Posts

Showing posts from June, 2012

Tiga tahun sudah berlalu....

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah tiga tahun blog ini bersiaran. Umur saya juga sudah pun meningkat masuk ke angka 40 an. Syukur Alhamdulillah, Tuhan masih memberi saya nikmat kehidupan. Nikmat ini akan saya gunakan untuk menulis dan terus menulis. Tetapi tulisan saya sejak kebelakangan ini tidaklah selaju dulu.Ini kerana tugas hakiki sebagai Guru di sekolah perlu saya utamakan. Selain itu kerja-kerja sampingan sebagai pembimbing Ibadah Haji Lembaga Tabung Haji bagi daerah Seremban serta pembimbing Umrah KRS Travel menjadikan pena saya semakin tumpul.     T ahun ini juga saya tidak menulis apa-apa buku. Ada juga wakil-wakil syarikat penerbitan ‘masuk meminang’, tapi sehingga kini saya tidak memberi apa-apa respon. Saya terus diam membisu. Sepanjang blog ini bersiaran, saya menerima banyak email yang datangnya dari kalangan suami isteri. Macam-macam isu yang diadukan kepada saya. Bermula dari kes penceraian, kes macam mana mahu rujuk dengan suami, kes suami main ka

Suasana penutup kursus Asas Haji 1433 H peringkat daerah Seremban

Image
Majlis Penutup Kursus Asas Haji bagi musim 1433 H peringkat daerah Seremban telah berjaya disempurnakan oleh Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan pada 9 hb Jun, bertempat di Masjid Kuaters KLIA  baru-baru ini.  Ia melibatkan hampir 1600 orang peserta dari lima buah Masjid iaitu : 1. Masjid Putra Nilai 2. Masjid Negeri Seremban 3. Masjid Paroi Jaya  4. Masjid Bandar Baru Senawang  5. Masjid Kuaters KLIA Majlis telah dimulai dengan bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat. Seramai enam orang guru pembimbing ibadah Haji terlibat dalam menjayakan program tahunan ini.  Rata-rata peserta kursus merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan dan merasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.  "Wah cikgu...,  pergi Haji ke tahun ni...?, tanya saya kepada seorang kenalan, cikgu Husin dari Taman Warisan Puteri Sikamat.  "Belum tahu lagi Ustaz..., harap-harap macam tulah...", katanya tersenyum bersama isteri.  Sa

Beriman dengan Kitab

Image
             Al-Quran ialah kitab suci terakhir mengandungi pertunjuk dan pengajaran yang sedikit pun tidak terdapat   keraguan apatah lagi kesalahan.              Firman Allah SWT,              “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”. (Al-Baqarah 002)              Membaca Al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati yang keras bertukar lembut. Ramai tokoh-tokoh manusia yang pada awalnya menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah SWT setelah mendengar, membaca dan mengkaji Al-Quran. Jika di zaman Rasulullah SAW antara mereka ialah Saidina Omar bin Al-Khattab maka di zaman moden pula ialah   Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi.                Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril a.s dengan dua peringkat. Peringkat pertama diturunkan al-Quran itu sekaligus dari Lauh al-Mahfuz (langit

Menabur bakti di Pedas Hilir, Rembau

"Assalamualaikum Ustaz..., nak tanya, pada 23 hb Jun nanti Ustaz free tak ?", tanya seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Nazir Masjid Pedas Hilir, Rembau.  Tahun lepas masjid ini pernah menjemput saya menyampaikan ceramah Maulidur Rasul.  "Errr..., kalau ikutkan saya ada kuliah pada malam tu....tapi tak pa, nanti saya beritahu ajk surau berkenaan untuk tangguhkan kuliah", jawab saya.  "Cantik ..., ni... ustaz.., kami nak jemput ustaz menyampaikan ceramah Israk wal Mikraj, boleh ?", tanya si pemanggil lagi. "Insya Allah, boleh", jawab saya dengan rasa gembira. Justeru tuan puan orang-orang Kampung Pedas Hilir dan masyarakat Islam yang tinggal berhampiran, marilah sama-sama kita meramaikan masjid pada malam itu. Di samping dapat berkongsi ilmu, dapat juga kita mengeratkan silaturrahim, apatah lagi sesama orang Rembau. Jumpa di sana !

Rembau Hari Itu...

Image
Saya berasal dari Rembau Negeri Sembilan. Telapak saya ialah Kampung Padang Lebar Sungai Layang, sekampung dengan arwah bidan Tupin, juga ada hubungan darah dengan Datuk Moktar Hashim dan Dato Kamaruddin Kachar. Kalau balik ke kampung, saya suka singgah di pekan Rembau untuk minum cendol dan makan kuih tradisonal di gerai yang berdepan dengan Masjid An-Nur. Kata mak saya..., dulu- dulu orang Rembau seperti orang pantai timur, sangat kuat sikap kedaerahan. Suka tolong menolong sesama mereka.  Di mana-mana sahaja kita menetap, kebetulan ada orang Rembau yang tinggal ditempat yang sama pasti hubungan akan menjadi akrab. Kalau ada kenduri kendara, mereka akan ringan tulang untuk membantu.  "Itu dulu...., tapi sekarang ini..., entahlah mak", jawab saya. Namun saya berharap sifat-sifat positif yang wujud pada orang Rembau dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Pada 9 dan 10 hb Jun yang lalu saya diminta oleh tabung Haji Rembau untuk membimbing kur

Ceramah Israk wal Mikraj

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Jawatankuasa Surau Vila Suria menjemput tuan puan ke majlis Ceramah Israk Wa Mikraj seperti butiran berikut : Tarikh : 24 hb Jun 2012 (Ahad malam Isnin) Masa : Selepas solat Maghrib  Penceramah : Prof Madya Dr Maimun Aqsha Lubis, Pensyarah UKM Mudah-mudahan kehadiran tuan puan ke surau Vila Suria diberkati Allah SWT.