabbat (binasa) dan Al-Masad (tali yang dipintal). Ia merupakan surah ke 111 yang mengandungi 5 ayat dan diturunkan di kota Mekah. Ibnu ‘Abbas meriwayatkan ketika Nabi saw telah keluar ke kaki bukit Safa menyeru orang-orang Quraisy menyembah Allah SWT. Nabi saw bertanya kepada mereka, “Jika aku katakana kepada kamu semua bahawa musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?”. Orang-orang Quraisy menjawab, “Ya kami percaya!”. Rasullah saw menyambung lagi