Tiga tahun sudah berlalu....
Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya
sudah tiga tahun blog ini bersiaran. Umur saya juga sudah pun meningkat masuk
ke angka 40 an.
T ahun ini juga saya tidak menulis
apa-apa buku. Ada juga wakil-wakil syarikat penerbitan ‘masuk meminang’, tapi
sehingga kini saya tidak memberi apa-apa respon. Saya terus diam membisu.
Anak-anak murid saya sedang menunggu di
kelas !
Syukur Alhamdulillah, Tuhan masih
memberi saya nikmat kehidupan. Nikmat ini akan saya gunakan untuk menulis dan
terus menulis.
Tetapi tulisan saya sejak kebelakangan
ini tidaklah selaju dulu.Ini kerana tugas hakiki sebagai Guru di
sekolah perlu saya utamakan. Selain itu kerja-kerja sampingan sebagai
pembimbing Ibadah Haji Lembaga Tabung Haji bagi daerah Seremban serta
pembimbing Umrah KRS Travel menjadikan pena saya semakin tumpul.
Sepanjang blog ini bersiaran, saya
menerima banyak email yang datangnya dari kalangan suami isteri. Macam-macam
isu yang diadukan kepada saya. Bermula dari kes penceraian, kes macam mana mahu
rujuk dengan suami, kes suami main kayu tiga, kes lafaz talak sehinggalah
kepada kes bagaimana mahu berkahwin di Siam. Ceh!
Namun bukan semua masalah yang diadu boleh
saya menjawabnya. Minta maaf !, saya bukan pakar kaunselor. Sejujurnya saya
tidak pandai memberi nasihat hal-hal kerumahtanggaan.
Kepada mereka yang bermasaalah seperti
ini, saya nasihatkan supaya berhubung
sahaja dengan pihak Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing. Bertanyalah kepada
mereka yang pakar dalam isu-isu kerumahtanggaan. Mudah-mudahan di sana ada
pertunjuk.
Setakat ini sahaja coretan kali ini.
Abu Sofeya
Comments
Post a Comment